Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Hotlink lancar pas penstriman baharu untuk akses mudah dan mampu milik kepada kandungan premium sooka, Viu atau iQIYI

Hotlink lancar pas penstriman baharu untuk akses mudah dan mampu milik kepada kandungan premium sooka, Viu atau iQIYI
  • Pilihan kandungan penstriman premium daripada penyedia penstriman melalui mana-mana peranti mudah alih
  • Kuota data tanpa had bagi kandungan yang dipilih untuk penstriman definisi tinggi (HD) tanpa risau
  • Daripada RM9.90 sebulan; tersedia untuk semua pelanggan Hotlink

Hotlink memperkenalkan Super Streamer Pass baharu, pas yang memfokuskan penstriman untuk memanfaatkan sepenuhnya pengalaman definisi tinggi (HD) 5G. Pelanggan boleh menstrim dan menonton rancangan kegemaran mereka pada kualiti sehingga 1080P melalui mana-mana peranti mudah alih yang menyokong resolusi tersebut.

Pada harga bermula daripada RM9.90 sebulan, Super Streamer Pass ini membolehkan pengguna untuk menikmati kandungan premium pada platform penstriman popular seperti sooka, Viu atau iQIYI, melalui peranti mudah alih mereka. Pelanggan boleh memilih satu atau lebih pas dan menikmati penstriman tanpa kebimbangan dengan internet 5G tanpa had daripada Hotlink.

quote

“Super Streamer Pass baharu kami bertujuan memberikan pelanggan kami pengalaman hiburan yang terbaik. Nikmati sukan secara langsung ketika dalam perjalanan, atau tonton rancangan kegemaran anda pada bila-bila masa, semuanya dengan definisi tinggi dan internet sepantas kilat yang dikuasakan oleh rangkaian 5G Hotlink. Pelanggan juga boleh menikmati akses kepada kandungan premium pada kadar yang lebih rendah dan juga lebih fleksibiliti dengan pilihan bayar setiap bulan kami,” - Rabiras Rajakrishnan, Ketua Pengguna Hotlink di Maxis.

Super Streamer Pass kini tersedia untuk mana-mana pelanggan Prabayar Hotlink dengan pas internet bulanan aktif RM25 dan ke atas, serta semua pelanggan Pascabayar Hotlink.

Pelanggan boleh melanggan kepada Super Streamer Pass dengan mudah di aplikasi Hotlink. Untuk maklumat lanjut, layari www.hotlink.com.my.

Archives
Tags