Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Hotlink dan MOONTON Games mempersembahkan buat pertama kali kejohanan esukan yang dikuasakan komuniti, Hotlink x MPL MY Jaguh All Star

Pertandingan satu hari bernilai RM50,000 ini akan menampilkan atlet terbaik dari MPL Malaysia (MPL MY), liga esukan yang paling lama bertapak dan paling popular dalam negara.

Hotlink x MPL MY Jaguh All Star — news release

KUALA LUMPUR, 29 April – Hotlink dari Maxis, syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, bergabung tenaga bersama-sama MOONTON Games, syarikat penerbit permainan video antarabangsa bagi Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), untuk melancarkan pertandingan esukan yang dikuasakan komuniti buat kali pertama.

Pertandingan Hotlink x MPL MY Jaguh All Star akan memberi peluang kepada para peminat untuk memilih ahli pasukan yang akan menyertai acara yang menawarkan hadiah sebanyak RM50,000 ini. Para pasukan akan terdiri dari para atlet professional tahap tertinggi yang bersaing di MLBB Professional League Malaysia (MPL MY), liga esukan yang paling lama bertapak dan paling popular dalam negara. Hotlink x MPL MY Jaguh All Star akan diadakan pada 18 Mei di Arena MPL MY di Stadium MBSJ Serdang Jaya, selepas minggu terakhir Regular Season MPL MY Musim Ke-13 (Minggu 6 pada 11 dan 12 Mei).

Sebagai sebahagian daripada kerjasama, pertandingan ini akan dikuasakan oleh rangkaian 5G terpantas dari Hotlink. Selain itu, para pengguna Hotlink yang menghadiri acara percuma ini akan menerima barangan istimewa yang terhad Hotlink x MPL MY Jaguh All Star, dan juga berpeluang untuk bertemu dengan pasukan pemenang.

quote

Tahun ini, kami telah meningkatkan kerjasama kami dengan MOONTON Games dengan menjadi penaja utama tahun 2024 untuk memacu pembangunan ekosistem esukan MLBB. Selain daripada penyediaan internet yang mampu milik dan rangkaian 5G yang dioptimumkan untuk pengurangan latensi, kami juga menawarkan pengalaman permainan tanpa tandingan kepada para pengguna kami termasuklah pelbagai kandungan ekslusif dan ganjaran. Pertandingan ini akan memberi peluang kepada para peminat untuk menyertai dengan memilih pemain kegemaran mereka dan peluang untuk menyaksikan bakat terbaik dalam liga, di dalam satu perlawanan. - Rabiras Rajakrishnan, Head of Hotlink Consumer at Maxis

quote

Kejohanan kompetitif MLBB peringkat kebangsaan kini berada di tahun kelapan, jadi kami sentiasa mencari idea baru yang inovatif untuk memberikan pengalaman segar kepada komuniti kami. Para penonton semestinya akan teruja dan tertumpu pada kombinasi pelbagai atlet popular dalam liga dan memberikan mereka arena untuk beradu dengan ganjaran yang lumayan. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Hotlink bagi merealisasikan inisiatif ini. - Fikri Rizal Mahruddin, Marketing and Business Development Lead at MOONTON Games

Pertandingan Hotlink x MPL MY Jaguh All Star adalah merupakan satu inisiatif baru Hotlink untuk menarik minat komuniti esukan MLBB di Malaysia dengan pengalaman bermain terbaik. Ia merupakan lanjutan dari kerjasama yang diperluaskan di antara Hotlink dan MOONTON Games bagi tahun 2024, sebagai strategi untuk memperkasa ekosistem permainan melalui rangkaian 5G terbaik dalam kelas.

Sila rujuk Lampiran A untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan Hotlink x MPL MY Jaguh All Star.

Para peminat boleh mengundi pemain MPL Malaysia kegemaran mereka di sini: https://www.hotlink.com.my/ms/campaigns/mlbb-gaming/


Lampiran A: Maklumat Lanjut Hotlink x MPL MY Jaguh All Star

  • Ringkasa:
    • Pertandingan Hotlink x MPL MY Jaguh All Star akan berlangsung pada 18 Mei di Arena MPL MY di Stadium MBSJ Serdang Jaya.
  • Format Pertandingan:
    • Empat pasukan impian All Star akan bersaing, terdiri daripada satu Kapten dan empat pemain serta satu jurulatih. Setiap ahli pasukan harus menjadi pemain aktif dalam MPL Malaysia Musim Ke-13 pada 18 Mei.
    • Pertandingan akan mempunyai dua peringkat – Separuh Akhir (Best-of-Three) dan Akhir (Best-of-Five).
  • Pemilihan Ahli Pasukan:
    • Pengguna peminat akan mempunyai peluang unik untuk memilih Kapten untuk setiap pasukan yang bersaing.
    • Pemilihan Kapten akan berdasarkan sistem undian yang dijalankan di laman web Hotlink x MPL MY Jaguh All Star. Undian akan berlangsung dari 29 April hingga 2 Mei.
    • Setiap Kapten pasukan akan bertanggungjawab untuk memilih empat pemain lain dan jurulatih. Keempat-empat Kapten akan diumumkan pada 5 Mei bersama dengan keputusan pemilihan yang akan disiarkan pada 5 Mei semasa Minggu 5
      Regular Season MPL Malaysia Musim Ke-13. Pasukan-pasukan penuh akan diumumkan pada 10 Mei.
  • Penebusan Barangan Ekslusif
    • Selepas mengundi, peminat perlu mengambil tangkap layar halaman "Terima Kasih" dan paparkan ini pada hari acara untuk menebus barangan ekslusif.
    • Pengguna Hotlink akan secara automatik masuk ke dalam undian untuk bertemu dengan pasukan pemenang pada 18 Mei, selepas perlawanan akhir berakhir.
Archives
Tags