Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Perhatian siswazah bercita-cita tinggi: Jangan lepaskan peluang permohonan Program Biasiswa Maxis 2023    

Maxis Scholarship Programme
  • Program Biasiswa Maxis 2023 kini dibuka untuk permohonan
  • Program ini menawarkan bantuan kewangan untuk yuran pengajian dan faedah lain yang berkaitan dengan perbelanjaan sara hidup, serta peluang latihan dan pekerjaan dengan Maxis
  • Maxis kekal komited melabur dalam pembangunan bakat untuk negara

Selaras dengan komitmen untuk melabur dalam pembangunan bakat untuk negara melalui pendidikan, Program Biasiswa Maxis 2023 kembali dan permohonan kini dibuka kepada semua pelajar Malaysia.

Siswazah boleh memilih untuk memohon di bawah tiga kategori: Biasiswa Sarjana Muda Pemimpin Muda Maxis, Biasiswa Sarjana Muda Teknologi Maxis dan Biasiswa Sarjana Muda Wanita Teknologi Maxis.

Seramai 16 bakal pemegang biasiswa akan dipilih berdasarkan rekod prestasi akademik mereka, penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum, serta kemahiran kepimpinan dan interpersonal yang mantap. Pelajar digalakkan melayari https://bit.ly/2023MaxisSP untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelayakan dan cara permohonan.

quote

“Dengan kemajuan pesat dalam teknologi seperti 5G, kami menawarkan potensi kerjaya yang luas dan pelbagai prospek pekerjaan melalui program biasiswa kami. Ini merupakan peluang berharga untuk bakal pemimpin terutamanya dalam bidang telekomunikasi atau ruang teknologi, jadi kami menggalakkan para pelajar untuk mulakan proses permohonan mereka,” - Natalia Navin, Ketua Pegawai Sumber Manusia Maxis.

Program Biasiswa Maxis menawarkan bantuan kewangan dalam yuran pengajian dan faedah lain yang berkaitan dengan perbelanjaan sara hidup, pelbagai peluang latihan dengan Maxis dan syarikat gabungannya, pekerjaan dengan Maxis selepas tamat pengajian, dan peluang jaringan hubungan eksklusif.

Sejak diperkenalkan pada 2020, Program Biasiswa Maxis telah membiayai lebih 50 pelajar Malaysia di seluruh negara untuk meneruskan cita-cita pengajian tinggi mereka. 

Inilah yang dikatakan oleh beberapa pemegang biasiswa Maxis:

quote

“Perjalanan saya sebagai pemegang biasiswa Maxis merupakan pengalaman yang transformatif, merangkumi peluang yang tidak ternilai dalam bidang seperti kepimpinan dan jaringan hubungan,” - Ryan Yew, Pemegang Biasiswa Pemimpin Maxis 2022.

quote

“Melalui biasiswa ini, saya bertuah dapat melibatkan diri dalam program latihan yang mendalam dan pelbagai inisiatif teknikal.” - Zahra Norhisham, Pemegang Biasiswa Wanita Teknologi Maxis 2021.

quote

“Dengan biasiswa Maxis, saya dapat menumpukan perhatian untuk mengejar matlamat pendidikan saya untuk belajar sebanyak mungkin tentang keselamatan siber,” - Lik Ken, Pemegang Biasiswa Teknologi Maxis 2021

Ikuti @lifeatmaxis di Instagram untuk maklumat terkini mengenai Program Biasiswa Maxis dan majlis anugerah.

Archives
Tags