Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Edisi ketiga cabaran STEM Maxis eKelas tumpukan kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

Maxis third edition of eKelas STEM challenge
  • Maxis eKelas mendorong pendidikan digital yang berkualiti dikalangan pelajar melalui kempen dan aktiviti uniknya.
  • Pertandingan STEM Tahunan Misi Jelajah Digital (MJD) membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
  • MJD telah melengkapkan pelajar eKelas dengan kemahiran digital, dengan lebih 2,000 pelajar di seluruh negara mengambil bahagian sejak 2021

eKelas, program komuniti utama Maxis, terus menjadi platform untuk memacu pendidikan digital dan menyediakan pengalaman pembelajaran digital yang lengkap melalui aktiviti dan kempen yang menarik.

Maxis eKelas bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dari luar bandar. Sebagai inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5, program ini membawa pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan dan menyediakan akses kepada kandungan pendidikan yang berkualiti, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia.

Salah satu kempen unik eKelas ialah cabaran tahunan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) Misi Jelajah Digital (MJD), yang menumpukan kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang STEM. Sejak kempen ini mula dianjurkan pada 2021, lebih 2,000 pelajar di seluruh negara telah menyertai pertandingan tersebut dan MJD telah melengkapkan pelajar eKelas dengan pelbagai kemahiran digital penting.

Kini memasuki tahun ketiga, cabaran MJD 2023 telah dilancarkan baru-baru ini di SJK Chung Hua No. 4 di Kuching, Sarawak, diikuti dengan beberapa siri bengkel yang berjalan selama dua hari. Lebih 580 pelajar dari 54 sekolah di seluruh Kuching menyertai aktiviti tersebut dengan bersemangat, di mana mereka belajar tentang cara mencipta papan cerita, cara memberi konsep kepada idea dan pembentangan cadangan.

quote

“Di Maxis, kami membantu pelajar untuk mendapat akses mudah kepada pendidikan berkualiti selepas sekolah melalui portal dan aplikasi eKelas kami. Kami percaya STEM adalah penting dan pertandingan ini akan terus memberi peluang kepada pelajar untuk membangunkan asas yang kukuh untuk masa depan mereka,” - Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Pertandingan tahun ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk membangunkan kemahiran dalam pengaturcaraan, coding dan mengasah pemikiran untuk mereka bentuk. Berlandaskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), MJD akan mencabar pelajar untuk mencipta penyelesaian kepada masalah dalam kehidupan sebenar dan menghasilkan video animasi atau mereka bentuk permainan sendiri berdasarkan kategori mereka. Semua peserta akan menerima markah kokurikulum Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) sambil berpeluang memenangi hadiah menarik.

Maxis third edition of eKelas STEM challenge -pic 1
Maxis third edition of eKelas STEM challenge -pic 2
Maxis third edition of eKelas STEM challenge

MJD terbuka kepada semua pelajar Malaysia dari Tahun 4 hingga Tingkatan 5. Bagi menggalakkan kerjasama, komunikasi dan kerja berpasukan, pertandingan tahun ini akan dibuka kepada kumpulan 2-4 ahli, berdasarkan kategori dan tugas berikut:

Kategori Tugasan Misi
Tahap Dua SK (Tahun 4 - 6)  Cipta satu VIDEO ANIMASI digital untuk mendidik rakan sebaya  tentang salah satu Matlamat SDG.
Menengah Rendah (Tingkatan 1 - 3) Bina SEBUAH PERMAINAN 2 peringkat (minimum) untuk mendidik rakan sebaya tentang Matlamat SDG.
Menengah Atas (Tingkatan 4 -5) Bina SEBUAH PERMAINAN 3 peringkat (minimum) untuk mendidik rakan sebaya tentang Matlamat SDG.

Sepanjang tempoh pertandingan, pelajar eKelas boleh menghadiri bengkel dalam talian percuma untuk mempelajari mengenai animasi dan reka bentuk permainan oleh pakar STEM jemputan. Mereka juga boleh mengakses kandungan pembelajaran mengenai coding, bercerita dan kemahiran digital lain yang berkaitan melalui portal eKelas.

Bertumpukan kepada mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sejarah, pelajar eKelas didedahkan kepada pembelajaran berasaskan pengalaman melalui gabungan tutorial langsung, pembelajaran berkumpulan, pertandingan dan kandungan digital melalui portal dan aplikasi eKelas. Selain STEM, pelajar juga berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan tahunan Bahasa Inggeris HIP Storyfest.

Pelajar digalakkan mendaftar eKelas hari ini di www.ekelas.com.my dan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut dan cara menyertainya, layari bit.ly/ekelasmisi.

Archives
Tags