Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis membawa kemeriahan di Perarakan Hari Kebangsaan

Maxis contingent brings joy at National Day Parade

Anda tidak mungkin terlepas perarakan Maxis pada Hari Merdeka tahun ini kerana kontinjen seramai 108 orang itu benar-benar menonjolkan tema hijau, sesuai dengan kehijauan di sekitar Putrajaya Sentral. Skuad Maxis membawa belon-belon besar yang mencerminkan komitmen syarikat telco tersebut kepada negara, pelanggan dan komuniti: sokongan untuk agenda digital negara (Malaysia MADANI); membawa nilai yang menarik kepada semua segmen dengan tumpuan pada kemampuan dan penggunaan (Maxis 5G); dan menyediakan akses percuma kepada pendidikan digital untuk pelajar (eKelas).

Maxis contingent brings joy at National Day Parade

Menjadi tumpuan orang ramai ialah maskot viral Home Fiber Maxis bersaiz jumbo, Dinocorn, yang mengiring empat trak utiliti Maxis fiber, membawa kegembiraan kepada orang ramai yang menonton di Dataran Putrajaya dan di rumah.

Maxis contingent brings joy at National Day Parade
Maxis contingent brings joy at National Day Parade

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Maxis telah mengeluarkan sebuah filem pendek, menampilkan pelakon Malaysia Aziz M. Osman dan Iskandar Syahidan, yang menimbulkan persoalan – “Apa jadinya negara yang hebat ini jika generasi berlainan bersatu dan berganding bahu menyusuri ke arah kemajuan”? Tonton 'Seiring & Seazam' di sini.

Seiring & Seazam
Archives
Tags