Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

KTC ialah pengedar Hotlink Maxis baharu di Sabah dan Labuan 

KTC is Maxis’ new Hotlink distributor in Sabah and Labuan
  • Pengedaran KTC akan mengembangkan kehadiran Maxis di Sabah, menyediakan akses dan jangkauan kepada pelanggan baharu yang lebih luas
  • Sempena pelantikan tersebut, Hotlink Prepaid Eksklusif untuk Sabah diperkenalkan, menawarkan pas internet 4G/5G tanpa had pada harga yang paling mampu milik 
  • Pengumuman ini dibuat menyusuli pelaburan Hab Internet Serantau Maxis di Malaysia Timur untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dalam penggunaan data yang tinggi

Kim Teck Cheong Consolidated Bhd. (KTC) telah dilantik oleh Maxis sebagai pengedar Hotlink di Sabah dan Labuan. Pelantikan ini adalah selaras dengan rancangan Maxis untuk menerokai peluang baharu dan mengembangkan perniagaan dalam saluran-saluran baharu dalam rantau tersebut. Di bawah perjanjian pengedaran KTC, ia telah ditugaskan untuk mendorong pengembangan saluran bagi produk Hotlink untuk memastikan aksesibiliti mudah untuk semua pelanggan di Sabah.

Pelantikan ini telah diumumkan di sebuah acara pelancaran yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri II dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam.

Di acara tersebut, Maxis telah memperkenalkan Hotlink Prepaid Eksklusif untuk Sabah, satu penawaran masa terhad yang menyediakan internet 4G/5G tanpa had dengan harga terendah dalam negeri pada harga hanya RM18 sebulan. Ia juga menawarkan kelajuan internet tanpa had serta hotspot dan panggilan tanpa had, memberikan pengguna pengalaman mudah alih tanpa kerisauan.

KTC ialah sebuah syarikat yang tersenarai di Pasaran Utama dengan rekod prestasi kewangan serta perniagaan yang kukuh, dan ia juga merupakan salah satu daripada penyumbang yang terkemuka dalam negeri Sabah melalui inisiatif-inisiatif CSRnya. KTC ialah sebuah pengedar barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) yang mapan dalam pengedaran pelbagai jenama Malaysia serta antarabangsa yang terkemuka dalam rantau ini.

quote

“Kami yakin kerjasama kami dengan KTC akan membawa kemudahan kepada pelanggan dengan meningkatkan ketersediaan penawaran Hotlink, memberikan Maxis akses serta jangkauan yang lebih meluas merentasi Sabah dan Labuan. Kami juga teruja untuk melancarkan Hotlink Prepaid Eksklusif untuk Sabah yang pertama bagi kami sempena langkah bermakna dalam menyambut pelantikan KTC sebagai pengedar Hotlink, turut membawakan pengguna pelan prabayar yang terbaik pada harga paling mampu milik dengan internet dan kelajuan tanpa had,” - Ketua Pegawai Penjualan dan Perkhidmatan Maxis, Patrick Er.

Datuk Dexter Lau, Pengarah Eksekutif KTC, mengungkap keyakinannya dalam kerjasama ini, menyatakan, “Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan Hotlink, satu jenama yang dikenali untuk komitmennya terhadap kecemerlangan dalam perkhidmatan mudah alih. Melalui kerjasama ini, kami menyasarkan untuk mempertingkatkan kehidupan orang Sabah dengan menjadikan produk Hotlink lebih mudah diakses dan memberikan mereka pengalaman mudah alih yang unggul.”

Sebagai sebahagian daripada komitmen Maxis untuk menyediakan pengalaman pengguna yang unggul kepada pelanggan di Sabah, ia telah menubuhkan sebuah Hab Internet Serantau di Pusat Operasi Teknikalnya di Kota Kinabalu pada lebih awal tahun ini.

Maxis ialah syarikat telekomunikasi yang pertama untuk membina Hab Internet Serantau di Malaysia Timur, dengan ketersambungan kandungan antarabangsa secara langsung. Hab tersebut merupakan pelaburan rangkaian yang penting untuk meningkatkan pengalaman internet pelanggan dan memenuhi keperluan pertumbuhan dalam penggunaan data yang tinggi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan Hotlink serta ganjaran eksklusif, layari: https://www.hotlink.com.my

Archives
Tags