Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis memeriahkan sambutan Deepavali bersama pelajar, guru dan ibu bapa SJKT Ladang Senawang

Maxis lights up Deepavali celebrations with SJKT Ladang Senawang students, teachers, and parents

Kakitangan Maxis telah memeriahkan suasana di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Senawang, Negeri Sembilan baru-baru ini melalui sebuah sambutan perayaan Deepavali.

Maxis lights up Deepavali celebrations with SJKT Ladang Senawang students, teachers, and parents

Hari tersebut dipenuhi keseronokan dengan penyertaan 22 sukarelawan mSquad Maxis yang hadir untuk memberikan sumbangan berkaitan pendidikan. Mereka turut menganjur pelbagai permainan dan aktiviti yang menarik untuk lebih daripada 500 pelajar, guru, dan ahli komuniti Ladang Senawang bagi mewujudkan kenangan manis dalam sambutan perayaan tersebut.

Dalam semangat memberi balik kepada komuniti, sukarelawan mSquad juga telah berjaya mengumpul lebih daripada 400 buah buku daripada kakitangan-kakitangan Maxis untuk disumbangkan kepada sekolah tersebut bagi melengkapkan perpustakaannya. Maxis turut menyumbangkan komputer riba yang telah diperbaharui dan papan putih untuk bilik darjah, serta memberikan pakej bahan pembelajaran asas kepada pelajar-pelajar terpilih.

Maxis lights up Deepavali celebrations with SJKT Ladang Senawang students, teachers, and parents

Sebagai penutup acara untuk menyerikan suasana kemesraan dan kebersamaan sambutan tersebut, semua hadirin telah disajikan dengan hidangan makan tengah hari yang enak.

Maxis lights up Deepavali celebrations with SJKT Ladang Senawang students, teachers, and parents
quote

“Kami sangat terharu dengan layanan mesra daripada pihak komuniti. Kami gembira dapat mengambil bahagian dalam meraikan Deepavali bersama-sama dan berharap sumbangan kami akan menceriakan lagi suasana perayaan ini," - Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat di Maxis.

Projek CSR Deepavali tahun ini di SJKT Ladang Senawang berpunca daripada usaha penyumberan ramai yang berjaya antara kakitangan Maxis, di mana idea yang menang telah mendapat sokongan dan pembiayaan yang diperlukan daripada syarikat untuk memberi balik kepada komuniti pilihan pemenang.

Archives
Tags