Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Portal dan aplikasi Maxis eKelas dipertingkat untuk perkukuh pengalaman pembelajaran pelajar

eKelas new portal and app launch
  • Melancarkan portal dan aplikasi mudah alih eKelas yang dipertingkatkan untuk pengalaman pengguna yang lebih baik
  • Ciri-ciri baharu termasuk antara muka yang mesra pengguna, cadangan pembelajaran yang diperibadikan dengan analisis prestasi, pengalaman pembelajaran yang digamifikasi dengan cabaran serta ganjaran harian..
  • Dua subjek baharu – Bahasa Melayu dan Sejarah – ditambah ke eKelas untuk pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

eKelas, program komuniti utama Maxis, bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dari luar bandar. Sebagai inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5, program ini membawa pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan dan menyediakan akses kepada kandungan pendidikan yang berkualiti, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. Bertumpukan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, pelajar eKelas didedahkan kepada pembelajaran berasaskan gabungan tutorial secara langsung, pembelajaran berkumpulan, pertandingan dan kandungan digital melalui portal dan aplikasi eKelas.

Maxis dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah melancarkan portal dan aplikasi mudah alih eKelas yang dipertingkatkan. Kedua-dua platform kini mempunyai antara muka yang mesra pengguna dengan ciri-ciri baharu, termasuk cadangan pembelajaran yang diperibadikan dengan analisis prestasi, pengalaman pembelaran yang digamifikasi dengan cabaran harian serta sistem ganjaran. Pada masa yang sama, eKelas telah memperkenalkan dua subjek baharu di platform tersebut – Bahasa Malaysia dan Sejarah – untuk pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

quote

“Dunia digital hari ini membolehkan pelajar memanfaatkan teknologi dan internet untuk mendapat pengetahuan berdasarkan permintaan. Kami ingin terus memperbaiki pengalaman mereka, dan portal serta aplikasi yang dipertingkatkan ini tentunya akan menjadikan pembelajaran digital lebih menarik. Aspirasi kami adalah untuk menjangkau lebih ramai pelajar demi menyediakan kandungan akademik bagi pembelajaran kendiri,” - kata Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Aplikasi mudah alih eKelas membolehkan pelajar belajar dengan mudah dan fleksibel di mana-mana sahaja. Dengan peningkatan baharu ini, pelajar juga boleh menyertai kempen-kempen eKelas, seperti Pertandingan HIP English StoryFest dan Cabaran STEM Misi Jelajah Digital melalui aplikasi mudah alih secara langsung. Permohonan untuk Anugerah Gemilang, skim geran pelajar bagi mereka yang mencatatkan peningkatan gred, juga boleh dihantar melalui aplikasi tersebut.

eKelas new portal and app launch

Pada majlis yang diadakan di Menara Maxis, lebih 60 pelajar dari pelbagai sekolah, guru dan ibu bapa serta pemenang pertandingan eKelas HIP English Storyfest dan STEM hadir untuk menerima hadiah mereka serta menyertai aktiviti yang menyeronokkan, termasuk bengkel bercerita dan aktiviti STEM yang ekslusif. Pemenang pertandingan telah dianugerahkan peranti baharu untuk membantu mereka dalam pembelajaran digital.

Komen daripada pelajar dan guru mengenai aplikasi eKelas yang dipertingkatkan:

quote

“Saya suka reka bentuk aplikasi ini. Saya juga rasa sangat mudah untuk menerokai dan mengakses kandungan!” - Nurul Saidatul Syaheeda, pelajar Tingkatan 5 dari SMK Sibu Jaya.

quote

“Ciri-ciri baharu portal dan aplikasi ini sangat mengagumkan dan akan membantu saya sepanjang pengajian SPM.” - Muhammad Aiman Farhan, pelajar Tingkatan 5 dari SMK Bukit Bandaraya.

quote

“Pelajar dan guru dapat memantau perkembangan pembelajaran dengan mudah, sekaligus dapat mengekalkan momentum pembelajaran.” – - Cikgu Chew Ann Pin dari SMK Sungai Besar.

eKelas new portal and app launch

Maxis eKelas menyediakan pengalaman pembelajaran digital yang lengkap, termasuk peluang untuk pelajar mengambil bahagian dalam kempen tahunan seperti pertandingan Bahasa Inggeris dan STEM serta peluang untuk memohon geran pelajar Anugerah Gemilang.

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar di eKelas, sila layari www.ekelas.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih eKelas daripada App Store  atau Google Play.

Archives
Tags