Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Hotlink kerjasama dengan MOONTON Games sebagai Penaja Telko Rasmi untuk MPL Malaysia dan MLBB eSukan

Hotlink & Moonton MLBB Partnership
  • Hotlink sebagai penaja rasmi syarikat telekomunikasi bagi semua kejohanan Mobile Legends: Bang Bang pada tahun 2023.
  • Tawaran, ganjaran dan kandungan ekslusif Mobile Legends: Bang Bang untuk semua pengguna Hotlink.
  • Pelan Hotlink yang dipertingkatkan sesuai untuk pengguna Mobile Legends: Bang Bang bagi memastikan pengguna menikmati pengalaman permainan terbaik.

Maxis dan MOONTON Games, pembangun dan penerbit permainan antarabangsa, hari ini mengumumkan kerjasama selama setahun untuk meningkatkan adegan eSukan Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Hotlink, akan menjadi penaja telko rasmi bagi semua kejohanan eSukan Mobile Legends: Bang Bang pada tahun 2023, sekaligus membawa tawaran, ganjaran dan kandungan ekslusif kepada semua pengguna Hotlink.

quote

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan MOONTON Games dan MPL Malaysia yang diiktiraf di peringkat global. Ini menggariskan sokongan kami yang berterusan terhadap ekosistem eSukan. Kami berharap dapat memainkan peranan dalam menyampaikan internet berkelajuan tinggi, konsistensi, dan kebolehpercayaan untuk pengalaman permainan yang lebih baik,” - kata Rabiras Rajakrishnan, Ketua Pengguna Hotlink di Maxis.

quote

“Kami gembira untuk meneruskan kerjasama dengan Hotlink berikutan M4 dan MPL MY S10. Dedikasi mereka dalam menyediakan pengalaman kesalinghubungan yang unggul melengkapkan visi kami untuk menjadikan eSukan lebih mudah diakses dan menyeronokkan untuk semua rakyat Malaysia. Kami teruja dengan kemungkinan masa depan, dan tidak sabar untuk melihat kesan positif perkongsian ini terhadap komuniti permainan dan eSukan di Malaysia,” - kata Fikri Rizal Mahruddin, Peneraju Pemasaran, dan Pembangunan Perniagaan, MPL Malaysia.

Pelan Prabayar dan Pascabayar Hotlink yang baru-baru ini dipertingkatkan dengan lebih banyak kuota internet dan internet berkelajuan tinggi pada nilai yang lebih besar, sangat sesuai untuk Mobile Legends: Bang Bang Malaysia bagi memastikan pengguna menikmati pengalaman permainan yang terbaik.

Pelanggan Prabayar dan Pascabayar Hotlink boleh nantikan peti eksklusif Mobile Legends: Bang Bang, yang boleh didapati di Hotlink Rewards. Lebih banyak maklumat mengenai ganjaran dan tawaran permainan akan dikeluarkan sepanjang tahun.

Bertujuan untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai bakat muda untuk meneruskan minat mereka dalam eSukan, Hotlink juga telah mendokumentasikan perjalanan eksklusif atlet eSukan Malaysia ke Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (M4) 2022 di Jakarta, Indonesia. Tonton treler di saluran YouTube Hotlink dan nantikan wawancara eksklusif.

Untuk maklumat lanjut mengenai ganjaran dan tawaran Hotlink serta Mobile Legends: Bang Bang, layari https://www.hotlink.com.my/en/lifestyle/web/games/.

Ikuti MPL Malaysia di Facebook, TikTok, Instagram dan Laman Web untuk makluman terkini kejohanan.

Hotlink x MLBB PR Assets 2
Archives
Tags