Hotlink, MOONTON Games, dan TGV Cinemas anjur pesta tonton MLBB
- Pesta Tonton Grand Final MLBB MSC 2023 menyaksikan ratusan peminat dan pemain eSports menghadiri petang yang dipenuhi dengan aktiviti menarik
- Pelanggan Hotlink menikmati ganjaran eksklusif dan menerima hadiah percuma
- Hotlink dan MPL Malaysia membuat tayangan perdana dokumentari eSports MLBB pertama mereka 'Misi Kebangsaan M4'
Pesta Tonton Grand Final Piala Asia Tenggara (MSC) Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) 2023 yang diadakan baru-baru ini di TGV Wangsa Walk, penuh dengan aksi menarik untuk peminat eSports.
Acara tersebut dianjurkan oleh Hotlink, penaja syarikat telekomunikasi rasmi bagi kejohanan MLBB eSports, bersama MOONTON Games dan TGV Cinemas, menarik lebih ratusan peminat dan pemain, dengan aktiviti menarik seperti pemberian hadiah, pertempuran 1v1, sesi bertemu, tayangan perdana dokumentari dan diakhiri dengan siaran langsung MSC 2023 Grand Final.
“Sempena MSC 2023 yang diadakan di Kemboja tahun ini, kami mengambil peluang untuk membawakan acara menarik ini dengan lebih dekat kepada pelanggan Hotlink dan peminat MLBB yang bersemangat! Ini merupakan cara kami untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami melalui pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” - Rabiras Rajakrishnan, Ketua Pengguna Hotlink di Maxis.
"Kerjasama dengan Hotlink untuk Pesta Tonton MSC 2023 Grand Final dan dokumentari eSports merupakan pengalaman yang menarik dan memuaskan kepada kami. Peminat MPLMY benar-benar menikmati pengaktifan offline dan akses barangan eksklusif, dan kami tidak sabar-sabar untuk membawa lebih banyak kerjasama menarik dengan Hotlink kepada pemain-pemain kami," - Fikri Rizal Mahruddin, Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, MOONTON Games.
Lebih banyak ganjaran eksklusif untuk pelanggan Hotlink
Semasa acara tersebut, Hotlink menghadiahkan 200 pengguna Hotlink dengan akses VIP khusus, sementara 50 pengguna Hotlink yang bertuah menerima hadiah eksklusif seperti jersey dan topi edisi terhad MSC 2023 dari Team Todak.
Sesi bertemu dengan pemain Pasukan Pro MLBB
Selain daripada bertemu dengan cosplayer watak MLBB yang terkenal, peminat juga berpeluang untuk bertemu dengan pemain bintang MLBB eSports, termasuk Team SMG, Homebois, Red Esports, Team HAQ, serta wakil eSports Malaysia dalam Sukan SEA baru-baru ini (Wanita) dan Sukan ASEAN (Paralimpik).
Tayangan perdana dokumentari eSports 'Misi Kebangsaan M4'
Sebelum perlawanan akhir, Hotlink dan MPL Malaysia bersama-sama menayangkan dokumentari eSports MLBB mereka yang pertama, memaparkan perjalanan eksklusif atlet eSports Malaysia ke Kejohanan Dunia MLBB (M4) pada Disember 2022. Dokumentari itu juga boleh ditonton di YouTube Hotlink.
Mengakhiri malam dengan semangat yang membara
Sebanyak lapan dewan pawagam di TGV Wangsa Walk dipenuhi sorakan membara peminat-peminat semasa tayangan MSC 2023 Grand Final, pertarungan antara Blacklist International (Filipina) dan ONIC Esports (Indonesia). Perlawanan tersebut disiarkan secara langsung selama lebih 5 jam dari negara tuan rumah Kemboja, dengan ONIC Esports merangkul piala MSC 2023 untuk malam itu.
Untuk informasi lebih lanjut mengenai pelan dan ganjaran Hotlink dan Mobile Legends: Bang Bang, kunjungi https://www.hotlink.com.my/ms/lifestyle/web/games/.