Maxis bawa keceriaan perayaan kepada masyarakat setempat di Kampung Kulim, Kelantan

Baru-baru ini, Maxis mengadakan majlis pertemuan dengan warga emas di Kampung Kulim, Tumpat, Kelantan, untuk membawa keceriaan perayaan kepada mereka sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Kotak makanan, pek kebersihan dan kerusi roda disumbangkan kepada penduduk, manakala sukarelawan Maxis bergabung tenaga untuk mendirikan khemah dan membantu dalam persiapan acara. Lebih 150 penduduk daripada komuniti yang menghadiri majlis itu turut dihidangkan dengan bufet makan tengahari yang beraneka juadah!

Memandangkan Kampung Kulim merupakan salah satu kawasan yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini, Maxis juga mengenal pasti beberapa keluarga yang memerlukan sokongan untuk membaiki rumah mereka. Kerja-kerja pembaikan termasuk pemasangan bumbung untuk perlindungan yang lebih elok. 

Acara ini dijayakan melalui kerjasama Maxis dengan Persatuan Peranakan Cina Kelantan (PPCK).

Sebagai sebahagian daripada usaha amal perayaan, Maxis berusaha untuk memberi impak kepada komuniti yang kurang mendapat perhatian, dan kumpulan yang terpinggir.

Pada Disember 2022, Maxis telah menghulurkan bantuan kepada komuniti Kampung Tabuan Dayak di Kuching, Sarawak, yang dilanda banjir kilat. Untuk menyokong keperluan mereka, Maxis telah mengedarkan 135 pek barangan keperluan asas makanan kepada keluarga, serta set alat tulis dan barangan perayaan kepada kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif komuniti lain daripada Maxis, layari https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/newsroom/?cat=community&m=&y=

Archives
Tags