Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis memeriahkan sambutan Krismas di Pusat Pembelajaran Komuniti di Penampang, Sabah

Maxis spreads Christmas joy to Penampang, Sabah Community Learning Centres

Maxis, dengan kerjasama PACOS Trust, baru-baru ini memeriahkan suasana Krismas dengan menganjurkan sambutan tanggungjawab sosial korporat yang menghimpunkan lebih daripada 160 pelajar dan ibu bapa dari Pusat-Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) di Penampang, Sabah.

PACOS Trust merupakan sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang komited kepada meningkatkan komuniti pribumi di dalam negeri.

mSquad members distributing Christmas Gift
Students and their family members received gift packs from Maxis

Pelajar-pelajar dan ahli keluarga mereka turut diberikan sumbangan daripada Maxis yang merangkumi keperluan asas persekolahan seperti alat tulis, beg sekolah, baucar untuk kelengkapan sekolah, dan barang makanan, bagi membantu persiapan sekolah pada tahun hadapan.

Selaras dengan komitmen Maxis untuk memajukan pendidikan dan pemerkasaan komuniti, lapan komputer riba yang telah diperbaharui telah disumbangkan kepada empat CLC PACOS Trust: Kampung Kibunut, Kipouvo, Kalampun, dan Minusoh. Komputer-komputer riba ini akan berfungsi sebagai alat untuk memenuhi keperluan pembelajaran digital mereka sambil membolehkan pelajar mengakses program pembelajaran digital utama percuma Maxis, eKelas. Pusat-pusat ini juga menerima papan putih baharu dan bekalan cat untuk memperbaharui persekitaran pembelajaran mereka.

mSquad decorating the Christmas tree with the children
Christmas carolling performance by children at Pacos Trust

Delegasi Maxis telah dipimpin oleh Ketua Wilayah Malaysia Timur, Bhaarathyraja A/L Thanapal bersama-sama dengan 11 sukarelawan Maxis mSquad. Keriangan sambutan dapat dirasai melalui siri aktiviti dan permainan bertema Krismas yang melibatkan semua hadirin dalam perayaan tersebut, yang kemudiannya diakhiri dengan hidangan makan tengah hari yang enak.

quote

Kami bersyukur atas peluang yang diberi untuk menyumbang secara positif kepada rakan-rakan komuniti kami di Sabah sempena musim perayaan Krismas ini. Kami harap kerjasama kami dengan PACOS Trust akan membantu dalam memenuhi keperluan pendidikan komuniti ini, - Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat di Maxis

quote

Kami menghargai semua sokongan yang telah diberikan oleh Maxis kepada komuniti kami di Sabah, terutamanya dari segi sumbangan dan bantuan yang diberikan kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa dari CLC kami, - Anne Lasimbang, Pengarah Eksekutif PACOS Trust

Archives
Tags