Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis manfaatkan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi TM untuk memacu penerimaan digital ke seluruh negara

Shift_Maxis_Horizontal_Logo_CMYK
  • Perjanjian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi antara Maxis dan TM dilanjutkan sehingga tahun 2029
  • Maxis boleh terus mengakses rangkaian gentian TM untuk menyediakan penawaran jalur lebar tetap yang kompetitif kepada pelanggan
  • Memupuk komitmen bersama untuk memperluaskan aksesibiliti jalur lebar selaras dengan aspirasi digital negara

Maxis telah melanjutkan perjanjiannya dengan TM, penyedia rangkaian gentian terbesar negara, untuk mengakses perkhidmatan premium Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) TM sehingga tahun 2029. Melalui lanjutan ini, Maxis akan terus mengakses rangkaian gentian nasional TM untuk menyediakan penawaran jalur lebar tetap yang kompetitif dan perkhidmatan nilai tambah kepada pelanggan.

Kerjasama ini akan membolehkan Maxis untuk memperluaskan jangkauan ketersambungan internet berkelajuan tingginya ke lebih banyak premis di seluruh negara, melengkapkan rangkaian gentian binaannya sendiri. Maxis kini menyediakan ketersambungan gentian kepada lebih daripada 700,000 kediaman dan perniagaan. Selain akses HSBB yang standard, perkhidmatan premium di bawah kerjasama ini adalah termasuk keperluan tambahan yang akan membantu Maxis memberi pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan serta meningkatkan kecekapan. Ini termasuk penyelesaian ketersambungan dan digital sehenti untuk pelanggan perusahaan.

Sebagai rakan kerjasama premium TM HSBB sejak tempoh yang lama, Maxis dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang dan keupayaan jalur lebar yang disediakan oleh TM, memberikan nilai tambah kepada pelanggan-pelanggannya.

quote

Kami berbesar hati dapat melanjutkan dan memperdalam kerjasama kami dengan TM untuk terus memacu penerimagunaan jalur lebar untuk negara. Kerjasama ini, bersama dengan rangkaian gentian yang luas dan perniagaan mudah alih teras kami, membolehkan kami untuk menggunakan sumber dengan lebih cekap dan berkesan supaya kami dapat memberi tumpuan yang lebih kepada pengalaman pelanggan. Ini adalah selaras dengan strategi syarikat telekomunikasi bersepadu kami untuk memenuhi semua keperluan ketersambungan pelanggan kami. - Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis

quote

TM ialah rakan kongsi yang ideal untuk memangkin aspirasi jalur lebar pencari Akses, pada masa yang sama memajukan cita-cita digital Malaysia. Melalui infrastruktur gentian domestik kami, kami membuka jalan ke arah era digital yang merangkumi kemampanan, pertumbuhan ekonomi yang pesat dan peningkatan komuniti. TM merupakan tulang belakang ketersambungan teras negara dengan liputan gentian domestiknya yang meluas, disamping sambungan kabel dasar laut antarabangsa yang menghubungkan dunia ke Malaysia. - Amar Huzaimi Md Deris, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM

Dalam landskap industri yang dinamik, TM merupakan rakan kerjasama perkhidmatan HSBB terbesar Maxis. Kerjasama ini bermula pada tahun 2010 apabila Maxis menjadi penyedia telekomunikasi pertama yang menandatangani perjanjian akses HSBB Bersama TM dan kerjasama ini telah kekal berterusan termasuk lanjutan yang terkini.

Awal tahun ini, TM mengambil langkah strategik ke hadapan dengan mendapatkan akses kepada Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN) 4G dan Perkhidmatan Perayauan Domestik 4G dan 2G Maxis untuk meningkatkan sambungan mudah alihnya di seluruh negara.

Kolaborasi strategik ini memanfaatkan kekuatan bersama TM dan Maxis, dan keupayaan rangkaian masing-masing untuk meningkatkan jangkauan dan kecekapan perkhidmatan sambungan. Dengan mengumpulkan sumber dan kepakaran, kedua-dua pembekal bukan sahaja meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka tetapi juga menyumbang secara ketara kepada matlamat yang lebih luas untuk memajukan landskap digital Malaysia.