Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis terus dengan momentum kukuh untuk tahun ini dengan prestasi Suku2 yang sihat

Maxis Logo
  • Catat Hasil Perkhidmatan RM2,113 juta, meningkat 3.2% tahun ke tahun
  • EBITDA kekal pada paras RM1 bilion
  • Keuntungan Selepas Cukai meningkat 2.2% tahun ke tahun kepada RM329 juta
  • Mengisytiharkan dividen interim sebanyak 4 sen bersih sesaham untuk suku tersebut

Maxis mencatat prestasi kewangan yang sihat untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2023. Hasil perkhidmatan (tidak termasuk wholesale voice) meningkat 3.2% tahun ke tahun (YoY) dan pendapatan dikekalkan walaupun dalam persekitaran operasi yang mencabar, dengan Keuntungan Selepas Cukai yang lebih tinggi pada RM329 juta. Syarikat mengisytiharkan dividen interim sebanyak 4 sen bersih sesaham untuk suku ini.

Dengan fokus pada konvergen mudah alih tetap dan cita-cita untuk mengembangkan bahagian pasaran, Maxis terus melihat pertumbuhan yang menggalakkan merentas perniagaan pengguna dan perusahaannya. Hasil pascabayar meningkat, didorong oleh langganan yang lebih tinggi. Kesalinghubungan Kediaman menyaksikan pertumbuhan dua angka lagi dalam suku ini, dengan jumlah sambungan kini melepasi paras 700k. Sementara itu, Perniagaan Perusahaan Maxis meneruskan momentum menaiknya dengan mencatat pertumbuhan hasil sebanyak 3.4% tahun ke tahun.

Pada suku tersebut, Maxis melabur RM166 juta dalam perbelanjaan modal (capex) dengan memberi keutamaan untuk mengekalkan kualiti rangkaian dan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya.

Maxis menantikan untuk menawarkan produk dan perkhidmatan berkaitan 5G kepada pelanggannya tidak lama lagi, selepas mendapat kelulusan daripada pemegang sahamnya pada Mesyuarat Agung Luar Biasa yang akan datang untuk menandatangani Perjanjian Akses 5G.  

Goh Seow Eng, Maxis CEO
quote

Kami berada di landasan yang betul untuk pertumbuhan yang stabil dalam landskap telco yang kompetitif. Tumpuan kami adalah sentiasa untuk pengalaman pelanggan dari segi produk, perkhidmatan, rangkaian dan pendigitalan. Tidak lama lagi, kami akan menawarkan pelan 5G dengan nilai menarik untuk semua segmen. - Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis

Sorotan kewangan suku kedua 2023: Suku2 2023 vs Suku2 2022
  • Mencatat Hasil Perkhidmatan (tidak termasuk wholesale voice) sebanyak RM2,113 juta, meningkat 3.2% didorong oleh pertumbuhan sihat daripada perniagaan engguna dan Perusahaan.
    • Pascabayar mencatat pertumbuhan hasil yang kukuh sebanyak 7.5% kepada RM871 juta, didorong oleh langganan Maxis Pascabayar dan Pascabayar Hotlink yang lebih banyak serta strategi migrasi pra-ke-pasca yang berkesan. Langganan pascabayar meningkat 6.3% kepada 3.4 juta, dengan ARPU yang stabil pada RM78.
    • Hasil Prabayar menguncup 4.1% kepada RM651 juta. Walau bagaimanapun, penggunaan berterusan pelan Prabayar Hotlink membantu mengekalkan asas pelanggan yang sihat pada 5.7 juta dan ARPU yang stabil pada RM38 walaupun berada di pasaran prabayar yang sangat kompetitif.
    • Kesalinghubungan Kediaman mencatatkan pertumbuhan pelanggan dua angka sebanyak 10.7%, menjadikan jumlah sambungan kediaman kepada 706k, mendorong hasil meningkat 9.6% kepada RM229 juta.
    • Hasil Perniagaan Perusahaan (tidak termasuk wholesale voice) meningkat 3.4% kepada RM362 juta.
  • EBITDA turun sedikit sebanyak 1.0% kepada RM1,002 juta disebabkan kesan kos pelunasan yang lebih tinggi berikutan spektrum yang diberikan pada tahun 2022.
  • Keuntungan Selepas Cukai meningkat 2.2% kepada RM329 juta setelah EBITDA yang lebih rendah diimbangi oleh pemberhentian Cukai Kemakmuran pada tahun 2023.
  • Aliran tunai bebas operasi berjumlah RM950 juta dengan baki tunai yang sihat sebanyak RM515 juta pada Suku2 2023.
Inisiatif utama:
  1. Menjalin kerjasama strategik dengan Telekom Malaysia untuk menyediakan Rangkaian Teras Berbilang Operator (Multi Operator Core Network, MOCN) 4G serta Perkhidmatan Perayauan Domestik 4G dan 2G untuk memanfaatkan pelanggan di kawasan luar bandar dan bandar di seluruh negara. Ini merupakan peristiwa penting bagi Maxis yang menyerlahkan keupayaan dan rekod prestasinya dalam menyediakan rangkaian mudah alih berkualiti tinggi.
  2. Rangkaian Kawasan Luas Ditentukan Perisian (Software-Defined Wide Area Network, SD-WAN) digunakan untuk Johor Plantations Berhad untuk menghubungkan keseluruhan rangkaian operasinya di seluruh ladang, kilang, loji biogas, loji biometana dan makmal agroteknologinya.
  3. Bekerjasama dengan Boustead Petroleum (BHPetrol) untuk menjadi sebahagian daripada usaha pendigitalan berskala luasnya untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di stesen runcit mereka. Maxis menyediakan SD-WAN terurusnya untuk menyokong terminal pembayaran luar BHPetrol dan sistem POS di semua stesen runcitnya di Semenanjung Malaysia.
  4. Melancarkan pelan Prabayar lengkap serba baharu dengan harga yang menarik, lebih fleksibiliti dan program ganjaran yang menawarkan lebih nilai kepada pelanggan.
  5. Menyokong seruan kerajaan ke atas kesalingbungan berpatutan dan peranti mampu milik melalui Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid Penjawat Awam, selaras dengan rangka kerja Ekonomi MADANI. Pakej tersebut akan dilancarkan pada 31 Ogos sempena Bulan Kebangsaan.
Archives
Tags