Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis encourages its 3G customers to upgrade to 4G

Maxis encourages its 3G customers to upgrade to 4G
  • Inisiatif industri bagi penamatan rangkaian 3G untuk wujudkan pengalaman kesalinghubungan yang lebih baik dengan 4G, dengan kelajuan muat turun yang lebih pantas, pemuatan laman web dan strim video dan muzik yang lebih lancar.
  • Kempen Balas Budi dengan 4G Maxis dorong pelanggan 4G untuk bantu keluarga dan rakan untuk menaik taraf.
  • Banyak promosi menarik dan penawaran peranti tersedia untuk pelanggan naik taraf ke peranti 4G. 

Dengan peningkatan aktiviti berasaskan Internet, transaksi dalam talian dan bekerja dari rumah, akses ke rangkaian data mudah alih yang teguh dan boleh dipercayai amat penting.

Jalinan Digital Negara (JENDELA), rancangan infrastruktur digital Kerajaan untuk mencapai liputan 4G yang lebih luas dan pengalaman jalur lebar berkualiti tinggi untuk semua rakyat Malaysia, dilaksanakan untuk menangani perubahan zaman. Penamatan 3G merupakan inisiatif penting dibawah rancangan ini yang sedang dilakukan oleh semua penyedia telekomunikasi dan akan selesai pada akhir 2021. Tujuannya adalah agar pelanggan emnaik taraf ke rangkaian 4G yang lebih pantas dan lebih dipercayai yang akan membolehkan kelajuan muat turun 10 kali lebih pantas daripada 3G, laman web segera dan strim video dan muzik yang lebih lancar.

Maxis telah berkomunikasi secara proaktif dengan pelanggan 3G dari segmen - pengguna mudah alih, perusahaan mudah alih dan perusahaan M2M / IoT - untuk naik taraf ke 4G sebelum akhir tahun. Kempen Balas Budi dengan 4G juga telah dilancarkan dengan tujuan untuk menyokong dan membantu pelanggan untuk bersedia dengan peralihan rangkaian. Kempen ini pada dasarnya mendorong pengguna 4G untuk menolong ibu bapa, keluarga dan rakan mereka yang masih menggunakan peranti 3G beralih ke peranti 4G dengan cepat, termasuk bagaimana mereka boleh mendapat akses mudah ke peranti 4G.

“Kami melaksanakan penamatan 3G dengan mengutamakan pelanggan, dan kami komited untuk membantu mereka sepenuhnya. Talian kami sentiasa dibuka untuk sebarang pertanyaan, atau bantuan mengenai naik taraf. Kami juga meminta pengguna 4G kami di luar sana untuk mendorong keluarga dan rakan mereka yang masih menggunakan 3G, untuk mula beralih ke rangkaian dan peranti 4G, supaya mereka tidak ketinggalan,” kata Patrick Er, Ketua Pegawai Jualan & Perkhidmatan Maxis.

Bagi pelanggan yang perlu naik taraf ke peranti 4G, Maxis mempunyai promosi menarik dan banyak tawaran penggabungan peranti, termasuk pelan Zerolution dan Pelan Peranti RM1 dengan komitmen bulanan yang berpatutan. Pelanggan hanya perlu menghubungi Maxis melalui talian atau laman web Maxis, atau kunjungi mana-mana kedai Hotlink atau Maxis di seluruh negara.

Walaupun penamatan 3G tidak mempengaruhi pengguna semasa Maxis 4G, mereka disarankan untuk mengaktifkan Voice Over LTE (VoLTE) pada peranti mereka. VoLTE adalah teknologi canggih yang memberikan suara yang jelas melalui panggilan suara di seluruh rangkaian Maxis, dengan mengurangkan suara latar belakang dan kemampuan untuk melayari Internet dengan kelajuan 4G walaupun dalam panggilan. Maxis telah melancarkan VoLTE pada Oktober 2020 secara berperingkat kepada pelanggan prabayar dan pascabayar.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penamatan rangkaian 3G, atau bantuan naik taraf peranti, hubungi kami di 123 atau kunjungi https://www.maxis.com.my/en/faq/network/mobile/3g-sunsetting/. Pelanggan Maxis Business, juga boleh menghubungi Pengurus Akaun atau 1919 untuk mendapatkan bantuan.

Tonton video “Balas Budi dengan 4G” di link ini

Archives
Tags