Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Malaysia Airports dan Maxis bentuk perkongsian strategik untuk wujudkan Lapangan Terbang Digital 5G pertama di Malaysia

Malaysia Airports and Maxis form strategic partnership for co-creation of Malaysia’s first 5G Digital Airport
  • Maxis dipilih sebagai rakan kongsi utama untuk mengurus dan memperkemas perkhidmatan kesalinghubungan Malaysia Airports melalui model pengendali tunggal, sebagai sebahagian daripada inisiatif pendigitalan Airports 4.0
  • Perkongsian memanfaatkan kepakaran gabungan untuk mengembangkan perkhidmatan dan penyelesaian rangkaian 5G untuk pengalaman Smart Airport
  • Kedua pihak komited untuk memungkinkan perjalanan yang selamat, dan lancar sambil meletakkan KLIA sebagai hab destinasi runcit dan pelancongan

Malaysia Airports bekerjasama dengan Maxis untuk mengembangkan rangka kerja transformasi digital untuk operasi Smart Airport. Ini sebahagian daripada inisitiaf Airports 4.0. oleh Malaysia Aiports yang ingin memanfaatkan Maxis sebagai pengendali telko tunggal untuk menguruskan perkhidmatan kesalinghubungannya. Maxis akan menguruskan perkhidmatan dan penyelesaian rangkaian WiFi dan 5G di lapangan terbang utama negara, KL International Airport (KLIA). Maxis juga akan mengembangkan penyelesaian digital berkemampuan 5G untuk penyewa dan pengumpang lapangan terbang Malaysia Airports pada masa hadapan.

Inisiatif transformasi digital menyeluruh oleh Malaysia Airports ini telahpun bermula sejak 2018. Sejak itu, pengendali kapal terbang tersebut telah meningkatkan usaha untuk meletakkan landasan teknologi yang memungkinkan pelaksanaan inisiatif ini.

“5G akan menjadi pemangkin untuk menghubungkan kita dengan peluang perniagaan dan ekonomi baru. Penggunaan 5G akan memperkuat asas untuk membolehkan teknologi baru dan digitalisasi operasi lapangan terbang kami. Ini juga membantu dalam mencipta pengalaman perjalanan baru yang pintar untuk penumpang. Dengan kerjasama ini, kedua pihak akan bersama membuat kes penggunaan dan penyelesaian 5G untuk Smart Travel and Tourism, serta Smart Retail dan Smart Security. Kami berharap perkongsian ini dapat mengubah lapangan terbang kami menjadi Smart Airport,” kata Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports.

"Lapangan terbang telah berkembang dari hab transit menjadi destinasi kepada suatu pengalaman perjalanan dari hujung ke hujung. Sementara kami menunggu ruang udara dibuka sepenuhnya, kami berhasrat untuk memulakan kerja dengan Malaysia Airports untuk meningkatkan pengalaman dan perkhidmatan kesalinghubungan mereka kepada pelawat dan penumpang. 5G berpotensi tinggi dan memungkinkan pengalaman pelanggan yang lebih baik, dan kami komited untuk memainkan peranan kami untuk menawarkan inovasi 5G terbaik untuk memberi manfaat kepada orang ramai dan perniagaan di negara ini dengan kepakaran dan sumber kami," kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis

Perkhidmatan dan penyelesaian rangkaian 5G untuk pengalaman perjalanan yang lebih baik

Ketersediaan perkhidmatan dan penyelesaian rangkaian 5G di lapangan terbang oleh Maxis akan memudahkan dan meningkatkan transformasi ekosistem digital KLIA (termasuk klia2) dalam semua aspek termasuk kesalinghubungan dan pengembangan penyelesaian pintar.

Dengan kesalinghubungan terkemuka Maxis, liputan Wi-Fi di kedua-dua terminal di KLIA akan ditingkatkan untuk memberikan pengalaman lapangan terbang yang lebih baik. Infrastruktur Smart Wi-Fi adalah penyelesaian holistik dengan keupayaan seperti analisis data, di mana peruncit lapangan terbang dapat memanfaatkan sumber ini untuk memahami tingkah laku pelanggan dengan lebih baik dan memanfaatkan pemasaran pelbagai saluran dan memastikan pengalaman penjualan yang lancar.

Malaysia Airports dan Maxis akan bersama mengembangkan penyelesaian Smart Retail serta Smart Travel dan Tourism yang akan memberikan pengalaman peribadi yang tiada tandingan bagi penumpang. Ini termasuk membina platform "Tourist Hub" untuk penumpang mempunyai akses ke panduan perjalanan, promosi dan tawaran. Matlamat jangka panjang adalah untuk mewujudkan ekosistem digital penyelesaian yang ada di Malaysia Airports dan penyelesaian baru yang dikembangkan oleh Maxis untuk mengubah lapangan terbang dengan pengalaman "mengutamakan pelanggan".

Archives
Tags