Penghantaran PERCUMA untuk pembelian online. Beli sekarang.

Penghantaran PERCUMA bila beli online. Beli sekarang.

Berhubung dengan kami untuk pengendalian pertanyaan segera dengan kami sekarang.

Inginkan bantuan? Berhubung dengan kami sekarang.

Maxis pertama lancar perkhidmatan perayauan 5G di tiga negara ASEAN

  • Rentas negara dibuka secara progresif, pelanggan Maxis dan Hotlink bakal menggunakan perayauan 5G buat pertama kali dengan rangkaian tempatan di Singapura, Thailand dan Indonesia
  • Pelanggan Maxis yang menggunakan perayauan 5G dikenakan bayaran yang sama berdasarkan pakej perayauan 4G tanpa caj tambahan
  • Rancang untuk melancarkan perkhidmatan perayauan 5G di lebih banyak negara pada akhir tahun

Dengan sempadan antarabangsa kini dibuka dengan secara progresif, Maxis telko pertama di negara untuk menyediakan perkhidmatan perayauan antarabangsa 5G kepada pelanggan di Singapura, Thailand dan Indonesia.

"Kami teruja dengan pencapaian ini, terutamanya dengan kerajasama rakan-rakan perayauan di tiga negara ini. Kami harap perkhidmatan yang disediakan dapat memberi kelajuan 5G yang luar biasa kepada pelanggan. Ini adalah bukti komitmen kuat kami untuk membolehkan individu dan perniagaan Terus Menerajui dengan pengalaman kesalinghubungan terbaik di mana sahaja mereka berada. Kami harap pelanggan juga menjaga keselamatan diri dan mematuhi SOP ketika dalam perjalanan,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Setelah tiba di salah satu dari tiga destinasi ini, pelanggan dapat memilih rangkaian Singtel di Singapura, AIS di Thailand, atau Telkomsel di Indonesia. Perkhidmatan perayauan 5G akan diaktifkan secara automatik pada mana-mana peranti berkemampuan 5G.

Pelanggan Maxis yang menggunakan perayauan 5G dikenakan bayaran yang sama berdasarkan pakej perayauan 4G tanpa caj tambahan . Pelanggan hanya perlu mengakses aplikasi Maxis dan klik pada banner Maxis Roaming untuk melanggan rancangan pilihan.

Pelanggan Hotlink pula boleh mengaktifkan perayauan data melalui Pass Roam Data untuk melanggan. Sebagai alternatif, mereka juga boleh melanggan secara manual dengan mendail * 100 #, pergi ke 'International Roaming', pilih 'Country' dan pilih salah satu pas yang ada.

Maxis juga merancang untuk melancarkan perkhidmatan perayauan 5G ke destinasi popular lain pada akhir 2021.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxis 5G Roaming, lawati: https://www.maxis.my/SRJb
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotlink 5G Roaming, kunjungi: https://www.hotlink.my/q9c8

Archives
Tags