Penghantaran PERCUMA untuk pembelian online. Beli sekarang.

Penghantaran PERCUMA bila beli online. Beli sekarang.

Klik untuk senarai penyelenggaraan rangkaian terancang.

Klik untuk senarai penyelenggaraan rangkaian terancang.

Biasiswa teknologi dan kepemimpinan Maxis 2021 kini dibuka untuk bakat muda cemerlang

  • Program biasiswa tertumpu pada Wanita, STEM, kepemimpinan dan inovasi
  • Pemegang biasiswa yang berjaya akan mendapat bantuan kewangan serta latihan praktikal dan penempatan pekerjaan di Maxis
  • Program ini sebahagian dari cita-cita Maxis untuk membangun bakat dan kemampuan dalam memacu ekonomi digital, dan untuk membolehkan negara untuk Terus Menerajui dalam dunia yang berubah

Maxis mengundang wanita dan bakat muda cemerlang untuk memohon Program Biasiswa Maxis tahun ini, yang menumpukan ke arah memupuk keupayaan dalam Sains, Kejuruteraan Teknologi & Matematik (STEM) serta kemampuan kepimpinan dan inovasi.

“Program biasiswa ini adalah sebahagian daripada cita-cita kami untuk membina kemahiran, bakat dan kemampuan demi memacu ekonomi digital negara. Dengan tuntutan dan peluang baru yang muncul demi pemimpin masa depan, kami ingin menyokong dalam aspirasi akademik mereka dan membolehkan bakat dan wanita Malaysia yang unggul untuk Terus Menerajui dalam dunia yang terus berubah. Kami mendapat sambutan yang luar biasa dari program ini yang dilancarkan tahun lalu, dan kami menggalakkan para pemimpin muda yang berpengalaman dalam bidang teknologi dan berpandangan ke hadapan untuk sekali lagi mengemukakan permohonan mereka dengan segera,” kata Natalia Navin, Ketua Pegawai Sumber Manusia Maxis.

Program ini menawarkan biasiswa dalam tiga kategori:

  1. Maxis Women in Tech Scholarship: Membolehkan wanita muda yang cemerlang dari semua latar belakang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang teknologi yang berbeza.
  2. Maxis Tech Scholarship: Membentuk bakat yang minat teknologi dan inovasi untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam pelbagai bidang teknologi.
  3. Maxis Young Leaders Scholarship: Menyediakan platform untuk mendorong pelajar ke arah membina kepimpinan, serta sebagai pencetus inovasi dan perubahan.

Calon yang berminat digalakkan untuk semak kriteria kelayakan dan mengetahui cara membuat permohonan di: https://bit.ly/MaxisScholarship21. Tarikh akhir permohonan adalah pada 24 Oktober 2021.

Program yang dilancarkan pada tahun lalu ini memberi peluang pendidikan tinggi kepada pelajar yang layak dan cemerlang di universiti yang diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Berikutan sambutan yang luar biasa dalam permohonan tahun lalu, 15 individu diberikan biasiswa berdasarkan proses pemilihan yang ketat yang melibatkan penilaian, aktiviti kumpulan dan temu ramah.

Selain sokongan kewangan untuk perbelanjaan sara hidup, para sarjana Maxis juga akan diberi penempatan pekerjaan di Maxis untuk melancarkan kerjaya mereka ke tahap seterusnya, menangani peningkatan keperluan untuk kumpulan bakat teknologi dan inovasi di sektor ICT dan perniagaan.

Maxis terus melabur dalam bakat dan inovasi melalui program yang dinamik dengan tumpuan yang kuat terhadap teknologi untuk memastikan warganya bersedia untuk masa depan. Program Siswazahnya, yang dilancarkan tahun ini, memberi peluang kepada lulusan untuk melibatkan diri dalam teknologi baru termasuk sains data dan IoT, serta Kewangan dan Jualan & Perkhidmatan.

Archives
Tags