Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Maxis komited untuk memberi pengalaman rangkaian terbaik di Kelantan

Maxis menyambut lawatan Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) ke tapak Kubang Tebik, Machang, Kelantan pada 26 Jun dengan memberikan taklimat terkini berkenaan usaha rangkaiannya di Kelantan. Usaha-usaha tersebut yang sejajar dengan aspirasi Jalinan Digital Negara (JENDELA), dan dengan  kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta industri, telah dijalankan untuk meningkatkan dan memastikan pelaksanaan berjalan lancar di seluruh negara. Sebagai penyedia penyelesaian konvergen terunggul di Malaysia, Maxis komited untuk melaksanakan kesalinghubungan mudah alih dan juga tetap, di samping memanfaatkan kemampuan komunikasi mudah alih, fiber, WiFi dan satelit untuk memberikan pengalaman rangkaian yang lebih baik di kawasan terpencil.

Sebagai sebahagian dari  komitmen beterusan untuk mengukuhkan liputan rangkaian 4G dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik di Semenanjung dan Malaysia Timur, Maxis telahpun mencapai 100% sasaran JENDELA bagi tahun 2020. Untuk 2021 pula, Maxis tetap fokus untuk mengoptimumkan rangkaiannya sebagai persediaan dalam menghadapi peningkatan trafik Internet yang berterusan. Pengembangan liputan 4G juga akan dipercepatkan di kawasan luar bandar dan terpencil melalui projek USP, sambil memperkukuhkan kualiti pengalaman pelanggan di kawasan bandar, kediaman dan perindustrian, dengan penaiktarafan tapak mudah alih di beberapa negeri termasuk Kelantan. 

Kehadiran YB Dato' Sri Mustapa disambut oleh Ketua Pegawai Rangkaian Maxis, Abdul Karim Fakir Ali, bersama Tuan Hj Abdul Mubin Mohd Zain, Ketua SKMM Negeri Kelantan. Maxis juga telah memberikan taklimat terkini berkenaan  program menaiktaraf 4G yang sedang berjalan untuk meningkatkan liputan dengan pembinaan dan penaiktarafan tapak antaranya di Kg Kubang Tebik, Kg Dusun Buluh dan Kg Paloh.

Sementara itu, Maxis juga menyokong komuniti dengan pembelajaran digital melalui program komuniti unggulnya, eKelas di 13 Pusat Internet Komuniti, dan 60 buah sekolah di Kelantan. Inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah ini menawarkan cara belajar yang menyeronokkan bagi pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5 melalui penyediaan akses percuma kepada kandungan pendidikan berkualiti dan aktiviti menarik, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. 

Archives
Tags

Popular
Posts

Staying Connected Always with the New Hotlink Prepaid Internet 365

Staying Connected Always with the New Hotlink Prepaid Internet 365

Malaysians can now own a mobile plan with the flexibility to choose as much data as they need, not only just on a weekly or monthly basis, but for the entire year. With the new Hotlink Prepaid Internet 365, users can now enjoy high-speed internet all year round, from as low as RM6, making the plan both flexible and accessible to all mobile users.

TELL ME MORE
Maxis delivers strong Q2 in line with convergence ambitions, stays focused on supporting the nation

Maxis delivers strong Q2 in line with convergence ambitions, stays focused on supporting the nation

Maxis Berhad (Maxis) delivered another quarter of resilient performance on the back of its converged solutions strategy, while focusing on providing the best connectivity and support for communities in this challenging environment.

TELL ME MORE
Hotlink app X Merdeka EN

Hotlink App brings Malaysians more value this Merdeka

This Merdeka, Hotlink is offering its users the opportunity to redeem attractive vouchers, prizes and win the latest smartphones by simply reloading their credit or purchasing e-vouchers on the Hotlink app. The campaign is an initiative to reward Hotlink customers who frequently “Bikin Selalu, Hotlink App Dulu”.

TELL ME MORE