Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

PETRONAS Dagangan bekerjasama dengan Maxis untuk analisis data besar dan penyelesaian bersepadu

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions
  • Kerjasama bertumpu kepada pembuatan personalisasi hiper untuk pengalaman runcit yang lebih baik
  • Syarikat terlibat akan memasarkan penyelesaian bersepadu yang menawarkan kemudahan dan pengoptimuman kos kepada pelanggan masing-masing
  • Kerjasama berasaskan visi bersama dalam landskap digital yang berkembang pesat

Memanfaatkan kekuatan teknologi dan inovasi, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dan Maxis telah membentuk kerjasama strategik untuk menawarkan penyelesaian bersepadu dalam keselamatan, sekuriti dan kelestarian untuk perniagaan. Perkongsian ini juga akan memanfaatkan data besar dan analitik canggih melalui personalisasi hiper bagi pengalaman runcit yang lebih baik.

“Kerjasama dengan Maxis adalah langkah ke hadapan bagi PDB dalam mencipta pengalaman runcit yang unik di stesen PETRONAS, yang merupakan sebahagian dari strategi transformasi kami. Dengan memanfaatkan teknologi dan inovasi, kami bercita-cita untuk menerajui industri dan tetap relevan dalam memenuhi keperluan dan gaya hidup pelanggan yang berubah,” kata Azrul Osman Rani, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan Berhad.

“Dalam era Industri 4.0 ini, kami teruja dapat memanfaatkan potensi besar teknologi sambil membangun ekosistem digital yang kuat dan bernilai untuk para pelanggan. Perjalanan yang telah dilalui Maxis dan PDB bermula dari visi bersama dalam lanskap digital yang berkembang pesat. Pengalaman kami dalam Analisis Data Besar, dan teknologi canggih membolehkan kami menawarkan penyelesaian bersepadu yang lebih baik untuk pelanggan kami. Kami komited untuk menjadi rakan kongsi teknologi No.1 dan membawakan teknologi terbaik untuk membolehkan perniagaan sentiasa maju dalam dunia yang berubah,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

PDB terus berusaha untuk membuat penyelesaian inovatif bagi pelanggannya, contohnya Setel, aplikasi mudah alih pertama di Malaysia yang mengintegrasikan platform e-pembayaran dengan pam minyak, ganjaran setia pelannggan dan Kedai Mesra, yang merevolusikan pengalaman pelanggan di pam. Kerjasama ini bertujuan untuk bersama-sama menawarkan pengalaman runcit yang berbeza dan ditingkatkan di stesen runcit PDB, serta personalisasi hiper melalui data besar dan analitik maju dengan Maxis sebagai pemboleh teknologi.

PDB dan Maxis juga akan memasarkan penyelesaian perniagaan bersepadu menyeluruh, yang akan menawarkan kemudahan dan pengoptimuman kos yang lebih tinggi, sambil memastikan keselamatan dan sekuriti asset dan pemandu. Dengan berbuat demikian, pelanggan PDB dan Maxis Business dapat memanfaatkan rangkaian penyelesaian yang lebih luas yang merangkumi  pengurusan aset hingga perkhidmatan logistik.

Archives
Tags