Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Peluang belajar daripada rakan usahawan untuk PKS di Maxis Business Spark UsahaWIRA

Maxis collaborates with MRCS to support mobile vaccination programme
  • Persidangan maya dari 24 sehingga 25 Ogos 2021 menumpukan golongan PKS dan para usahawan tempatan yang berminat memanfaatkan digitalisasi  
  • Bengkel dan sesi perbincangan selama dua hari, menampilkan tokoh industri dan usahawan digital PKS berjaya 
  • Lanjutan kepada program Maxis UsahaWIRA yang membantu usahawan PKS perkasa kebolehan dan pengetahuan digital 

Maxis Business akan menganjurkan persidangan maya Spark UsahaWIRA selama dua hari, iaitu dari 24 sehingga 25 Ogos 2021,  untuk membimbing para pemilik syarikat tempatan dan mereka yang ingin menceburi bidang keusahawan agar dapat mengembangkan perniagaan dengan mendalami arus pendigitalan dan meraih faedah dari perkembangan teknologi digital.

Persidangan tersebut akan menampilkan pemacu industri terkemuka, tokoh teknologi dan ekonomi negara, serta ahli-ahli perniagaan tempatan yang telah  berjaya dalam perjalanan keusahawanan digital masing-masing. Antara mereka termasuk Najib Asaddok, Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Internet; Erma Fatima, Pengasas Mak Cun dan Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Telekung Siti Khadijah.

“Kami mendapat inspirasi daripada semangat inovatif dan kreatif di kalangan para usahawan, terutamanya PKS, yang berjaya merempuh pelbagai rintangan meskipun menghadapi keadaan getir. Kini muncul peluang untuk belajar daripada mereka. Kami sangat menggalakkan golongan PKS dan para usahawan PKS supaya merebut peluang dan mendaftar untuk menghadiri Spark UsahaWIRA yang dapat membimbing mereka ke arah memanfaatkan arus digitalisasi. Persidangan ini juga selari dengan misi kami untuk membawa teknologi terbaik bagi membantu rakyat, perniagaan dan negara untuk Terus Menerajui dalam dunia yang kian berubah,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis.

Maxis collaborates with MRCS to support mobile vaccination programme

Persidangan ini merupakan lanjutan kepada program Maxis UsahaWIRA yang dilancarkan pada bulan Mei yang lalu, dengan tujuan untuk memperkasa PKS dan usahawan bagi membantu mereka mempercepat pemulihan semula perniagaan dan membina ketahanan masa depan melalui digitalisasi.

Para peserta juga digalakkan menyertai pelbagai sesi bengkel dan mendapatkan akses kepada Panduan Kickstart Digital anjuran Maxis bersama rakan-rakan industri iaitu Astro, AmBank, Facebook, Google, iQiyi, MDEC, Microsoft, Momentum Internet, Redbeat Academy, Shopee, TikTok dan Viu.

Selain mempelajari cara untuk mengembangkan perniagaan menerusi digitalisasi seperti e-dagang, pengiklanan media sosial dan cara mendapatkan lebih ramai pelanggan dalam talian, mereka juga dapat meraih hubungan perniagaan yang bermakna menerusi sesi ‘Live Networking’. Mereka juga akan menerima cenderahati dan berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan bernilai lebih darpada RM4 juta seperti  pakej pengiklanan TV, radio dan digital, ganjaran wang tunai, alatan perniagaan yang terkini, dan sebagainya.

Tiada yuran penyertaan untuk menghadiri sidang dua hari Spark UsahaWIRA ini. Sesiapa yang berminat boleh mendaftar sekarang di laman sesawang https://www.maxis.my/SparkPR1      

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxis UsahaWIRA, sila lawati https://business.maxis.com.my/en/campaign/smegrant

Archives
Tags