Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Inisiatif Maxis-Huawei TechCity pacu persiapan untuk peralihan rangkaian 5G

  • Maxis dan Huawei berjaya melakukan percubaan 5G di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, mencatat kapasiti dan kelajuan yang unggul, serta peningkatan kecekapan spektrum

  • Kedua-dua pihak berjaya menyelesaikan percubaan LTE dan Radio Baru 5G, menggunakan DSS dalam frekuensi 1800MHz

  • Maxis komited untuk memberikan kesalinghubungan digital yang berkesinambungan untuk semua rakyat Malaysia, yang bakal membantu ke arah peralihan yang lancar untuk pelaksanaan teknologi 5G, selaras dengan aspirasi JENDELA negara

Berikutan perjanjian TechCity yang dimeterai kedua-dua pihak pada awal tahun ini, Maxis dan Huawei Technologies Malaysia (Huawei) telah mula meningkatkan rangkaian 4G untuk mempersiapkan peralihan yang lancar ke 5G. Maxis memilih kawasan utama di Kuala Lumpur untuk melakukan percubaan bersama Huawei, dengan fokus untuk meningkatkan kapasiti 4G dan pengalaman pengguna, membolehkan pelaksanaan 5G yang cepat, dan mencapai pengoptimuman sumber rangkaian - semuanya sebagai persediaan untk pelaksanaan 5G sebaik sahaja spektrum tersedia.

Inisiatif TechCity dikhususkan untuk pembinaan infrastruktur 4G dan 5G yang unggul untuk membawa pengalaman kesalinghubungan dan kualiti hidup digital rakyat dan perniagaan yang terbaik di Malaysia pada masa akan datang. Melalui program ini, Maxis bergabung dengan pengendali terkemuka global untuk mengadakan kerjasama R&D yang lebih rapat dan akses kepada pengembangan aplikasi 5G terkini. TechCity Huawei telah dilancarkan di bandar-bandar terkemuka seperti London, Seoul dan Tokyo.

Maxis menjalankan percubaan pertama penyelesaian radio baru dalam rangkaian 4G dengan FDD (Frequency Division Duplex) MIMO besar untuk meningkatkan kapasiti radio dengan memberikan faedah rangkaian yang lebih bagus untuk peranti pengguna yang ada pada rangkaian secara langsung. Peningkatan 1.4x dalam jumlah trafik dapat dikesan setelah percubaan besar-besaran MIMO diaktifka

Pada masa yang sama, Maxis dan Huawei berjaya menyempurnakan percubaan LTE dan Radio Baru (LNR), menggunakan Dynamic Spectrum Sharing (DSS) dalam frekuensi 1800MHz. Ini adalah penerokaan pertama di Asia Pasifik untuk ujian frekuensi sub-3GHz, yang membolehkan Maxis menggunakan semula frekuensi dan peralatan 4G yang ada untuk menawarkan 5G pada masa akan datang, yang dapat meningkatkan kecekapan spektrum hingga 1.5x dibandingkan dengan pengagihan semula statik secara konvensional. Ini dicapai dengan kerjasama Maxis dan pasukan petugas R&D Huawei dari ibu pejabat di Shenzhen.

"Program 5G TechCity bertujuan untuk memupuk ekosistem penyelesaian pintar yang akan menjadi pemacu utama ekonomi digital negara dan meningkatkan daya saingnya dari segi Industri 4.0. Kami gembira dapat meneruskan program ini dengan peneraju teknologi global dan rakan jangka panjang kami, Huawei. Pengalaman, kepakaran dan kemampuan mereka melengkapkan cita-cita kami untuk menjadi penyedia penyelesaian terpadu di Malaysia. Kami komited untuk memberikan kesalinghubungan digital yang berkesinambungan untuk semua rakyat Malaysia, yang akan membuka jalan untuk peralihan lancar ke penggunaan teknologi 5G sejajar dengan aspirasi JENDELA negara," kata Morten Bangsgaard, Ketua Pegawai Teknologi dan Maklumat Maxis.

"Malaysia telah melakar kemajuan yang luar biasa dengan polisi ICTnya yang terkedepan ke arah membangunkan ekonomi digital, dan TechCity merupakan asas untuk mengembangkan ekosistem yang teguh bagi memberikan pengalaman pengguna dan kecekapan rangkaian yang luar biasa. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Maxis dalam inisiatif TechCity untuk membuat penyelesaian 5G yang berjaya yang dapat direplikasi di pasaran global," kata CEO Huawei Malaysia, Michael Yuan.

Percubaan ini merupakan antara banyak yang telah dicapai Maxis sejauh ini, dan merupakan bukti kepemimpinan teknologi. Pada Januari tahun ini, Maxis mengumumkan rekod baru di dua tapak percubaan 5G di Subang Jaya setelah berjaya mencapai 2.96Gbps untuk kelajuan puncak pengguna tunggal, berdasarkan Agregasi Pembawa Radio Baru 5G untuk menunjukkan kelajuan puncak pengguna tunggal, dan MU 5G-MIMO (multi user MIMO) untuk menunjukkan kelajuan puncak sel tunggal berdasarkan penggunaan dari pengguna yang berlainan secara serentak. Pada bulan yang sama, Maxis berjaya melakukan percubaan 5G Multi Operator Core Network (MOCN) pertama di Asia Tenggara dengan kerjasama Celcom, mencapai kelajuan puncak lebih dari 1.1Gbps di persekitaran luar di lokasi percubaan di Langkawi, Kedah.

Program TechCity Maxis-Huawei
Pada 8 Januari 2020, Maxis dan Huawei menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneroka dan bekerjasama dalam inisiatif TechCity di Kuala Lumpur. Kedua-dua syarikat bekerjasama untuk memberikan penyelesaian 4G dan 5G untuk pengalaman peribadi yang tiada tandingan, inovasi dalam reka bentuk rangkaian 5G, kecekapan penggunaan dan operasi, serta penyediaan Makmal Inovasi 5G untuk menyampaikan kes penggunaan baru di pelbagai industri untuk dikomersialkan.

TechCity bertujuan membentuk ekosistem perkhidmatan digital masa depan di Malaysia. Rangkaian LTE Evolution dan 5G Mobile Edge Computing akan menjadi pemacu utama ekonomi digital dan Industri 4.0. Kerjasama ini akan mempercepat penawaran perkhidmatan inovatif Maxis kepada pelanggan, membawa pengalaman rangkaian terbaik untuk pelanggannya.

Archives
Tags

Popular
Posts

Hotlink app X Merdeka EN

Hotlink App brings Malaysians more value this Merdeka

This Merdeka, Hotlink is offering its users the opportunity to redeem attractive vouchers, prizes and win the latest smartphones by simply reloading their credit or purchasing e-vouchers on the Hotlink app. The campaign is an initiative to reward Hotlink customers who frequently “Bikin Selalu, Hotlink App Dulu”.

TELL ME MORE
Maxis collaborates with MRCS to support mobile vaccination programme

Maxis collaborates with MRCS to support mobile vaccination programme

In line with the government’s aspirations to accelerate vaccination in the country under the National COVID-19 Immunisation Programme (PICK), Maxis has collaborated with Malaysian Red Crescent Society (MRCS) to support their mobile vaccination programme.

TELL ME MORE
Maxis is enabling local heroes to help more Malaysians to Always Be Ahead

Maxis is enabling local heroes to help more Malaysians to Always Be Ahead

As the nation celebrates Hari Kebangsaan and the upcoming Hari Malaysia, Maxis has launched its inaugural Maxis Awards to recognise and support outstanding Malaysian initiatives whose contributions drive positive impact for their fellow citizens.

TELL ME MORE