Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Maxis mempamerkan kuasa 5G melalui Samsung Galaxy siri S20

Bermula 6 Mac, Maxis menawarkan Samsung Galaxy S20 Ultra dikuasai 5G yang dinantikan, memaparkan 100x Space Zoom yang mengagumkan dan rakaman video 8K. Selain itu, Samsung Galaxy S20+ dan Samsung Galaxy S20 4G juga dilancarkan dengan teknologi 30x Space Zoom dan rakaman video 8K. Semua peranti mudah alih ini tersedia dengan Maxis Zerolution tanpa bayaran pendahuluan, kad kredit dan kadar faedah.

Pengalaman menyeluruh telefon 5G bersama sambungan Maxis 5G boleh didapati di Maxis Centre KLCC dan Sunway Pyramid. Sempena pelancaran telefon baru ini juga, Maxis mempamerkan 5G Live dengan Galaxy S20 Ultra – sebuah galeri mini yang memaparkan pemandangan Malaysia melalui kepingan diorama, termasuk sebuah Maxis Centre! Teknologi zum mudah alih paling berkuasa di dunia ini boleh dicuba oleh para pelanggan di KLCC dan Sunway Pyramid dengan cara paling kreatif dengan menikmati keindahan seni sebenar galeri mini secara terperinci melalui kamera S20 Ultra. Lebih menarik, mereka dapat menyaksikan  pameran seni tersebut secara imersif melalui teknologi realiti terimbuh Maxis 5G.

Pameran ini kini berjalan di Maxis Centre KLCC dan akan datang ke Maxis Centre Sunway Pyramid, untuk tempoh sebulan. Pada masa ini, pelanggan boleh melayari video dan permainan, serta memeriksa ujian kelajuan rangkaian Maxis 5G.

"Kami begitu teruja untuk memperkenalkan siri Samsung Galaxy S20 sebagai tambahan kepada himpunan tawaran peranti mudah alih kami, dengan fungsi zum hebat dan fungsi video 8K yang pasti menggembirakan peminat fotografi dan videografi. Selain dari peranti dan galeri seni mini kreatif, kami juga ingin membolehkan pelanggan mengalami kemungkinan menarik 5G, yang secara dramatik akan mengubah cara kita berkomunikasi dan menjalani kehidupan. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba kemungkinan masa depan kami,” kata Arjun Varma, Ketua Perniagaan Konsumer Maxis.

Memilih telefon bersesuaian dengan anda dari siri Samsung Galaxy S20

Pelanggan boleh mendapatkan Samsung Galaxy S20 Ultra 5G pada hanya RM129 sebulan dengan Maxis Zerolution260, atau dua unit Samsung Galaxy S20+ atau Samsung Galaxy S20 dengan ansuran bulanan menarik, bermula dengan hanya RM189 sebulan dengan Maxis Zerolution. Di bawah pelan ini, pelanggan boleh menikmati pembayaran tanpa pendahuluan, kad kredit dan kadar faedah, pada rangkaian 5G.

Peranti

Ansuran Bulanan

Samsung Galaxy S20

Dari RM189/bln untuk 2 unit pada
Zerolution

atau

Dari RM89/bln untuk 1 unit pada Zerolution360

Samsung Galaxy S20+

Dari RM249/bln untuk 2 unit

atau

Dari RM99/bln untuk 1 unit pada Zerolution360

Samsung Galaxy S20
Ultra 5G

Dari RM129/bln untuk 1 unit pada Zerolution360


Untuk memilih telefon dan pelan mereka, pelanggan boleh memasuki mana-mana Maxis Centre atau melawat maxis.com.my/galaxy-s20

Archives
Tags

Popular
Posts

Hotlink app X Merdeka EN

Hotlink App brings Malaysians more value this Merdeka

This Merdeka, Hotlink is offering its users the opportunity to redeem attractive vouchers, prizes and win the latest smartphones by simply reloading their credit or purchasing e-vouchers on the Hotlink app. The campaign is an initiative to reward Hotlink customers who frequently “Bikin Selalu, Hotlink App Dulu”.

TELL ME MORE
Gaming fans can catch Hotlink’s virtual eSports tournament live with Team Secret and win prizes

Gaming fans can catch Hotlink’s virtual eSports tournament live with Team Secret and win prizes

Home to one of the biggest eSports markets in Southeast Asia, Malaysia’s gaming scene continues to grow, as more local gamers make the country proud on the international stage.

TELL ME MORE
Maxis is enabling local heroes to help more Malaysians to Always Be Ahead

Maxis is enabling local heroes to help more Malaysians to Always Be Ahead

As the nation celebrates Hari Kebangsaan and the upcoming Hari Malaysia, Maxis has launched its inaugural Maxis Awards to recognise and support outstanding Malaysian initiatives whose contributions drive positive impact for their fellow citizens.

TELL ME MORE