Enable Maxis VoLTE to experience lifelike call quality! For detailed steps and info, click

Experience lifelike call quality with VoLTE! Click

here.

Our updated General Terms & Conditions of Services is effective from 20 December 2020. Refer to

Our updated GTC, effective from 20 December 2020, Refer

here.

Operator Telekomunikasi umumkan akses internet percuma untuk pembelajaran dan produktiviti sehingga 31 Disember 2020

Operator telekomunikasi  Celcom Axiata Berhad (“Celcom”), Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”), Maxis Berhad (“Maxis”), U Mobile Sdn Bhd (“U Mobile”), YTL Communications ("YTLC") dan Telekom Malaysia Berhad (“TM”) melalui unifi, akan terus menyokong keperluan untuk bekerja dan pembelajaran melalui penyediaan internet percuma. Inisiatif bersama industri ini merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan TM akan menawarkan 1GB Internet Produktiviti harian, untuk digunakan daripada 8 pagi sehingga 6 petang, mulai 10 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020. Ini akan menggantikan 1GB internet harian percuma yang ditawarkan kepada pelanggan mulai 1 April 2020, yang berakhir pada 9 Jun 2020.

YTL Communications akan meneruskan inisiatif ‘Learn from Home’ dalam bentuk kad SIM percuma dengan data 40GB kepada kesemua ibu bapa dan pelajar di sekolah kerajaan, pelajar dan ahli fakulti institusi pengajian tinggi, serta telefon bimbit dengan 120GB data kepada pelajar daripada keluarga B40 yang layak. Sebagai tambahan, YTLC akan menyediakan kandungan pendidikan atas talian percuma yang dibangunkan bersama Teach for Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

TM dan TIME dotCom Berhad (“TIME”) akan menyokong operator mudah alih dengan menyediakan kapasiti gentian tambahan bagi menampung penggunaan internet yang meningkat di samping meneruskan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan pada masa ini.

Kesemua operator akan terus menyediakan akses percuma tanpa had bagi pelbagai aplikasi berkaitan informasi dan perkhidmatan untuk memastikan rakyat Malaysia terus menerima maklumat terkini yang sahih berkenaan COVID-19. 

Pelanggan boleh merujuk kepada operator masing-masing bagi informasi bagaimana untuk menebus internet harian percuma dan perkhidmatan yang tersenarai.

Akses Internet percuma harian 1GB bagi pembelajaran dan produktiviti

  • Kesemua pelanggan aktif pascabayar dan prabayar Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan unifi oleh TM akan dapat menikmati perkhidmatan ini daripada operator masing-masing.
  • Industri menyediakan pelbagai sumber pembelajaran atas talian kepada pelanggan secara percuma, termasuk kursus e-pembelajaran daripada Classruum, Udemy dan SunagoLearn. Kesemua pelanggan akan menikmati akses percuma bagi aplikasi Microsoft Office 365 dan perkhidmatan sidang video Zoom.

Akses percuma tanpa caj internet bagi aplikasi Gerak Malaysia, MySejahtera dan MyTrace

  • Kesemua operator akan menyediakan akses tanpa caj bagi ketiga-tiga aplikasi ini untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam memudahkan aturan perjalanan, penjejakan kontak, dan penilaian kesihatan diri bagi mengawal penyebaran jangkitan COVID-19.

Akses percuma tanpa caj bagi sumber informasi kesihatan dan berita yang penting

  • Industri terus menyediakan panggilan tanpa caj ke ‘hotline’ dan talian kecemasan termasuk Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), cawangan negeri KKM, hospital yang dikenalpasti bagi saringan dan rawatan COVID-19, ‘hotline’ PKP, serta laman web rasmi KKM dan WHO.
  • Kami terus menyokong pihak berkuasa dalam menyebarkan pengumuman berkenaan kesihatan, kecemasan dan kepentingan awam melalui siaran SMS harian kepada pelanggan bagi informasi penting  COVID-19.
  • Sebagai tambahan, kesemua operator menyediakan akses data percuma kepada sumber berita utama di seluruh negara.
  • TM telah membangunkan portal stayalert.my untuk membantu rakyat Malaysia terus terhubung dengan berita rasmi dan maklumat terkini Covid-19; sebagai sebahagian daripada usaha Tanggungjawab Korporat mereka.

Industri terus bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta badan berkuasa yang lain untuk menjalankan langkah baru dan relevan yang diperlukan demi kepentingan pelanggan, perniagaan dan negara.

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis on track with JENDELA targets with 2021 initiatives well underway

Maxis on track with JENDELA targets with 2021 initiatives well underway

Maxis continues to expand its fibre footprint with more than 6,500 premises passed in 2020. With that, Maxis has delivered 100% of its own 2020 targets for Jalinan Digital Negara (JENDELA), accelerating capacity with upgrades of more than 35% of the total upgrades of 16,367 sites by the industry.

TELL ME MORE
Maxis inspires Malaysian families to celebrate health as a blessing this CNY

Maxis inspires Malaysian families to celebrate health as a blessing this CNY

In these extraordinary times, Maxis remains committed to supporting the nation and customer needs with many initiatives. As the Chinese New Year festive season approaches, Maxis is ringing in the celebrations with an inspiring message to all Malaysians, on the importance of health and family togetherness this festive season.

TELL ME MORE
Maxis closes 2020 with resilient performance on the back of its converged solutions leadership

Maxis closes 2020 with resilient performance on the back of its converged solutions leadership

Maxis Berhad (Maxis) announced today that it closed 2020 with a resilient Q4 performance, registering stable Service Revenue and a healthy normalised EBITDA, while maintaining a high EBITDA margin.

TELL ME MORE