Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis membuat harapan penduduk Bukit Harapan menjadi kenyataan Krismas ini

Refurbishing amenities
  • Sukarelawan Maxis dari pejabat Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur telah membaik pulih kemudahan di Bukit Harapan
  • Sukarelawan turut menyumbangkan hadiah kepada penduduk mengikut ‘wishlist’ mereka
  • M Squad, program sukarelawan dalaman Maxis, memberi peluang kepada pekerja untuk mengambil bahagian dalam aktiviti dan inisiatif untuk menolong komuniti sekitar

Dengan semangat memberi dan saling berkongsi, Maxis merealisasikan permintaan penduduk Bukit Harapan pada musim Krismas ini. Hampir 20 sukarelawan M Squad dari pejabat Maxis Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur telah membawa semangat perayaan ke rumah kebajikan di Menggatal, Sabah, sempena inisiatif amal perayaan Krismas.

Sinaran mentari mengiringi sukarelawan M Squad semasa mereka bertungkus-lumus membaiki rumah kepada lebih 60 penduduk ini. Mereka telah memperbaharui kemudahan di ruman Bukit Harapan.

Getting christmas gift

Kemudiannya, hari diteruskan dengan acara yang paling ditunggu-tunggu – sesi pembukaan hadiah Krismas mereka! Menerusi cara Secret Santa, pekerja Maxis telah menyumbangkan hadiah terlebih dahulu mengikut ‘wishlist’ penduduk Bukit Harapan. Hadiah-hadiah tersebut kemudiannya telah disampaikan oleh sukarelawan M Squad. Antaranya ialah jam tangan, pakaian, kasut, cadar dan juga kalkulator.

Getting christmas gift

“Hari Krismas merupakan musim pemberian, jadi sukarelawan kami ingin melakukan sesuatu yang istimewa untuk penduduk di Bukit Harapan. Kami juga hadir ke rumah ini untuk menyebarkan kegembiraan dengan kakitangan dan penduduk. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang di Bukit Harapan, terutama Ms Audra Keyworth, selaku pentadbir rumah ini, bagi mengalu-alukan kami ke rumah dan memberi sukarelawan Maxis untuk merayakan Krismas dengan anda. Kami berharap sumbangan kecil ini akan pergi jauh,” kata Tan Lay Han, Ketua Pegawai Jualan dan Perkhidmatan Maxis.

 “Kami amat gembira untuk mengalu-alukan Maxis ke rumah kami. Para sukarelawan memberi senyuman dan sorakan yang amat bermakna kepada anak-anak kami. Ini bukan kali pertama Maxis telah menyumbang ke Bukit Harapan dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Maxis, terumatanya sukarelawan M Squad, kerana menyebarkan semangat Krismas dengan kami,” kata Audra Keyworth, Pentadbir Bukit Harapan.

Christmas Photo Group

Penduduk Bukit Harapan juga telah memberi persembahan istimewa kepada sukarelawan M Squad dengan nyanyian Carol Krimas sebelum sesi menjamu selera hidangan makanan tengah hari yang enak.

M Squad adalah program sukarela dalaman Maxis yang menyediakan peluang kepada para pekerja untuk mengambil bahagian dalam aktiviti dan inisiatif yang menolong komuniti.

Bukit Harapan adalah rumah perlindungan dan pusat pemulihan yang dibiayai oleh orang awam untuk anak-anak yatim, individu dan wanita yang menjadi mangsa penderaan. Ia mula beroperasi pada 9 Januari 1989 di kediaman pertamanya di Keningau. Selapas berkembang jumlahnya, mereka berpindah ke premis kini di Menggatal pada tahun 2007.

Archives
Tags