Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis akhiri 2019 dengan momentum yang kuat dalam menyampaikan cita-cita konvergen

  • Prestasi operasi teguh, hasil perkhidmatan tidak termasuk borong naik 2.5% berbanding suku 4 tahun lepas
  • Prestasi yang kukuh dalam pasca bayar, hasil meningkat sebanyak 4.2% berbanding suku ke-4 tahun lepas, penambahan pelanggan menjana hasil pasca bayar sebanyak 140k membawa peningkatan mudah alih bersih bagi tahun ini kepada 432k
  • Sambungan fiber meningkat 25k pada suku tahun untuk mencapai jumlah sambungan 369k
  • Terus maju dengan ketersediaan 5G dan meneruskan kepimpinan dalam rangkaian 4G
  • Mengekalkan dividen interim bersih keempat sebanyak 5 sen sesaham

Maxis Berhad (Maxis) mencatatkan prestasi operasi yang kukuh pada suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2019, didorong oleh pertumbuhan pasca bayar yang mantap, ARPU mudah alih yang stabil serta pertumbuhan konsisten dalam langganan fiber bagi Pengguna dan Perusahaan. Syarikat melaporkan EBITDA yang kukuh, margin EBITDA tertinggi dalam industri dan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) yang sihat. Dengan sokongan aliran tunai bebas yang kuat, Maxis mengisytiharkan dividen interim bersih keempat sebanyak 5 sen sesaham, membawa dividen tahunan ke 20 sen.

Pada suku tersebut, Maxis menunjukkan kepimpinan berterusan dalam pasca bayar dengan ARPU bulanan yang tinggi dan peningkatan pelanggan pasca bayar sebanyak 140k yang membawa peningkatan jumlah keseluruhan kepada 432k bagi tahun ini. Ini didorong oleh daya tarikan positif pelan Hotlink Postpaid Flex dan MaxisONE. Pelan bebas bimbang ini diperkuatkan oleh rangkaian 4G Maxis yang terulung, yang mencapai lebih daripada 3Mbps 95% daripada masa dalam persekitaran penggunaan data yang semakin meningkat.

Usaha berterusan untuk memberikan pengalaman peribadi yang tidak dapat ditandingi ini telah menyaksikan Maxis terus mengekalkan tahap kepuasan pelanggan yang tinggi dengan Skor Touch Point-Net Promoter +56 mata untuk tahun ini. Dari segi kewangan, Maxis mencatatkan prestasi EBITDA dan Pengendalian Aliran Tunai Bebas Operasi yang lebih baik dari panduan, yang menunjukkan perniagaan teras yang berdaya tahan dan momentum teguh dalam pelaksanaan rancangan pertumbuhan strategik dan cita-cita untuk menjadi syarikat penyelesaian konvergen terkemuka di Malaysia.

Comment by Gökhan Ogut, CEO, Maxis

Komen oleh Gökhan Ogut, CEO, Maxis:
"Kami gembira mengakhiri 2019 dengan prestasi yang kukuh. Kami mencatatkan suku ke-4 yang kuat, dengan kepimpinan berterusan dalam perniagaan teras mudah alih di samping meraih kemajuan teguh kearah cita-cita konvergen kami. Tahun ini, kami telah mengembangkan pasukan Enterprise dan membina perkongsian kukuh dengan yang terbaik dalam industri untuk memberikan nilai lebih kepada perniagaan di Malaysia. Selaras dengan cita-cita Rancangan Fiberisasi dan Kesalinghubungan Kebangsaan Kerajaan, kami juga telah memperluaskan jejak perkhidmatan tetap kami secara agresif dan terus membina asas pelanggan fiber kediaman yang kukuh. Pada masa yang sama, kami terus memberi tumpuan untuk menyampaikan pengalaman pelanggan peribadi yang tidak dapat ditandingi seperti yang ditunjukkan oleh tahap kepuasan pelanggan yang tinggi untuk tahun ini. Sentiasa berada di barisan hadapan teknologi, kami terus memacu ketersediaan 5G dan bersedia untuk melaksanakannya sebaik sahaja spektrum diagihkan. Kami berharap untuk bekerjasama dengan rakan komersial kami, Kementerian dan SKMM untuk merealisasikan perkara ini."

Sorotan kewangan suku ke-4 tahun ke tahun (yoy) - suku ke-4 2019 vs suku ke-4 2018

  • Hasil perkhidmatan tidak termasuk hasil borong naik 2.5% kepada RM 1,978 juta daripada RM 1,930 juta, disokong oleh prestasi teras yang berdaya tahan
  • Kepimpinan yang berterusan dalam pasca bayar, dengan ARPU bulanan yang tinggi sebanyak RM 90 dan peningkatan pelanggan pasca bayar sebanyak +432k, menjadikan jumlah keseluruhan pelanggan kepada 3.4 juta. Tawaran Hotlink Postpaid Flex dan MaxisONE terus menarik pelanggan pasca bayar tahap permulaan dan pelanggan prabayar. Dengan jumlah pelanggan yang lebih besar, penglibatan pelanggan dan penggunaan data yang tinggi, pendapatan pasca bayar, tidak termasuk borong, meningkat 4.2% kepada RM974 juta daripada RM935 juta
  • Hasil prabayar kekal berdaya saing pada RM783 juta berbanding RM845 juta tahun lepas berikutan penggabungan berterusan SIM, kejayaan mengangkat pelanggan dari prabayar ke pascabayar, dan penurunan Kadar Penamatan Mudahalih (Mobile Termination Rate - MTR). Prabayar terus mengekalkan ARPU bulanan yang tinggi sebanyak RM 42
  • Permintaan untuk data terus berkembang dengan pesat. Pelanggan kami menggunakan purata 15.0GB data campuran setiap bulan untuk Q4 2019, iaitu 37.3% lebih tinggi daripada Q4 2018
  • Pertumbuhan fiber yang konsisten, menambah +25k sambungan fiber baru bersih pada suku ini, menjadikan jumlahnya mencapai 369k. Pertumbuhan fiber kediaman dan perniagaan terus meningkat dengan langganan teguh bagi pelan convergen MaxisONE Prime. Momentum positif dalam langganan fiber terutamanya didorong oleh pakej MaxisONE Prime dari fiber kediaman dan peranti mudah alih, serta daya tarikan pakej fiber superfast (300, 500 & 800 Mbps)
  • EBITDA yang dinormalisasikan kukuh, naik 17.7% kepada RM904 juta daripada RM768 juta manakala PAT yang dinormalisasi naik 32.8% kepada RM344 juta daripada RM259 juta. Perbandingan tahun-ke-tahun ini mencerminkan impak daripada penamatan perjanjian borong, mobilisasi perniagaan Enterprise, membina keupayaan fiber dan kapasiti pada suku ke-4 tahun lepas. EBITDA dan PAT yang kuat disokong oleh teras perniagaan mudah alih yang berdaya tahan dan pertumbuhan fiber yang menggalakkan serta program produktiviti Fuel4Growth yang memberikan penjimatan
  • Margin EBITDA yang dinormalisasikan dari hasil perkhidmatan kekal tinggi pada 45.4% berbanding 37.5% pada suku ke-4 2018
  • Aliran tunai bebas operasi kukuh pada RM727 juta untuk suku ini terutamanya disebabkan oleh hasil positif daripada Fuel4Growth dan program modal kerja yang meningkatkan kecekapan modal dan penjimatan. Hasilnya membawa jumlah aliran tunai bebas operasi kepada RM3.4 billion, 1.4% lebih tinggi daripada tahun lepas meskipun penurunan keseluruhan EBITDA disebabkan oleh penamatan perjanjian borong
  • Mengisytiharkan dividen interim keempat sebanyak 5 sen bersih sesaham. Ini membawa jumlah dividen bagi sepanjang tahun kepada 20 sen sesaham

 

Sorotan Inisiatif Utama 2019

  • Memacu konvergen dan membina keupayaan Enterprise untuk pertumbuhan:
    • Melancarkan perkhidmatan pertama NB-IoT komersil Malaysia di pusat-pusat pasaran utama IoT dan bekerjasama dengan MDEC serta Sarawak Multimedia Authority untuk mempromosikan pembangunan ekosistem IoT tempatan
    • Kerjasama strategik dengan Gamuda Land untuk mewujudkan bandar pertama di Malaysia dengan kesalinghubungan 5G di Gamuda Cove, sebuah pembangunan perbandaran oleh Gamuda Land
    • Kerjasama dengan AmBank untuk mencipta pelan penyelesaian digital bagi PKS yang membolehkan akses mudah kepada penyelesaian untuk keperluan kewangan dan teknologi mereka
    • Kerjasama strategik dengan Cisco untuk bersama-sama menyampaikan pelbagai teknologi peneraju pasaran untuk perusahaan berkembang dalam dunia digital, awan, yang didorong oleh data
    • Kerjasama dengan Amazon Web Services (AWS) untuk membina kumpulan pekerja terlatih AWS terbesar di Malaysia bagi memberikan penyelesaian awan kepada perniagaan
    • Maxis Business SPARK Summit telah menarik lebih daripada 500 perwakilan dari sektor Korporat, Kerajaan dan PKS besar yang mendapat manfaat mengenai perkembangan pesat teknologi melalui sesi panel, peluang rangkaian kenalan dan pameran penyelesaian pintar
  • Menyampaikan nilai terbaik, secara digital di samping pengalaman peribadi tidak dapat ditandingi
    • Pelancaran kedai konsep baru Maxis di The Gardens, Mid Valley, menetapkan tanda aras tinggi dalam perkhidmatan runcit dan membantu peruncit Malaysia memodelkan pengalaman dalam dan luar talian mereka menerusi penyelesaian runcit fizikal yang didorong secara digital
    • Kolaborasi bersama Team Secret, sebuah pasukan professional pro-permainan eSports yang terkenal di dunia untuk menawarkan pakej telefon pintar terbaik dengan Maxis Zerolution
    • Melancarkan Maxis TV, perkhidmatan hiburan video yang menawarkan kandungan video premium dari filem ke rancangan TV yang mampu dan fleksibel untuk semua. Platform setempat ini mudah diakses melalui aplikasi MyMaxis, Hotlink RED dan Flex, membolehkan pelanggan memilih untuk menonton apa sahaja, bagaimanapun pada bila-bila masa yang mereka mahukan
    • Mengupayakan ekosistem peranti terbaik dengan pemilikan termudah untuk gaya hidup yang benar-benar terhubung dengan memperkenalkan Maxis Postpaid Tablet dan Maxis Postpaid Watch untuk Apple Watch Series 5 dan generasi baru iPad ketujuh
    • Kerjasama pemasaran strategik dengan Astro untuk menawarkan jalur lebar bersama kandungan
  • Mengekalkan kepimpinan rangkaian 4G
    • Mengumumkan pada awal tahun ini, panduan perbelanjaan modal asas pada RM 1 bilion untuk tahun ini dengan tambahan perbelanjaan modal untuk pertumbuhan pada RM 1 bilion untuk tiga tahun akan datang
    • Pelaburan berterusan untuk mengekalkan kepimpinan rangkaian 4G kami dan mengupayakan ketersediaan rangkaian untuk masa depan, termasuk meningkatkan kebergantungan dan ketahanan rangkaian fiber kami dengan lebih baik untuk kapasiti 4G LTE dan meningkatkankan ketersediaan rangkaian teras 5G, dengan disokong oleh virtualisasi rangkaian dan sambungan fiber ke stesen pangkalan kami. Perbelanjaan modal pada suku semasa adalah RM577 juta, menjadikan jumlah keseluruhan yang dilaburkan kepada RM1.2 bilion untuk tahun ini, 16.9% lebih tinggi dari 2018
  • Memperluaskan jejak fiber untuk menyampaikan perkhidmatan kepada lebih banyak kediaman dan perniagaan
    • Di samping kerjasama dengan TM dan Sacofa pada tahun 2018, Maxis menandatangani perjanjian kerjasama dengan CT Sabah untuk akses kepada Perkhidmatan Rangkaian HSBB yang membolehkan pelancaran jalur lebar Maxis ke lebih banyak kediaman dan perniagaan di Sabah
    • Kerjasama dengan Allo untuk akses sepenuhnya kepada Perkhidmatan Rangkaian HSBB bagi memperluaskan penawaran jalur lebar fiber yang mampu dimiliki oleh Maxis kepada pelanggan di Cyberjaya, Bangsar South dan Jasin

 

Menerajui 5G
Maxis terus menyokong agenda 5G negara, dan berada di barisan hadapan dalam memacu 5G di Malaysia dengan mempelopori percubaan sejak tahun 2018 dan terus menjalankan kes penggunaan 5G dengan syarikat Malaysia dalam pelbagai bidang. Dengan kerjsama padu bersama Huawei, Maxis merupakan yang pertamadalam menjalankan percubaan langsung 5G sepenuhnya di negara ini pada bulan Mac, dan kemudian menjalin perjanjian dengan mereka untuk menyediakan rangkaian 5G di Malaysia pada bulan Oktober, sebagi persediaan awal menjelang peruntukan spektrum.

Maxis terus mencari cara terbaik untuk bekerjasama sambil mengekalkan persaingan yang berkesan dalam perkhidmatan untuk pengguna dan penyelesaian perusahaan. Insiatif terbaru adalah kerjasama dengan Celcom untuk menerokai perkongsian Rangkaian Akses Radio 5G aktif pertama di Malaysia untuk memanfaatkan sumber masing-masing, membolehkan penggunaan rangkaian 5G yang lebih luas dan efisien untuk mempercepatkan akses kepada pengguna dan perniagaan. Matlamat akhir inisiatif ini adalah untuk memberikan lebih banyak nilai kepada para pelanggan dan menjamin keteguhan infrastruktur rangkaian negara. Maxis berada dalam kedudukan yang kukuh untuk memainkan peranannya dalam mencapai matlamat ini.

Untuk menonton siaran video Keputusan Kewangan Tahunan Maxis’ 2019, sila klik https://youtu.be/J-ZHrLjqn7I.

Archives
Tags