Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Maxis sumbang RM500k kepada Yayasan Kebajikan Negara untuk meringankan beban komuniti terkesan dengan COVID-19

  • Sumbangan digunakan untuk menyediakan kira-kira 5,000 kotak makanan secara berperingkat kepada masyarakat yang terkesan oleh COVID-19 serta peruntukan untuk pusat pemindahan banjir

  • 2,000 kotak makanan dalam fasa pertama bakal diedarkan kepada masyarakat B40 dan berpendapatan rendah di Sabah, dengan fasa berikutnya dari Januari hingga Mei untuk komuniti terkesan lain di Semenanjung Malaysia

  • Sumbangan RM500k kepada YKN adalah sebahagian daripada RM1 juta yang dijanjikan untuk menyokong kempen usaha bantuan "To Malaysia, With Love" yang digerakkan oleh industri

Maxis menyumbang RM500,000 kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) untuk bantuan COVID-19. Sumbangan tersebut akan disalurkan untuk pemberian kira-kira 5,000 kotak makanan kepada masyarakat yang terjejas teruk oleh COVID-19 serta peruntukan untuk pusat pemindahan sebagai persiapan banjir.

Sumbangan RM500k kepada YKN ini adalah sebahagian daripada RM1 juta yang dijanjikan oleh Maxis untuk inisiatif "To Malaysia, With Love" melalui GLC / GLIC Disaster Response Network (GDRN) yang dilancarkan baru-baru oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan turut disokong oleh pemain industri telco lain.

Sumbangan tersebut diserahkan dalam upacara sederhana pada hari Isnin, 21 Disember kepada YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang juga Pengerusi YKN. Mewakili pihak Maxis ialah Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda, Pengerusi Maxis, dan Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

“COVID-19 telah menjejaskan pendapatan dan mata pencarian ramai dari rakyat kita, terutamanya golongan B40 dan miskin. Kami menghargai usaha Maxis untuk bekerjasama dengan YKN dan menyumbang kepada yayasan kami. Ini selari dengan misi kami untuk membantu aspirasi Kerajaan menambahbaik kualiti hidup rakyat. Bantuan makanan sangat diperlukan untuk membantu masyarakat pada masa yang sukar ini,” kata YB Datuk Seri Rina.

“Menyokong komuniti yang sangat-sangat memerlukan bantuan adalah sebahagian daripada tanggungjawab kami sebagai organisasi. Misi YKN dan usaha tanpa lelah mereka amat terpuji dan memberi inspirasi. Kami berharap dapat bekerjasama untuk menggerakkan bantuan kepada mereka yang terkesan," kata Gokhan.

Pengagihan kotak makanan akan dilakukan secara berperingkat, dengan fasa pertama merangkumi 2,000 kotak bernilai RM200,000 untuk diedarkan awal Januari kepada masyarakat yang begitu terkesan di Sabah, memandangkan jumlah kes yang masih tinggi di negeri itu. Komuniti ini termasuklah yang berada di Kota Belud, Putatan, Penampang dan beberapa kampung terpencil di Pensiangan. Setiap kotak makanan merangkumi bekalan barang keperluan satu bulan termasuk beras, minyak masak, gula, garam, sardin, mi, biskut dan kopi atau teh. YKN, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, akan mempersiapkan dan menguruskan pengedaran kotak makanan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sabah.

Lebih banyak kotak makanan akan diedarkan pada fasa berikutnya dari Januari hingga Mei tahun depan untuk masyarakat yang memerlukan, serta pusat pemindahan banjir di Semenanjung Malaysia.

Awal tahun ini, Maxis melancarkan kempen #KitaSapotKita untuk menginspirasi semangat positif dengan menjangkau masyarakat melalui pelbagai inisiatif. Pelancaran kempen itu menyaksikan Maxis berkolaborasi dengan artis tempatan untuk menghasilkan video muzik berjudul 'Make It Through', sebuah kolaborasi positif untuk masyarakat Malaysia saling menyokong dengan mengubah perkongsian sosial kepada sumbangan untuk mereka yang memerlukan. Kutipan dari kempen ini adalah sebahagian daripada jumlah sumbangan kepada YKN seperti yang dijanjikan sebelumnya.

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

As international borders progressively reopen and with the return of more international travel on the horizon, Maxis is the first telco in the country to provide its customers with 5G international roaming services in Singapore, Thailand and Indonesia.

TELL ME MORE
Maxis Awards announces first batch of winners with green-themed projects

Maxis Awards announces first batch of winners with green-themed projects

The passion of Malaysians in bringing a positive change to the community clearly showed as Maxis announced the first two winners of the inaugural Maxis Awards.

TELL ME MORE
Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Reinforcing its leading position in the Enterprise solutions market, Maxis has announced its largest acquisition to date of MyKRIS Asia Sdn Bhd (MyKRIS Asia), a Malaysian-based company specialising in Managed Network and Security Services with end-to-end field delivery and support, for up to RM157.5 million.

TELL ME MORE