Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Dikuasakan oleh Maxis, Team Secret banggakan negara sebagai pasukan Malaysia teratas layak ke PUBG Mobile World League East 2020 Finals

  • Team Secret PUBG Mobile memimpin Malaysia dalam kelayakan ke siri liga dunia, muncul #5 antara 19 pasukan antarabangsa lain dari negara-negara Timur
  • Maxis meneruskan kerjasama dengan Team Secret untuk menghasilkan kandungan permainan eksklusif dan bertaraf dunia untuk memupuk lebih ramai pemain Malaysia naik ke pentas dunia
  • Maxis tetap komited dengan matlamatnya untuk mengembangkan Malaysia sebagai hab eSports teratas di Asia

Pada Ahad lepas, Team Secret PUBG Mobile (PUBGM) Malaysia yang ditaja oleh Maxis telah menjadi pasukan Malaysia teratas yang layak ke Final PUBG Mobile World League (PWML) East 2020.

Setelah berjuang selama 3-minggu di pentas popular eSports, pasukan ini membuktikan diri mereka sebagai raja ‘comeback’ dengan melayakkan diri ke acara bertaraf dunia, menentang 19 pasukan lain di seluruh Asia. Team Secret telah menduduki tempat kelima dalam siri League Play dan dengan bangganya akan mengibarkan bendera Malaysia di East Grand Finals pada 6 – 9 Ogos ini.

Maxis telah menjadi penaja pasukan Team Secret PUBG Mobile Malaysia setelah kerjasama dimeterai antara kedua-dua pihak pada bulan Julai tahun lalu. Dengan memanfaatkan kelebihan Maxis sebagai Rangkaian No.1 Malaysia dan Team Secret sebagai organisasi permainan pro terkenal di dunia, kedua-dua pihak telah bekerjasama untuk menghasilkan kandungan permainan eksklusif dan bertaraf dunia untuk memupuk lebih ramai pemain Malaysia naik ke pentas dunia.

“Dedikasi dan ketekunan pemain Team Secret untuk terus melangkah maju dan mengangkat Malaysia di arena global eSports amat menginspirasikan. Kerjasama kami secara kolektif telah mempromosikan pertumbuhan eSports Malaysia, sejajar dengan tujuan jenama kami - menyatukan teknologi terbaik untuk membolehkan rakyat, perniagaan dan negara untuk Terus Menerajui dunia yang sentiasa berubah. Kerjasama kami dengan Team Secret memperkuat komitmen kami untuk membantu mengembangkan minat eSports Malaysia dan seterusnya menjadi hab eSports teratas di Asia,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama & Pemasaran Maxis.

"Kami terus berusaha untuk memperbaiki diri dan tahu bahawa kelayakan PMCO Global Prelims di Berlin tahun lalu tidak mencukupi. Kami mengubah taktik kami menjadi lebih serba boleh dengan menambah rakan sepasukan Malaysia, Rex. Kami tidak sabar untuk melihat apa yang menanti kami di East Finals dan bersedia untuk membanggakan negara. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Maxis yang telah menyokong kami dalam melengkapkan dan mengaktifkan pasukan sambil terus mengembangkan budaya positif dalam eSports di Malaysia,” kata John Yao, CEO Team Secret.

Sepanjang tahun lalu, Maxis dan Hotlink telah melancarkan penawaran untuk pengalaman permainan yang unggul, termasuk pengalaman WiFi Rumah yang lebih baik dengan Maxis Fibre, bundel telefon pintar permainan terbaru dengan Maxis Zerolution, dan pelan prabayar internet dan panggilan yang benar-benar tidak terhad dengan pulangan tunai 10% untuk pembelian dalam permainan melalui Pengendalian Bil untuk pelanggan Hotlink Prepaid Unlimited. Untuk melancarkan pusingan awal PUBGM baru-baru ini, Hotlink juga menganjurkan sesi live streaming PUBGM Pro Scrim eksklusif di mana Team Secret berlatih menentang 16 pasukan pro PUBGM teratas yang lain di seluruh Asia sebagai sesi ‘latihan’ pra-kejohanan.

Team Secret berusaha untuk mengumpulkan pemain terbaik untuk bersaing di pentas terbesar di dunia, memberikan pengalaman yang paling menghiburkan untuk peminat eSports di seluruh dunia. Tunjukkan sokongan anda dan ikuti perjalanan mereka untuk menjadi juara dunia pertama Malaysia di PUBGM. Nantikan Halaman Facebook Hotlink dan Halaman Facebook Team Secret untuk kemas kini yang lebih menarik.

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

As international borders progressively reopen and with the return of more international travel on the horizon, Maxis is the first telco in the country to provide its customers with 5G international roaming services in Singapore, Thailand and Indonesia.

TELL ME MORE
Maxis Awards announces first batch of winners with green-themed projects

Maxis Awards announces first batch of winners with green-themed projects

The passion of Malaysians in bringing a positive change to the community clearly showed as Maxis announced the first two winners of the inaugural Maxis Awards.

TELL ME MORE
Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Reinforcing its leading position in the Enterprise solutions market, Maxis has announced its largest acquisition to date of MyKRIS Asia Sdn Bhd (MyKRIS Asia), a Malaysian-based company specialising in Managed Network and Security Services with end-to-end field delivery and support, for up to RM157.5 million.

TELL ME MORE