Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis melonjakkan matlamat untuk menjadi penyedia penyelesaian Perusahaan terkemuka dengan kerjasama bersama Cisco

 
  • Kerjasama global sejajar dengan strategi pertumbuhan Perusahaan Maxis
  • Maxis dan Cisco akan menyediakan pelbagai teknologi terbukti untuk pasaran kepada perniagaan di Malaysia
  • SD-WAN akan menjadi tawaran yang pertama antara banyak lagi tawaran

Dalam lonjakan gergasi ke arah matlamatnya untuk menjadi penyedia penyelesaian ICT konvergen yang terkemuka di Malaysia untuk para Perusahaan, Kerajaan dan UKM, Maxis telah menjalin kerjasama strategik dengan peneraju teknologi global, Cisco, untuk menyediakan pelbagai teknologi yang terunggul di pasaran melalui rangkaian No. 1 untuk perniagaan di Malaysia.

Maxis dengan sukacitanya mengumumkan bahawa tawaran pertama antara banyak lagi tawaran yang telah dirancang bersama daripada perkongsian ini untuk pasaran Malaysia adalah penyelesaian Managed Software-Defined Wide Area Network (SD-WAN) untuk perniagaan.

“Kerjasama ini adalah satu langkah penting ke hadapan dalam rancangan pertumbuhan jangka panjang Maxis. Kredibiliti dan skala kami telah membolehkan kami memberi akses kepada rakan kerjasama global terkemuka dan kekukuhan mereka kepada lebih banyak syarikat-syarikat di Malaysia. Oleh itu, kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan peneraju teknologi rangkaian global, Cisco, untuk menguasakan syarikat-syarikat dalam merangkul manfaat penting daripada penyelesaian rangkaian digital generasi akan datang. Penyelesaian rangkaian berasaskan Perisian tersebut memberi fleksibiliti yang menyeluruhkan serta membolehkan perusahaan-perusahaan terus berkembang mengikut keperluan dalam dunia yang didorong digital, awan dan data. Kerjasama ini membawa keupayaan unik untuk kehidupan,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis.

“Tenaga kerja moden menjadi semakin mobile, dan aplikasi kritikal perniagaan berjalan melalui Internet merentasi pelbagai awan. Dengan kuasa awan, perniagaan boleh menyambung mana-mana pengguna dan aplikasi, di mana-mana sahaja. Keupayaan kami dalam seni bina berasaskan awan dan kelebihan rangkaian Maxis menjadi asas kerjasama ini, yang merupakan langkah maju yang penting dalam melonjakkan transformasi digital dan memacu cara-cara baru untuk bekerja untuk perusahaan,” kata Naveen Menon, Presiden, Cisco ASEAN.

SD-WAN adalah teknologi rangkaian generasi akan datang yang memudahkan pengurusan, penyebaran dan pentadbiran dalam keperluan rangkaian organisasi. Ini membolehkan tugasan operasi seperti konfigurasi, pengurusan dan penyelenggaraan dipermudahkan dengan ketara. Perniagaan boleh menikmati manfaat daripada peningkatan penampilan dan pengurangan kos apabila memilih untuk beroperasi melalui kesalinghubungan yang cekap kos, melalui pelbagai penyelesaian rangkaian Maxis.

Terdapat manfaat yang signifikan daripada SD-WAN untuk para perusahaan yang bermatlamat untuk menjadi lebih tangkas melalui otomatisasi dan kecerdasan. Mereka akan mendapat akses kepada penyelesaian kesalinghubungan konvergen yang fleksibel, boleh diskala dan cekap kos, terutamanya jika ia diuruskan oleh Maxis. Sekuriti yang dibina dalam SD-WAN juga membolehkan komunikasi yang selamat dan pelaksanaan dasar-dasar sekuriti hujung-ke-akhir merentas rangkaian.

Kerjasama Maxis-Cisco telah dirasmikan oleh kedua-dua pihak dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU). Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, kedua-dua buah syarikat membuat komitmen untuk bekerjasama dalam melonjakkan manfaat dan membangunkan keupayaan amalan terbaik industri untuk manfaat semua.

Kerjasama Maxis-Cisco telah dirasmikan oleh kedua-dua pihak dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU). Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, kedua-dua buah syarikat membuat komitmen untuk bekerjasama dalam melonjakkan manfaat dan membangunkan keupayaan amalan terbaik industri untuk manfaat semua.

Tawaran konvergen Maxis dibina di sekitar proposisi "Sentiasa Berhubung", memanfaatkan rangkaian tetap dan mudah alihnya yang unik. Ia mempunyai visi untuk membantu perniagaan semua saiz di segmen utama untuk berjaya dengan memudahkan dan meningkatkan cara mereka bekerja. Teknologi inovatif dan penyelesaian digital Maxis disokong oleh rangkaiannya yang terunggul di industri yang memastikan pengalaman tanpa batasan dan tanpa risau yang boleh dinikmati “sebagai perkhidmatan”.

Untuk maklumat lanjut tentang Maxis Managed SD-WAN untuk perniagaan, sila layari https://business.maxis.com.my/fixed/sd-wan/

Archives
Tags