Klik sini untuk kedai yang telah lengkap divaksinasi. Jumpa anda di sana!

Klik sini untuk kedai yang telah lengkap divaksinasi.

Klik untuk senarai penyelenggaraan rangkaian terancang.

Klik untuk senarai penyelenggaraan rangkaian terancang.

Maxis mempamerkan keseronokan imersif dalam pendidikan bersama 5G

  • Maxis dan aquariaKLCC berkolaborasi melancarkan pengalaman realiti terimbuh 5G dengan kehidupan marin.
  • Kes gunaan ini adalah sebahagian dari Projek Demonstrasi 5G Malaysia yang telah diumumkan oleh MCMC
  • Maxis komited untuk menyampaikan innovasi 5G terbaik dan bermanfaat kepada rakyat dan perniagaan di Malaysia, sebaik sahaja spektrum diagihkan.

Maxis melancarkan pengalaman realiti terimbuh (AR) pertama Malaysia melalui kehidupan marin dengan kolaborasi akuarium terbesar di Malaysia, aquariaKLCC. Untuk beberapa bulan akan datang ini, pengunjung boleh meneroka dasar laut sambil mengalami manfaat teknologi 5G untuk pengalaman yang lebih imersif dalam meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan laut.

Kes gunaan aquariaKLCC adalah sebahagian daripada Projek Demonstrasi 5G Malaysia yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum ini dalam usaha untuk memudah, membangun dan memupuk kes gunaan 5G dalam persekitaran hidup terkawal. Encik Al-Ishsal Ishak, Pengerusi MCMC turut hadir pada pelancaran tersebut.

“5G adalah rangkaian yang bakal mengupaya penyelesaian pintar masa depan, dan mengubah cara kita berkomunikasi dan mengalami sesuatu perkara secara dramatik. Walaupun masih dalam peringkat eksperimentasi, kami amat teruja dengan potensi teknologi baru tersebut. Melalui pengalaman ini, kami berharap dapat meningkatkan kefahaman tentang teknologi 5G melalui pendidikan yang seronok dan mendalam,” kata Morten Bangsgaard, Ketua Pegawai Teknologi dan Informasi, Maxis.

“Sebagai akuarium terbesar di Malaysia, kami memberi pengunjung sebuah pengalaman penerokaan kepelbagaian biosfera tempatan dan luar negara. Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Maxis untuk membawa pengalaman realiti terimbuh (AR) pertama di Malaysia. Kami berharap, dengan pengalaman ini, para pengunjung tertarik dengan impak teknologi dan kepentingan menjaga kebersihan laut,” kata Dato’ Simon Foong, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Aquawalk Sdn Bhd.

Maxis tetap komited untuk memberikan inovasi 5G terbaik yang mampu memberi manfaat kepada rakyat dan perniagaan di Malaysia. Pada masa yang sama, Maxis melancarkan beberapa demonstrasi lain di seluruh negara. Pameran di aquariaKLCC akan menjadi demo kes gunaan 5G ketiga, berikutan pameran Putrajaya pada bulan April dan IDEC di Kuching pada bulan Julai 2019.Lebih banyak kes gunaan dijangka akan dilancarkan termasuklah di Langkawi dan Gamuda Cove.

Perjalanan 5G Maxis

Maxis telah lama memulakan perjalanan 5G. Sejak beberapa tahun yang lalu, ia telah menilai teknologi dan menjalankan ujian demo di makmal ujiannya. Maxis telah menaik taraf rangkaian pengangkutannya untuk menyokong kelajuan gigabit dan pada masa yang sama, memajukan unsur-unsur rangkaian utamanya untuk fleksibiliti dan skalabiliti bagi memenuhi keperluan kapasiti teknologi ini.

Pada Februari tahun ini, Maxis dan Huawei telah memandatangani MoU untuk bekerjsama dalam percubaan 5G sepenuhnya. Berikutan itu, Maxis memulakan percubaan langsung 5G pertama di negara ini, di mana ia mencatatkan kelajuan muat turun hampir 3Gbps. Maxis juga mengambil bahagian dalam pameran #5GMalaysia MCMC di Putrajaya yang telah menunjukkan kebolehan 5G dalam membantu kerajaan dan syarikat membuat keputusan. Pada bulan Oktober, Maxis dan Huawei menandatangani satu perjanjian penting bagi peruntukan rangkaian 5G, satu peristiwa penting bagi perjalanan 5G Maxis dalam menyampaikan inovasi terbaik dan bermanfaat kepada rakyat dan perniagaan di Malaysia.

Archives
Tags

Popular
Posts

PROTON and Maxis team up for major 5G use case deployment

PROTON and Maxis team up for major 5G use case deployment

National car maker PROTON has selected Maxis as its partner to deploy a 5G use case comprising multiple converged solutions to power up its Tanjung Malim plant, with network installations beginning October.

TELL ME MORE
Maxis offers new learning experience with new eKelas mobile app for students to learn on the go

Maxis offers new learning experience with new eKelas mobile app for students to learn on the go

With a commitment to provide a richer digital learning experience, Maxis has launched its eKelas mobile app, effectively enabling students, teachers and parents greater access to exciting digital content beyond the eKelas portal, with convenience and flexibility by learning on the go.

TELL ME MORE
Maxis-sponsored Team Secret to take global stage after emerging as champion in SEA tournament

Maxis-sponsored Team Secret to take global stage after emerging as champion in SEA tournament

Maxis-sponsored Team Secret PUBG Mobile Team has recently emerged as champion in the PUBG Mobile Pro League Regional Championship, Southeast Asia.

TELL ME MORE