Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis menyingkap kisah rakyat Malaysia yang diinspirasikan oleh Internet dalam sebuah siri dokumentari

 

Diinspirasikan oleh kisah benar beberapa individu Malaysia yang menakjubkan, Maxis telah memulakan sebuah kempen yang menampilkan potensi dan kemungkinan yang boleh dikecapi melalui teknologi dan Internet dalam kehidupan kita. Untuk mengetengahkan kisah inspirasi mereka, syarikat telekomunikasi ini telah menerbitkan sebuah siri dokumentari, iaitu tiga buah filem yang memaparkan individu-individu Malaysia yang telah mencipta peluang luar biasa menggunakan Internet, yang bukan sahaja telah mengubah kehidupan mereka sendiri, tetapi lebih penting lagi, memberi makna kepada kehidupan orang lain di sekeliling mereka.

Dua daripada tiga dokumentari itu telah ditayangkan secara eksklusif kepada media pada 8 Mei semasa sesi ‘Maxis Presents: Fibrenation Stories #fibrenationstories’ di Kuala Lumpur.

Salah seorang individu yang dipaparkan dalam dokumentari tersebut iaitu seorang bekas guru yang menjadi pereka prostetik, Sujana Bin Mohd Rejab, atau lebih dikenali sebagai Pak Su, telah hadir untuk berkongsi pengalamannya dengan media. Berbekalkan ilmu pengetahuan yang dipelajari dari Internet, Pak Su telah mencipta 50 jenis anggota prostetik untuk mereka yang memerlukan di seluruh dunia, dan memberikan kehidupan baru kepada anak-anak kelainan upaya. Ketahui lebih lanjut mengenai perjalanan Pak Su di sini.

Selain mempelajari pengetahuan baru, Internet juga mewujudkan suatu platform perdagangan untuk memperkasakan mereka yang memerlukan cara untuk melestarikan kehidupan mereka. Ini telah membuka peluang kepada PichaEats, sebuah perusahaan sosial yang mengupayakan 15 buah keluarga pelarian untuk memasak dan menjual makanan tanah air mereka. Tonton bagaimana usahawan-usahawan muda ini telah membina perniagaan yang berjaya untuk kebaikan sosial.

Dokumentari ketiga yang akan menyusul dalam masa terdekat menceritakan kisah Kathires, seorang ‘gamer’ yang telah menunjukkan kepada dunia bahawa potensi besar boleh datang dalam pelbagai bentuk, termasuk mencatat kerjaya yang bukan konvensional dalam bidang ‘eSports’.

“Apabila kami melancarkan pelan fiber kami pada bulan September tahun lepas, kami memikul misi untuk memberi akses fiber Internet yang berpatutan ke seluruh Malaysia. Matlamat kami adalah mudah: Kami mahu lebih ramai rakyat Malaysia mempunyai akses kepada sambungan. Menyediakan akses kepada Internet adalah hanya sebahagian daripada usaha ini, tetapi impak yang besar adalah usaha luar biasa individu-individu Malaysia yang telah memanfaatkan Internet untuk belajar, meneroka, membina dan menampung keperluan komuniti. Ianya bukan sekadar menggunakan Internet untuk belajar atau menyediakan makanan atau membina kerjaya, tetapi ini adalah kisah rakyat Malaysia yang telah memberi impak kepada masyarakat, sambil menyentuh kehidupan manusia di sekeliling mereka,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama & Pemasaran Maxis.

Kisah-kisah inspirasi dalam siri dokumentari ini boleh ditonton di ini di https://www.maxis.com.my/broadband/maxisone-home-fibre/fibrenation-stories/

Maxis captures narrative of Malaysians inspired by the Internet in documentary series
Maxis captures narrative of Malaysians inspired by the Internet in documentary series
Archives
Tags