Stay Connected: Our stores and support channels remain open to keep you connected. More info, here .

Our retail outlets are open with strict SOPs to ensure everyone’s safety. Click here for more info.

Maxis dan MDEC bekerjasama untuk menggalakkan pembangunan ekosistem NB-IoT, melancarkan inisiatif yang pertama

 

Berikutan kejayaan pelancaran perkhidmatan Narrowband-Internet of Things (NB-IoT) komersialnya yang pertama di Malaysia pada bulan lepas, Maxis dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bekerjasama untuk menggalakkan pembangunan ekosistem penyelesaian IoT di kalangan syarikat, bagi merangsangkan digital ekonomi Malaysia.

Dengan kerjasama tersebut, MDEC akan membimbing dan menasihatkan kepada para pemain, penjual dan perusahaan ekosistem dalam inisiatif kerajaan yang selaras dengan Pelan Hala Tuju Strategik IoT Kebangsaan dan Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0, serta memberi bantuan dalam inisiatif seperti Kepintaran Buatan atau Artificial Intelligence (AI), Analisis Data Besar dan Transformasi Digital. Dengan kerjasama tersebut, Maxis dan MDEC akan menangani keperluan industri melalui penglibatan dan pembangunan penyelesaian di kalangan syarikat, komuniti-komuniti pemaju, serta penjual, sejajar dengan agenda digital negara.

Sementara itu, Maxis akan mengetuai inisiatif-inisiatif NB-IoT dan bekerjasama rapat dengan MDEC serta rakan kongsi ekosistem melalui perjumpaan suku tahunan di bengkel gabungan dan sesi perkongsian pengetahuan, untuk menangani keperluan industri tertentu dan program IoT yang relevan. Sebagai sebahagian daripada inisiatif-inisiatif ini, Maxis akan menyediakan pemacu utama seperti garis panduan ujian, kemudahan makmal, penyelesaian dan amalan terbaik penyediaan penempatan serta penasihat pakar.

Inisiatif yang pertama adalah Maxis IoT Challenge yang telah dilancarkan awal minggu ini. Bertemakan Innovate our Tomorrow, Maxis akan menjemput orang awam untuk menghasilkan penyelesaian IoT bagi menyelesaikan masalah perniagaan yang wujud, berkaitan dengan Bandar Pintar, Pengilangan Pintar dan Pertanian Pintar. Cabaran tersebut kini dibuka untuk penyertaan dan menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM30,000, peluang pekerjaan di Maxis dan pembiayaan dana sehingga RM100,000, serta sokongan mentor untuk jualan berpotensi. Rakan kongsi lain untuk cabaran ini termasuk Microsoft dan GSMA. Beberapa pameran jelajah mengenai cabaran tersebut akan dilaksanakan di Pulau Pinang, Kuching dan Kuala Lumpur sepanjang bulan ini.

“Kerjasama ini adalah selaras dengan fokus kami untuk meningkatkan penerimaan digital dan pertumbuhan IoT di Malaysia, serta merangsang pertumbuhan ekonomi digital Malaysia. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada ekosistem IoT yang berjaya, dan kerjasama dengan pemimpin industri adalah salah satu factor yang penting. Kerjasama kami dengan Maxis akan membantu mewujudkan lebih banyak lagi peluang perusahaan, termasuk membuka model perniagaan yang baru dan mencipta nilai dengan kesalinghubungan,” kata Dato’ Ng Wan Peng, Ketua Pegawai Operasi MDEC.

“Ini merupakan langkah yang signifikan dalam mengukuhkan agenda IoT kami dan dengan NB-IoT menjadi semakin kritikal serta pilihan yang sangat berdaya maju untuk banyak perniagaan dalam pelbagai industri, kerjasama kami dengan MDEC adalah tepat pada masanya. Kami megalu-alukan kerjasama yang rapat dalam inisiatif-inisiatif penting yang telah dirancangkan, bermula dengan pelancaran IoT Challenge – satu cara yang baik untuk memberi insentif kepada industri, serta menerokai bakat baru. Kami yakin bahawa perkongsian ini akan mempercepatkan cita-cita kami terhadap ekosistem rakan kongsi, pemaju dan pelanggan yang lebih kukuh,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis.

Perkongsian ini mengukuhkan lagi peranan Maxis sebagai rakan kongsi teknologi industri yang dipercayai kepada perniagaan yang boleh bermanfaat daripada rangkaian NB-IoTnya, yang telah diaktifkan di kawasan-kawasan terpilih dalam pusat pasaran IoT utama, termasuk di Cyberjaya, Pulau Pinang, Kuching, Putrajaya, Johor Bahru, dan KLCC. Oleh itu, perniagaan-perniagaan kini dapat menggunakan aplikasi IoT perindustrian untuk membentuk aliran data baru yang membolehkan pengertian dengan menyalinghubungkan peranti mudah seperti sensor.

Ketahui lebih lanjut mengenai cabaran Maxis IoT Challenge di sini, http://business.maxis.com.my/maxisiotchallenge

Archives
Tags

Popular
Posts

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

Leveraging each other’s strengths in technology and innovation, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) and Maxis have entered into a strategic partnership to jointly offer converged solutions focusing on safety, security and sustainability for businesses. Additionally, the partnership will focus on leveraging big data and advanced analytics to co-create hyper personalization for an enhanced retail experience.

TELL ME MORE
Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Accelerating its ambition to be Malaysia’s Leading Converged Solutions Company, Maxis Business has expanded its voice and unified communications (UC) solutions as part of its ongoing commitment to build talent capacity and capabilities in sophisticated solutions for its Enterprise segment. The expanded portfolio is driven by the increasing need for greater collaboration in business in the new normal.

TELL ME MORE
Maxis builds future technology and innovation leaders with new scholarships

Maxis builds future technology and innovation leaders with new scholarships

Following the launch of three new scholarships in July, Maxis was proud to announce the award of these scholarships to 15 bright and deserving individuals to support their academic aspirations.

TELL ME MORE