Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Memulakan Percubaan 5G Langsung Pertama Di Malaysia


Mengikuti pengumuman baru-baru ini untuk melonjakkan 5G di Malaysia dengan kerjasama Huawei, Maxis memulakan percubaan langsung 5G pertama di negara awal minggu ini. Percubaan tersebut yang akan berlangsung selama enam bulan di Cyberjaya akan memberikan analisis yang mendalam tentang ciri-ciri 5G, termasuk penggunaan spektrum dalam band yang lebih tinggi, kewujudan bersama dengan perkhidmatan semasa, serta kes-kes pengunaan, seperti Gigabit berkelajuan tinggi Internet mudah alih dan aplikasi Realiti Maya Definisi Ultra Tinggi. Dalam percubaan setakat ini, Maxis mencatatkan kelajuan muat turun hampir 3Gbps.

“Ini adalah satu lagi langkah signifikan dalam perjalanan 5G kami. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah menilai teknologi ini dan menjalankan percubaan demo di makmal ujian. Kami telah mula menaiktarafkan rangkaian pengangkutan untuk menyokong kelajuan gigabit ini, dan pada masa yang sama menzahirkan elemen rangkaian teras kami untuk kelenturan dan kebolehskalan permintaan kapasiti teknologi ini. Kami sangat teruja dengan potensi 5G dalam masa depan yang penuh dengan penyelesaian pintar bagi pengguna serta perniagaan, dan gembira dengan kemajuan kami. Maxis sentiasa berada di barisan hadapan dalam memperkenalkan teknologi baru untuk Malaysia. Kami adalah pihak pertama yang membawa 4G dan kami teruja untuk melakukannya semula dengan 5G.,” kata Morten Bangsgaard, Ketua Pegawai Teknologi, Maxis.

Maxis dan Huawei baru-baru ini melancarkan program lonjakkan 5G menerusi MoU yang ditandatangani di Barcelona minggu lalu, di mana kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam percubaan 5G sepenuhnya dengan sistem dan perkhidmatan hujung ke hujung. Percubaan ini juga mengikuti pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa Cyberjaya dan Putrajaya akan menjadi bandar pintar pertama di Malaysia untuk menggunakan teknologi 5G.

Apabila tersedia, 5G dijangka memberikan kelajuan sehingga 10 kali ganda lebih pantas daripada rangkaian 4G yang hari ini untuk aplikasi seperti Realiti Maya Definisi Ultra Tinggi dan pandangan 360 darjah. Ia juga akan membuka kes-kes penggunaan baru dalam bidang seperti kepintaran buatan, robotik dan dron. Beberapa aplikasi yang akan bermanfaat daripada keupayaan 5G termasuk pemanduan autonomi, pengilangan pintar, eKesihatan, pembantu peribadi kepintaran buatan dan inisiatif bandar pintar.

5G adalah komunikasi mudah alih generasi akan datang. Ia juga dikenali sebagai International Mobile Telecommunications 2020 ("IMT-2020") oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa dan dijangka dapat meningkatkan kapasiti untuk rangkaian tanpa wayar, kebolehpercayaan yang lebih tinggi dan latensi rendah, sambungan besar-besaran ke Internet untuk Segalanya (IoT) dan membolehkan perkhidmatan baru merentas pelbagai industri.

Archives
Tags