MaxisONE Share adalah pelan pertama dan satu-satunya di mana pelanggan talian tambahan boleh membeli telefon pintar terkini

 

Keluarga kini boleh menikmati lebih banyak faedah lagi – setiap pelanggan talian tambahan pelan MaxisONE Plan kini boleh membeli telefon pintar terbaru di Zerolution – pelan keluarga yang pertama seumpamanya di Malaysia. Oleh kerana pelanggan MaxisONE Plan layak mempunyai empat talian tambahan setiap akaun, ini bermakna keluarga Maxis boleh membeli sehingga lima buah telefon pintar di bawah satu akaun. 

Sehingga sekarang, tiada pelan di Malaysia menawarkan pelanggan talian tambahan pilihan untuk memiliki telefon untuk setiap talian. Sebelum ini hanya pelanggan talian utama dapat membeli peranti melalui sebuah pelan. Maxis juga baru-baru ini meningkatkan talian tambahan untuk memberikan pelanggan lebih banyak data – sebanyak 20GB setiap talian, sementara itu talian tambahan dengan pelan MaxisONE Home Fiber terus mendapat data tanpa had. 

“Maxis selalu mengetuai pasaran sepanjang ini dengan komitmen untuk membolehkan kesalinghubungan dan akses yang lebih baik untuk semua keluarga di Malaysia. Kami melihat kebergantungan terhadap telefon pintar yang semakin meningkat dalam kehidupan seharian setiap keluarga, dan kenaikan harga runcit serta batasan pelan-pelan keluarga untuk membeli lebih daripada satu peranti tidak memudahkan keadaan ini. Kami ingin setiap keluarga sentiasa berhubung antara satu sama lain, itulah sebabnya kami menyediakan setiap talian dengan akses kepada peranti terbaru dengan Zerolution,” kata Arjun Varma, Ketua Pemasaran Produk Maxis.

Setiap keluarga dapat menikmati faedah-faedah ini melalui MaxisONE Share yang baru dipertingkatkan:

  1. Kos pelan dan peranti terendah – Ahli keluarga boleh membeli pelbagai peranti terkini tanpa risau tentang harga. Tambahan lagi, tiada bayaran pendahuluan untuk semua ahli keluarga melalui Zerolution.
  2. Pelbagai peranti terkini – Keluarga Maxis juga boleh memilih telefon yang mereka lebih suka – sama ada peranti kelas mercu, kelas pertengahan atau kelas permulaan – pastinya ada sesuatu untuk setiap ahli keluarga! Pilih dari jenama seperti iPhone, Samsung, Huawei dan banyak lagi.
  3. Jumlah data 10GB + 10GB – Talian tambahan kini memperolehi 20GB setiap talian, dengan 10GB dimasukkan ke dalam DataPool, yang boleh dikongsi antara semua talian lain dalam akaun tersebut, manakala 10GB yang seterusnya semata-mata untuk pelanggan talian tambahan sahaja. Talian tambahan pula yang mempunyai fiber akan menikmati data tanpa had.
  4. Perayauan keluarga – Data tanpa had, panggilan dan SMS percuma ke mana-mana negara ASEAN untuk semua talian keluarga apabila seorang ahli keluarga mengaktifkan pas MaxisONE World untuk RM38 sehari.
  5. Panggilan dan SMS tanpa had – Setiap keluarga mendapat panggilan dan SMS tanpa had pada semua rangkaian untuk talian tambahan juga. Tambahan pula, mereka boleh menikmati Internet pantas pada bila-bila masa serta di mana-mana sahaja, dan terus berhubung antara satu sama lain dengan rangkaian 4G terpantas di negara, untuk hanya RM48 sebulan
  6. Tawaran Maxis – Talian tambahan juga mempunyai akses kepada tawaran hebat Buy1 Free1 dari TeaLive, Auntie Anne, McDonald's dan banyak lagi di aplikasi MyMaxis.

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar, sila layari www.maxis.com.my/share.

Archives
Tags

Popular
Posts

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

Leveraging each other’s strengths in technology and innovation, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) and Maxis have entered into a strategic partnership to jointly offer converged solutions focusing on safety, security and sustainability for businesses. Additionally, the partnership will focus on leveraging big data and advanced analytics to co-create hyper personalization for an enhanced retail experience.

TELL ME MORE
Maxis on track with JENDELA targets with 2021 initiatives well underway

Maxis on track with JENDELA targets with 2021 initiatives well underway

Maxis continues to expand its fibre footprint with more than 6,500 premises passed in 2020. With that, Maxis has delivered 100% of its own 2020 targets for Jalinan Digital Negara (JENDELA), accelerating capacity with upgrades of more than 35% of the total upgrades of 16,367 sites by the industry.

TELL ME MORE
Maxis accelerates cloud leadership ambition, becomes first Malaysian telco to be accredited as AWS Advanced Consulting Partner

Maxis accelerates cloud leadership ambition, becomes first Malaysian telco to be accredited as AWS Advanced Consulting Partner

Maxis, a leading converged solutions provider in Malaysia, announced today that it has achieved a new accreditation as an Amazon Web Services (AWS) Advanced Consulting Partner and joined the AWS Solution Provider Program. This strengthens and accelerates Maxis’ leadership in delivering cloud service capabilities to help more Malaysian customers embrace the many benefits of cloud adoption as part of their IT strategy. Since joining the AWS Partner Network (APN), Maxis has continued to build on its collaboration with AWS, the world’s leading and most comprehensive cloud platform.

TELL ME MORE