Klik sini untuk kedai yang telah lengkap divaksinasi. Jumpa anda di sana!

Klik sini untuk kedai yang telah lengkap divaksinasi.

Klik untuk senarai penyelenggaraan rangkaian terancang.

Klik untuk senarai penyelenggaraan rangkaian terancang.

Kebebasan untuk belajar luar kelas dengan Maxis eKelas

 

John Mackwin, seorang pelajar Tingkatan Dua dari Kg Taee, Serian, Kuching kelihatan teruja ketika dia menceritakan pengalamannya membuat persembahan untuk pertandingan drama Bahasa Inggeris eKelas. “Saya dan kawan-kawan suka membuat persembahan, dan memang sangat senang untuk belajar bila ianya seronok. Kami membaca skrip, memahami dan mendalaminya bersama-sama supaya kami dapat bertutur dengan betul menggunakan tona dan ekspresi yang sesuai. Walaupun kami agak malu, tapi apabila projek ini dilakukan bersama-sama, semuanya lebih seronok dan senang.”

John ialah salah seorang dari ramai lagi pelajar yang telah menerima manfaat dari program eKelas Maxis di sini. Kumpulannya telah memenangi tempat pertama dalam kategori untuk Tingkatan Dua dalam pertandingan drama eKelas baru-baru ini yang menyaksikan penglibatan lebih 400 orang pelajar dari 72 Pusat Internet yang mengambil bahagian dalam program eKelas.

eKelas Maxis terus menerima maklumbalas yang baik dan sambutan hangat. Program perdana ini kini ditawarkan di 72 buah Pusat Internet dalam 10 buah negeri seluruh Malaysia, dengan lebih 10,000 orang pelajar yang berhubung melalui portal eKelas. Di Sarawak, terdapat 21 buah Pusat Internet yang terletak di Kuching, Miri dan Sibu, di mana pelajar-pelajar ini mempunyai akses ke eKelas. Program ini telah direalisasikan menerusi kerjasama Maxis dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, kerana ianya dijalankan di Pusat Internet milik mereka yang berfungsi sebagai hab digital untuk komuniti luar bandar.

Keterujaan terhadap program ini boleh dirasai melalui sambutan hangat oleh pelajar eKelas di Pusat Internet Kampung Taee yang merupakan kumpulan paling aktif dan sering melibatkan diri dalam aktiviti anjurannya. Selain memenangi tempat pertama dan kedua bagi kategori Tingkatan Dua dalam pertandingan drama Bahasa Inggeris eKelas, pelajar Kg Taee juga telah memenangi pertandingan hiasan perayaan. Pada tahun lepas, lapan orang pelajar dari sini telah memenangi peluang menyertai Kem Cuti Sekolah eKelas yang diadakan di Kuala Lumpur.

Dalam ucapan tahniahnya kepada pelajar-pelajar tersebut semasa sambutan Hari Gawai yang diadakan di Pusat Internet Kg Taee, Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis berkata, “Program eKelas Maxis membawa pembelajaran digital kepada komuniti terutamanya pelajar di kawasan luar bandar. Dengan memanfaatkan teknologi, kami telah berupaya untuk menghubungkan pelajar dengan guru berpengalaman menerusi portal eKelas, yang juga memberi akses kepada kandungan pembelajaran berkualiti. Portal tersebut telah membuka peluang kepada pelajar untuk terus belajar selepas waktu sekolah. Tambahan lagi, dengan teknik pembelajaran penuh aktiviti yang mereka ikuti dalam setiap sesi tutorial secara langsung, pelajar dapat bekerja dalam kumpulan dan sama-sama menerokai dan belajar perkara baru selain apa yang mereka pelajari melalui buku. Kg Taee adalah contoh terbaik tentang bagaimana sebuah komuniti mengambil peluang untuk memanfaatkan kemudahan teknologi yang ditawarkan kepada mereka.”

“Penduduk kampung sangat berterima kasih kerana mendapati peluang untuk mengalami pembelajaran digital berhampiran dengan rumah mereka di Kg Taee. Pelajar diberi peluang untuk mengasah bakat, kemahiran dan pembelajaran mereka. Kami berasa bangga dengan pelajar-pelajar kami yang sangat aktif dalam sesi-sesi eKelas. Terima kasih MCMC dan Maxis kerana menyediakan persekitaran yang kreatif dan inovatif di Pusat Internet Kg Taee,” kata Jacques Kantuh, Ketua kampung Kg Taee.

eKelas ialah program komuniti perdana Maxis yang bertujuan untuk membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam komuniti luar bandar. Ianya adalah sebuah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah untuk pelajar dari Tahun 6 hingga Tingkatan 5 yang membawakan pengalaman belajar menyeronokkan dan kandungan pembelajaran berkualiti kepada mereka, selaras dengan Sukatan Pelajaran Sekolah Malaysia. Dengan tumpuan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, pelajar-pelajar didedahkan kepada pembelajaran melalui pengalaman melalui kombinasi tutorial secara langsung, projek berkumpulan, pertandingan dan kandungan digital, selain sesi motivasi yang dikendalikan oleh bakat-bakat muda Maxis.

Untuk maklumat lanjut tentang eKelas Maxis, sila layari https://www.maxis.com.my/about-maxis/corporate-responsibility/ekelas/ekelas-introduction/

 

Archives
Tags

Popular
Posts

PROTON and Maxis team up for major 5G use case deployment

PROTON and Maxis team up for major 5G use case deployment

National car maker PROTON has selected Maxis as its partner to deploy a 5G use case comprising multiple converged solutions to power up its Tanjung Malim plant, with network installations beginning October.

TELL ME MORE
Maxis offers new learning experience with new eKelas mobile app for students to learn on the go

Maxis offers new learning experience with new eKelas mobile app for students to learn on the go

With a commitment to provide a richer digital learning experience, Maxis has launched its eKelas mobile app, effectively enabling students, teachers and parents greater access to exciting digital content beyond the eKelas portal, with convenience and flexibility by learning on the go.

TELL ME MORE
Maxis-sponsored Team Secret to take global stage after emerging as champion in SEA tournament

Maxis-sponsored Team Secret to take global stage after emerging as champion in SEA tournament

Maxis-sponsored Team Secret PUBG Mobile Team has recently emerged as champion in the PUBG Mobile Pro League Regional Championship, Southeast Asia.

TELL ME MORE