Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Hotlink Rewards meneruskan kejayaan kempen “Free Prizes Every Day”

  • Hotlink Rewards menyambut ulang tahun tahun pertamanya dengan kempen “Free Prizes Every Day”
  • Telefon pintar, kamera, konsol permainan dan banyak lagi hadiah menarik untuk dimenang setiap hari, dengan hanya log masuk ke aplikasi
  • Kempen ini mengikuti kejayaan tawaran ‘Free Phones Every Day’ Hotlink pada bulan Julai yang telah mendapat sambutan hangat

Semua orang meminati hadiah! Oleh itu, sempena ulang tahun pertamanya sejak dilancarkan pada bulan November tahun lalu, Hotlink Rewards memberi cara yang sangat mudah untuk rakyat Malaysia klik dan memenangi ganjaran. Dari sekarang hingga 31 Disember, pelanggan-pelanggan Hotlink berpeluang untuk membawa pulang telefon pintar Oppo, kamera GoPro Hero 7, konsol permainan Sony PlayStation 4 Pro, penggoreng udara Pensonic dan e-baucer Shopee bernilai RM500, dengan hanya log masuk ke aplikasi dan menebus tawaran ‘Free Prizes Every Day’.

“Aplikasi Hotlink RED merupakan platform yang menarik untuk pelanggan kami, terutamanya dari segi ganjaran. Hotlink Rewards terbukti menarik perhatian apabila kami menerima sambutan hangat pada bulan Julai lepas dengan tawaran ‘Free Phones Every Day’. Kami ingin mengulangi kejayaan ini, lebihan pula bagi menyambut musim perayaan akhir tahun. Pelanggan Hotlink memang mudah untuk menikmati ganjaran. Dengan kempen istimewa dan tawaran eksklusif setiap hari, anda tidak perlu menunggu musim jualan untuk membelanja diri,” kata Navis Manian, Ketua Pengurusan Pelanggan Maxis.

Untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik, pelanggan perlu:

  1. Muat turun aplikasi Hotlink RED daripada Apple Store atau Google Play Store, dan log masuk ke aplikasi tersebut.
  2. Buka aplikasi tersebut setiap hari dan menebus mata ganjaran Hotlink Rewards di laman Rewards. Untuk mendapatkan lebih banyak mata ganjaran, pelanggan boleh membeli Pas Internet bulanan terpilih daripada laman Internet dalam aplikasi.
  3. Selepas menuntut mata ganjaran percuma, cari promosi ‘Free Prizes Every Day’ atau ‘Hot Deals’. Tebus tawaran ‘Free Prizes Every Day’ pilihan anda dengan mata ganjaran Hotlink Rewards.
  4. Oleh kerana Hotlink memberi hadiah setiap hari sepanjang tempoh kempen, sila log masuk ke aplikasi setiap hari untuk menebus peluang anda!

Kempen ‘Free Prizes Every Day’ adalah salah satu daripada tawaran-tawaran menarik yang dapat dinikmati oleh pelanggan Hotlink RED App. Tawaran lain termasuk tawaran makanan dan minuman dari Haagen-Dazs, Tealive, dan KFC, malah juga diskaun hotel di laman pelancongan seperti Expedia, Traveloka dan banyak lagi! Lihat senarai penuh pelbagai jenama dan perniagaan di aplikasi Hotlink RED untuk mula menikmati tawaran hari ini.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang kempen ‘Free Prizes Every Day’, sila layari http://www.hotlink.my/freeprizeseveryday.

Archives
Tags

Popular
Posts

Hotlink app X Merdeka EN

Hotlink App brings Malaysians more value this Merdeka

This Merdeka, Hotlink is offering its users the opportunity to redeem attractive vouchers, prizes and win the latest smartphones by simply reloading their credit or purchasing e-vouchers on the Hotlink app. The campaign is an initiative to reward Hotlink customers who frequently “Bikin Selalu, Hotlink App Dulu”.

TELL ME MORE
Gaming fans can catch Hotlink’s virtual eSports tournament live with Team Secret and win prizes

Gaming fans can catch Hotlink’s virtual eSports tournament live with Team Secret and win prizes

Home to one of the biggest eSports markets in Southeast Asia, Malaysia’s gaming scene continues to grow, as more local gamers make the country proud on the international stage.

TELL ME MORE
Maxis is enabling local heroes to help more Malaysians to Always Be Ahead

Maxis is enabling local heroes to help more Malaysians to Always Be Ahead

As the nation celebrates Hari Kebangsaan and the upcoming Hari Malaysia, Maxis has launched its inaugural Maxis Awards to recognise and support outstanding Malaysian initiatives whose contributions drive positive impact for their fellow citizens.

TELL ME MORE