Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Apple Watch Series 5 dengan selular terbina dalaman tiba di Maxis pada 13 Disember

Maxis hari ini mengumumkan tawaran Apple Watch Series 5 baru (GPS + Cellular), yang menampilkan pemantauan Always On, komunikasi terhebat, keupayaan kecergasan dan kesihatan bersama selular terbina dalaman. Untuk membantu pelanggan baru Apple Watch Series 5 (GPS + Cellular), Maxis juga akan menawarkan tempoh percubaan dan pengenalan kepada perkhidmatan selular. Pelanggan akan dapat memasan Apple Watch Series 5 bermula hari ini, 13 Disember 2019 dalam talian dan di kedai Maxis berdekatan.

Apple Watch Series 5 melancarkan paparan Always-On aktif bagi memudahkan pengguna untuk melihat masa dan maklumat penting lain tanpa menaikkan atau mengetuk paparan. Ciri lokasi baru menerusi kompas terbina juga membantu pengguna menavigasi hari mereka dengan lebih baik. Apple Watch Series 5 dengan selular juga membolehkan pelanggan terus berhubung, membuat panggilan dan menerima teks, manakala panggilan kecemasan antarabangsa membolehkan pelanggan untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan terus dari Apple Watch, walaupun iPhone tidak berdekatan. Dengan watchOS 6, pengguna Apple Watch juga diberi kuasa untuk menjaga kesihatan dan kecergasan mereka dengan ciri-ciri baru seperti Cycle Tracking, the Noise app dan Activity Trends.

Bersama dengan Apple Watch Series 5, Maxis juga menawarkan iPad ketujuh generasi baru, yang membawa lebih banyak kawasan skrin kepada iPad yang paling popular, berpatutan dengan paparan Retina 10.2-inci yang menakjubkan, sokongan Papan Kekunci Pintar bersaiz penuh, Apple Pencil 2, invoasi terbaru termasuk cip A10 Fusion yang cepat, kamera dan sensor canggih, kemudahan penggunaan dan bateri sepanjang hayat yang hebat. iPad ini telah direka untuk menjadi ultra-mudah alih dan tahan lama. Dengan keberatan kira-kira satu paun, ia merupakan iPad pertama yang mempunyai kepungan diperbuat daripada 100 peratus aluminium yang dikitar semula dengan kekuatan yang sama, ketahanan dan kemasan yang indah seperti aluminium dalam semua produk Apple. Tambahan pula, iPad ini telah direka untuk menampung keupayaan baru iPadOS yang kuat dengan ciri-ciri intuitif dengan prestasi tanpa wayar cepat dan sokongan untuk sambungan LTE kelas Gigabit. 

Allo signing

“Kami amat teruja untuk menawarkan Apple Watch Series 5 dengan sambungan selular, yang tidak dapat ditandingi, termasuk ciri kesihatan dan kecergasan yang menjadikannya sahabat kesihatan yang ideal. Maxis juga telah menambah rancangan dan barisan produk baru yang hebat bagi pelanggan memperoleh pengalaman terbaik daripada Apple Watch baru mereka. Dengan memperkenalkan Maxis Postpaid Tablet dan Maxis Postpaid Watch, pelanggan kami boleh menikmati pemilikan mudah dengan menghubungkan semua peranti kepada satu pembekal perkhidmatan untuk gaya hidup mereka,” kata Arjun Varma, Ketua Pemasaran Produk, Maxis.

Dengan Maxis Postpaid Watch, pengguna Apple Watch boleh berkongsi kuota nombor telefon, suara, SMS dan data mereka dengan iPhone dan rancangan mudah alih. Maxi Postpaid Tablet pula membolehkan pengguna iPad menikmati data berkelajuan tinggi 5GB, dengan pilihan untuk meningkatkannya kepada 10GB data dan Data Pool akses dikongsi dengan bayaran tambahan.

Dengan Maxis Zerolution, pengguna Fiber juga boleh meningkatkan pengalaman di rumah dengan Apple TV 4K. Berbekalkan WiFi dari Maxis, Apple TV 4K menyampaikan pengalaman sintetik berkualiti tinggi dengan visual 4K HDR yang menakjubkan dan bunyi yang mendalam dengan Dolby Atmos. Dengan Apple TV 4K, pelanggan boleh menggunakan Apple TV untuk membeli atau menyewa filem, melanggan Apple TV+* dan saluran TV Apple, serta menikmati Apple Music, Apple Arcade dan beribu-ribu aplikasi lain termasuk permainan, kecergasan dan pendidikan – semua melalui satu peranti yang dibina untuk skrin terbesar di rumah.

Untuk meningkatkan pengalaman Apple anda dengan Maxis, lawati www.maxis.com.my/apple-watch untuk rancangan Apple Watch dan www.maxis.com.my/apple-ipad untuk rancangan iPad. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rancangan Maxis Fibre, layari www.maxis.com.my/fibrenation. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Apple, sila layari www.apple.com.

Archives
Tags