Kerjasama terbaru Hotlink dan McDonald’s memberi ganjaran yang lebih kepada pelanggan 

 

Bak kata pepatah dalam Bahasa Inggeris, 'Senyum, dan dunia akan senyum dengan anda.' Hotlink dan McDonald's Malaysia telah bekerjasama untuk memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia… hanya dengan sebuah senyuman!

Pelanggan hanya perlu melawat mana-mana empat Kios Smile4REWARDS istimewa di restoran McDonald’s yang terpilih – McDonald’s Pandu Lalu Bangi, McDonald’s Seksyen 3 Shah Alam, McDonald’s Pandu Lalu Jalan Gopeng, and McDonald’s Pandu Lalu Jalan Tebrau–ambil gambar senyuman mereka, dan akan menerima ganjaran Chocolate Sundae PERCUMA serta-merta dengan sebarang pembelian. Pelanggan Hotlink dan Maxis yang menunjukkan laman tawaran dalam aplikasi Hotlink RED atau MyMaxis mereka apabila membuat penebusan juga akan menerima 4 ketul Chicken McNuggets ® secara percuma.

Pelanggan yang telah bergambar di Kios Smile4REWARDS akan berpeluang untuk memenangi sepasang tiket penerbangan PERCUMA ke destinasi-destinasi Asia Tenggara. Terdapat 10 pasang tiket penerbangan untuk dimenangi. Pelanggan hanya perlu memuat naik gambar Smile4REWARDS mereka di Facebook dan Instagram dengan hashtag #HotlinkxMcD #Smile4REWARDS.

Langkah-langkah untuk menerima ganjaran:

  1. Berdiri menghadap skrin Kios Smile4REWARDS. Tekan Enter untuk mula
  2. Letakkan wajah anda di dalam bulatan pada skrin dan senyum!
  3. Webcam akan mengambil empat gambar foto anda
  4. Pilihlah hanya satu foto kegemaran anda dan simpan
  5. Masukkan nombor telefon dan emel anda (foto yang dipilih akan dihantar ke emel anda)
  6. Kios akan mencetak baucer McD dan anda akan menerima SMS
  7. Tunjukkan baucar di kaunter untuk menebus ganjaran anda
  8. Jangan lupa untuk menunjukkan aplikasi Hotlink RED dan MyMaxis juga untuk mendapat lebih lagi ganjaran!

Pelanggan yang tidak dapat melawat restoran terpilih yang ada Kios Smile4REWARDS masih boleh menikmati ganjaran yang hebat apabila mereka memuat turun tawaran Sundae Cone Besar PERCUMA dari aplikasi Hotlink RED atau MyMaxis, yang boleh ditebus di mana-mana restoran McDonald's di seluruh negara.

“Kami di Hotlink sentiasa memberi tawaran hebat kepada pelanggan setiap hari dan cara yang terbaik untuk kami memberi ganjaran kepada mereka adalah dengan hanya membuat sesuatu yang sangat mudah – senyum! Penebusan ganjaran adalah sangat mudah dengan Hotlink. Kerjasama kami dengan McDonald’s adalah salah satu contoh baik, dan kami sangat teruja untuk berkongsi matlamat ini,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

“McDonald’s berasa gembira untuk bekerjasama dengan Maxis dan Hotlink untuk menawarkan tawaran eksklusif ini. Pelanggan kami suka diberi ganjaran, dan kami mahu melihat senyuman besar pada muka mereka melalui perkongsian ini. Kios Smile4REWARDS sememangnya bertujuan untuk melibatkan pelanggan dalam aktiviti yang menyeronokkan serta kreatif, dan memberi ganjaran kepada mereka melalui senyuman mereka! Pengalaman unik ini memastikan bahawa kunjungan mereka ke restoran kami tidak dapat dilupai,” kata Eugene Lee, Pengarah Pemasaran McDonald’s Malaysia.

Hotlink Rewards adalah cara paling senang untuk menikmati ganjaran. Pelanggan hanya perlu daftar masuk ke dalam aplikasi masing-masing untuk menikmati tawaran dan diskaun eksklusif yang paling relevan kepada mereka. Hotlink bekerjasama dengan pelbagai jenama e-dagang dan  runcit yang mempunyai cawangan di seluruh negara. Terdapat lebih daripada 250 tawaran dan diskaun dalam aplikasi tersebut untuk dinikmati. Untuk senarai penuh jenama dan pedagang, sila daftar masuk ke aplikasi Hotlink RED dan MyMaxis.

Ketahui lebih lanjut mengenai Hotlink Rewards di sini: www.hotlink.com.my/smile4rewards atau lawati www.hotlink.com.my

Archives
Tags

Popular
Posts

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

Leveraging each other’s strengths in technology and innovation, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) and Maxis have entered into a strategic partnership to jointly offer converged solutions focusing on safety, security and sustainability for businesses. Additionally, the partnership will focus on leveraging big data and advanced analytics to co-create hyper personalization for an enhanced retail experience.

TELL ME MORE
Maxis builds future technology and innovation leaders with new scholarships

Maxis builds future technology and innovation leaders with new scholarships

Following the launch of three new scholarships in July, Maxis was proud to announce the award of these scholarships to 15 bright and deserving individuals to support their academic aspirations.

TELL ME MORE
Maxis helps to ease burden of Covid-19 impacted communities with RM500k to Yayasan Kebajikan Negara

Maxis helps to ease burden of Covid-19 impacted communities with RM500k to Yayasan Kebajikan Negara

Maxis has contributed RM500,000 to Yayasan Kebajikan Negara (YKN) in support of COVID-19 related aid. The contribution will go towards distribution of an estimated 5,000 food boxes to communities severely impacted by the pandemic as well as allocation for evacuation centres in anticipation of floods.

TELL ME MORE