Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Meluaskan Rangkaian Fiber Kediaman Yang Sedia Ada Untuk Menyediakan Penyelesaian Bagi Perbandaran Twentyfive.7 Gamuda Land


Maxis dan Gamuda Land hari ini menandatangani perjanjian perkhidmatan bagi penyediaan dan penggunaan infrastruktur rangkaian dan perkhidmatan kepada salah satu pembangunan perbandaran utama Gamuda Land, twentyfive.7, yang terletak di Kota Kemuning, Shah Alam. Perjanjian tersebut, yang telah berjaya diselesaikan selepas proses penilaian pasaran kompetitif oleh Gamuda Land, adalah sebahagian daripada pelaburan bersama Maxis dengan pemaju hartanah negara dalam menyediakan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi ke kediaman melalui rangkaian fiber yang dibinanya sendiri.

Di bawah perjanjian itu, setiap daripada 279 kediaman di Fasa 1A & 1B serta 596 unit The Amber Residence di twentyfive.7 akan dilengkapi dengan pelan fiber MaxisONE Home yang disesuaikan dengan kelajuan sehingga 300Mbps. Para penghuni akan menikmati pengalaman yang terbaik menerusi proposisi ‘Sentiasa Terhubung’ dengan tawaran tetap dan rangkaian 4G terkemuka industri Maxis bagi liputan mudah alih, yang membolehkan mereka menikmati penstriman resolusi tinggi, penggunaan peranti serentak, permainan tanpa gangguan, panggilan video lancar dan lebih lagi apabila mereka berpindah ke kediaman baharu mereka. Pelan disesuaikan ini, yang ditawarkan dengan akses iFlix tanpa had di rumah dan mudah alih, panggilan domestik percuma tanpa had ke semua telefon mudah alih dan talian tetap serta telefon DECT, adalah percuma untuk para penghuni selama dua tahun dari masa ia diaktifkan, dengan ihsan Gamuda Land.

twentyfive.7 adalah perbandaran pembangunan bersepadu bercampur seluas 257 ekar, yang terletak di Kota Kemuning, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM4.2 bilion. Selaras dengan prinsip penciptaan bandar Gamuda Land, semua komponen di perbandaran ini seperti kediaman, taman dan ruang runcit dirancang dengan berwaspada supaya ianya semua terhubung dengan lancar, di mana komuniti boleh berkumpul dan meraikan kehidupan komuniti yang meriah. twentyfive.7 terdiri daripada kediaman pelbagai jenis yang pertama seumpamanya, pelbagai pilihan runcit di Quayside Mall dan pangsapuri servis bertingkat tinggi yang pertama di bandar tersebut, iaitu The Amber Residence. Quayside Mall terletak di sebelah sebuah tasik seluas 8 ekar, dikelilingi oleh trek basikal, larian dan pejalan kaki. Fasa 1 yang berterusan (superlink, semi-d dan Quayside) disasarkan akan siap pada tahun 2020.

Mengulas mengenai kerjasama ini, Robert Nason, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis berkata, “Pengguna hari ini mengharapkan penyelesaian sambungan yang menyeluruh selaras dengan gaya hidup mereka yang semakin digital. Kami gembira dapat bekerjasama secara strategik dengan Gamuda Land untuk menawarkan pengalaman Internet yang hebat, yang disokong oleh rangkaian fiber berkelajuan tinggi kami yang maju. Kami menghargai keyakinanan dan kepercayaan mereka terhadap Maxis. Masa depan kini berfokuskan kepada tawaran bersepadu, dan kami mempunyai keupayaan untuk menawarkan kedua-dua perkhidmatan tetap dan mudah alih untuk menyediakan penyelesaian menyeluruh kepada pelanggan jalur lebar kami. Kami akan terus melabur dalam mengakses rangkaian fiber sedia ada di Malaysia dan membinanya sendiri di mana mungkin. Selain daripada sambungan, kami juga akan bekerjasama dengan Gamuda Land secara jangka panjang untuk inisiatif penciptaan bersama serta menyediakan penyelesaian yang dapat meningkatkan bukan sahaja kediaman, tetapi seluruh komuniti.”

Mengulas komen Robert Nason, Ngan Chee Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land berkata, “Sebagai pencipta bandar, Gamuda Land mewujudkan tempat yang akan menjadi kediaman orang ramai – sebuah tempat yang istimewa buat mereka. Kami sedar sepanjang merealisasikan pelan induk dan reka bentuk seni bina, dengan melaksanakan kemudahan dan teknologi yang tepat yang bukan sahaja menyokong sambungan fizikal tetapi juga sambungan maya untuk membina komuniti yang mampan. Sememangnya, ini termasuk menyediakan infrastruktur rangkaian yang betul terlebih dahulu untuk melengkapkan komuniti dengan Internet berkelajuan tinggi dan meningkatkan sambungan maya mereka. Kami berbesar hati bekerjasama dengan Maxis untuk memenuhi keperluan digital para penghuni.”

Untuk maklumat lanjut mengenai jalur lebar fiber Maxis, lawati www.maxis.com.my/fibrenation. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang twentyfive.7, lawati http://gamudaland.com.my/twentyfive7 atau kunjungi Galeri Jualan twentyfive.7 dan Lounge Pengalaman Gamuda Land yang baharu dibuka di Pelangi Avenue, Klang atau hubungi 03-27277565.

Archives
Tags