Stay Connected: Our stores and support channels remain open to keep you connected. More info, here .

Our retail outlets are open with strict SOPs to ensure everyone’s safety. Click here for more info.

Maxis Meraikan Hari Guru Di Pusat Internet Kg Quop, Sarawak


Di sebuah komuniti berdekatan Kuching, Sarawak, para pelajar mendengar dengan teliti dalam sebuah kelas dimana seorang guru menjalankan kelas Bahasa Inggeris tentang cara menulis cerita yang menarik. Para pelajar berinteraksi dengan mengangkat tangan dan menjawab guru tersebut, adakalanya secara individu, dan juga sebagai satu kelas.

Tetapi guru tersebut tidak berada di sana secara fizikal. Sebaliknya, kelas itu sedang distrimkan dari Kuala Lumpur, melalui kamera video dan peralatan audio. Itulah yang terjadi di Pusat Internet Kampung Quop, di mana eKelas - inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah oleh Maxis - sedang dijalankan. Pusat Internet Kampung Quop telah menjalankan program eKelas sejak Januari tahun ini.

Bersempena dengan Hari Guru pada 16 Mei, eKelas telah didemonstrasikan kepada komuniti Kampung Quop, yang terdiri daripada ketua Kampung Quop Encik Maxwell Anak Juel; Guru Besar dari sekolah berdekatan SK St James, Puan Evelyn Balai Anak Wah Onn bersama guru-guru sekolah; Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sarawak Puan Zazarina Drahman; serta ibu bapa pelajar.

Semasa majlis tersebut, Maxis memberi penghormatan kepada guru-guru dengan menganjurkan makan tengah hari bersama mereka dan ahli komuniti. Dalam ucapannya, Ketua Wilayah Sarawak Maxis, Alex Bong, memuji para guru atas dedikasi dan komitmen mereka terhadap pendidikan, dan juga menekankan kepentingan eKelas.

“Apa yang kita lihat di Kampung Quop hari ini adalah contoh yang jelas bahawa teknologi amat penting untuk pendidikan, terutamanya di lokasi yang kurang mendapat perkhidmatan. Dengan eKelas, para pelajar di pelbagai lokasi akan mempunyai akses terus kepada guru berpengalaman yang sama, tutorial langsung dan peluang untuk menyertai pertandingan, ceramah motivasi dan kem percutian. Ini cara yang menyeronokkan untuk belajar dan pendaftaran adalah percuma untuk semua. Kami amat gembira melihat penyertaan aktif dalam eKelas di Pusat Internet ini, dan kami mengucapkan terima kasih kepada semua guru diatas peranan penting yang telah mereka mainkan dalam program ini,” katanya.

Pada majlis itu, ahli-ahli komuniti dapat melihat sendiri tutorial langsung bagi Matematik dan Bahasa Inggeris, manakala para pelajar memaparkan bagaimana portal eKelas telah membantu pembelajaran mereka. Terdapat juga demo mengenai ciri baharu eKelas yang sedang diuji – iaitu eCikgu.

Maxis eKelas adalah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar di kalangan masyarakat luar bandar dan bandar. Fokusnya ialah pada tiga mata pelajaran - Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris - untuk pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. eKelas menawarkan gabungan tutorial secara langsung, pembelajaran dalam kumpulan dan kandungan digital secara interaktif yang selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan. Program ini disampaikan di Pusat Internet yang dioperasikan oleh SKMM dan berfungsi sebagai hab digital bagi komuniti di kawasan yang kurang mendapat liputan. Sejak pelancarannya, eKelas kini mempunyai lebih dari 4,000 pelajar dari segi populasi kelas dan juga yang berinteraksi dalam portal eKelas.

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Accelerating its ambition to be Malaysia’s Leading Converged Solutions Company, Maxis Business has expanded its voice and unified communications (UC) solutions as part of its ongoing commitment to build talent capacity and capabilities in sophisticated solutions for its Enterprise segment. The expanded portfolio is driven by the increasing need for greater collaboration in business in the new normal.

TELL ME MORE
PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

Leveraging each other’s strengths in technology and innovation, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) and Maxis have entered into a strategic partnership to jointly offer converged solutions focusing on safety, security and sustainability for businesses. Additionally, the partnership will focus on leveraging big data and advanced analytics to co-create hyper personalization for an enhanced retail experience.

TELL ME MORE
Maxis accelerates cloud leadership ambition, becomes first Malaysian telco to be accredited as AWS Advanced Consulting Partner

Maxis accelerates cloud leadership ambition, becomes first Malaysian telco to be accredited as AWS Advanced Consulting Partner

Maxis, a leading converged solutions provider in Malaysia, announced today that it has achieved a new accreditation as an Amazon Web Services (AWS) Advanced Consulting Partner and joined the AWS Solution Provider Program. This strengthens and accelerates Maxis’ leadership in delivering cloud service capabilities to help more Malaysian customers embrace the many benefits of cloud adoption as part of their IT strategy. Since joining the AWS Partner Network (APN), Maxis has continued to build on its collaboration with AWS, the world’s leading and most comprehensive cloud platform.

TELL ME MORE