Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

PKS Mengambil Bahagian Dalam Pengalaman Digital Unik Di Maxis-MRCA Youth M-RACE


Sebahagian daripada usahanya untuk membantu mendigitalkan perniagaan, Maxis hari ini menganjurkan Maxis-MRCA Youth M-RACE, cabaran ala 'Amazing Race' yang menyaksikan para peserta mengambil bahagian dalam pengalaman digital yang unik menggunakan Penyelesaian Perniagaan Maxis. Lebih daripada 50 ahli Pemuda MRCA mengambil bahagian dalam acara tersebut, dimana mereka perlu memandu ke beberapa lokasi di Cyberjaya dan Putrajaya untuk menyelesaikan teka-teki dan pelbagai cabaran sebagai satu pasukan, serta mencari ‘harta karun’ menggunakan penyelesaian perniagaan Maxis.

Para peserta memulakan perjalanan mereka dari Cyberview Resort & Spa dengan menaiki kereta BMW. Mereka kemudian diberi tugasan secara digital melalui penyelesaian Maxis mWorkforce. Di antara cabaran yang perlu dilengkapkan dalam M-RACE ini termasuk menubuhkan sebuah kedai, membangunkan produk dan menjualnya melalui Maxis eCommerce, yang merupakan perkhidmatan menyeluruh yang dibina untuk PKS untuk memacu pendapatan dari e-dagang, dan termasuk pembangunan kedai web, pemasaran digital dan perkhidmatan analisis. Mereka kemudiannya perlu menghantar produk tersebut menggunakan mDrive dan mengesan lokasi kenderaan lain sebagai salah satu daripada cabaran acara ini.

Peserta juga dikehendaki menyelesaikan soalan-soalan trivia dan mencari harta karun di sepanjang perjalanan, dan mengambil bahagian dalam aktiviti menarik yang mendemonstrasikan penyelesaian perniagaan Maxis lain seperti Maxis Cloud POS, Maxis FlexiShare, Maxis ONEBusiness Fibre dan Unity Hotline.

“Sekarang, pendigitalan amat penting bagi perniagaan. Melalui pelbagai penyelesaian perniagaan kami, Maxis memberi kuasa kepada syarikat-syarikat – besar atau kecil – dengan alat-alat yang relevan untuk membantu mereka bekerja, beroperasi dan berinteraksi dengan lebih berkesan dengan pelanggan mereka dalam era digital ini,” kata Loong Tuck Weng, Ketua Perusahaan Maxis.

“Kami menganjurkan Maxis-MRCA Youth M-RACE ini sebagai satu cara yang menyeronokkan dan interaktif untuk usahawan muda mengalami penyelesaian perniagaan kami secara langsung, supaya mereka dapat memahami sepenuhnya bagaimana setiap penyelesaian dapat memberi manfaat kepada mereka,” kata Kevin Lee, Ketua PKS Maxis.

Pemuda MRCA, yang terdiri daripada ahli-ahli yang berusia 40 tahun ke bawah, dilancarkan dengan matlamat untuk menggalakkan dan mengembangkan minda keusahawanan di kalangan golongan muda. Melalui kumpulan ini, MRCA akan berusaha untuk memupuk dan memperkasakan ahli-ahlinya melalui pendidikan, advokasi dan komunikasi.

Maxis telah bekerjasama dengan BMW Wheelcorp Premium, Samsung, Setia Haruman, Petronas, GHHS Healthcare dan Coca-Cola bagi acara yang menarik ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Penyelesaian Perniagaan Maxis, layari www.maxis.com.my/sme atau hubungi kami di 1-800-82-1919.

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Reinforcing its leading position in the Enterprise solutions market, Maxis has announced its largest acquisition to date of MyKRIS Asia Sdn Bhd (MyKRIS Asia), a Malaysian-based company specialising in Managed Network and Security Services with end-to-end field delivery and support, for up to RM157.5 million.

TELL ME MORE
Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

As international borders progressively reopen and with the return of more international travel on the horizon, Maxis is the first telco in the country to provide its customers with 5G international roaming services in Singapore, Thailand and Indonesia.

TELL ME MORE
Maxis delivers strong Q3, driven by steady growth in fibre and mobile broadband

Maxis delivers strong Q3, driven by steady growth in fibre and mobile broadband

Maxis Berhad (Maxis) maintained its growth momentum for the third quarter ended 30 September 2021, building on its convergence strategy and drawing strength from its core mobile and growing fibre broadband in a continued challenging environment.

TELL ME MORE