Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Maxis Mengupayakan Rakyat Malaysia Menyaksikan Piala Dunia FIFA 2018, Di Semua Skrin

 

Piala Dunia bukan sekadar satu perlawanan bola sepak – ia adalah acara sukan terbesar di dunia yang diminati semua. Tahun ini, Maxis dengan bangganya membawa Piala Dunia FIFA 2018 kepada lebih ramai rakyat Malaysia di Astro GO dan RTM, sekali gus menjadikannya lebih mudah bagi semua untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan bola sepak di semua skrin - sama ada di televisyen atau di peranti mudah alih mereka.

Kedua-dua pelanggan Maxis dan Hotlink boleh membeli pas perlawanan World Cup Astro serendah RM1 bagi setiap perlawanan untuk menonton mana-mana atau kesemua 64 perlawanan SECARA LANGSUNG dan dalam HD pada bila-bila masa, di mana sahaja. Paling penting sekali, data untuk menyaksikan perlawanan adalah PERCUMA supaya pelanggan Maxis dan Hotlink dapat menikmati Piala Dunia sepenuhnya tanpa sebarang kebimbangan di rangkaian 4G No. 1 Malaysia.

Maxis juga bangga menjadi penaja penyiaran utama untuk liputan Piala Dunia FIFA 2018 di RTM. RTM akan menyiarkan 41 perlawanan, dari mana 28 adalah secara langsung dan 13 ditangguhkan.

“Setiap empat tahun, peminat-peminat bola sepak berkumpul bersama untuk menyokong pasukan kegemaran mereka di acara sukan yang terbesar di dunia. Maxis teruja untuk membawa Piala Dunia kepada lebih ramai rakyat Malaysia berbanding sebelum ini dengan pas perlawanan World Cup Astro di Maxis serta melalui penajaan penyiaran utama untuk liputan RTM bagi perlawanan Piala Dunia. Sama ada anda berada di rumah atau dalam perjalanan pulang ke kampung halaman pada musim Raya ini, rakyat Malaysia mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyaksikan perlawanan terkini, bersama keluarga dan rakan-rakan,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pelanggan Maxis.

Untuk mendaftar ke pas perlawanan Piala Dunia Astro GO, pelanggan hanya perlu:
1) Muat turun aplikasi MyMaxis / Hotlink RED / Hotlink Flex dari Google Play Store atau Apple App Store
2) Beli pas perlawanan pilihan mereka dalam aplikasi
3) Terima Kod Kupon melalui SMS & aplikasi MyMaxis
4) Menebus kod pada aplikasi Astro GO dan mula menonton

Bersempena dengan musim Raya dan bola sepak ini, Maxis juga memperkenalkan baju raya pertama yang inovatif yang juga berfungsi sebagai jersi bola sepak dengan menggunakan realiti tambahan (augmented reality - AR). Sekarang, pelanggan tidak perlu memilih antara memakai baju raya atau jersi bola sepak mereka musim Raya ini - mereka boleh memakai kedua-duanya sekaligus!

Berikut adalah cara untuk ‘memakai’ baju raya AR ini:

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai semua aktiviti Maxis yang berkaitan dengan Piala Dunia, sila klik www.maxis.com.my/bolaraya

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

As international borders progressively reopen and with the return of more international travel on the horizon, Maxis is the first telco in the country to provide its customers with 5G international roaming services in Singapore, Thailand and Indonesia.

TELL ME MORE
Maxis Awards announces first batch of winners with green-themed projects

Maxis Awards announces first batch of winners with green-themed projects

The passion of Malaysians in bringing a positive change to the community clearly showed as Maxis announced the first two winners of the inaugural Maxis Awards.

TELL ME MORE
Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Reinforcing its leading position in the Enterprise solutions market, Maxis has announced its largest acquisition to date of MyKRIS Asia Sdn Bhd (MyKRIS Asia), a Malaysian-based company specialising in Managed Network and Security Services with end-to-end field delivery and support, for up to RM157.5 million.

TELL ME MORE