Stay Connected: Our stores and support channels remain open to keep you connected. More info, here .

Our retail outlets are open with strict SOPs to ensure everyone’s safety. Click here for more info.

Maxis Terus Merekodkan Keputusan Kewangan Yang Kukuh Pada Suku Kedua 2018

Maklumat Penting: Suku-ke-suku - Suku kedua 2018 berbanding suku pertama 2018:

  • Hasil perkhidmatan perkhidmatan meningkat 1.7% ke RM2,013 juta daripada RM1,980 juta suku lalu, dipacu oleh momentum pertumbuhan yang kukuh dalam pascabayar seiring dengan usaha kami untuk menginovasikan proposisi bagi segmen keluarga.
  • Perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (earnings before interest, tax, depreciation and amortisation - EBITDA) yang dinormalkan ialah RM1,007 juta, rendah sedikit daripada RM1,020 juta suku lalu disebabkan oleh kerugian pertukaran asing yang direalisasikan dan perbelanjaan pemasaran yang lebih tinggi.
  • Margin EBITDA (diatas hasil perkhidmatan) stabil pada 50.0%.
  • Keuntungan selepas cukai(profit after tax - PAT) yang dinormalkan menurun kepada RM480 juta, berikutan perbelanjaan susut nilai yang lebih tinggi.
  • Hasil pascabayar meningkat 2.4% suku-ke-suku kepada RM1,009 juta daripada RM985 juta suku lalu, mengekalkan kepimpinan kami yang kuat dalam segmen ini dengan purata hasil setiap pengguna (ARPU) yang stabil sebanyak RM94. Pertumbuhan kukuh bagi asas langganan kami adalah hasil daripada pertumbuhan dalam talian tambahan seiring dengan usaha kami untuk terus berinovasi untuk memberi nilai bagi pelan mudah alih keluarga. Pelan MaxisONE kami terus menarik pelanggan dengan tawaran peranti yang inovatif, menambah sebanyak 67,000 pelanggan baharu pada suku kedua.
  • Pertumbuhan berterusan yang kukuh dalam segmen Fiber Kediaman, dengan peningkatan hasil sebanyak 5.4% pada suku kedua.
  • Walaupun pasaran secara keseluruhannya mengalami penurunan, persaingan harga yang sengit, penyatuan SIM dan penghijrahan kepada pascabayar, hasil prabayar stabil dengan peningkatan 0.6% kepada RM854 juta suku-ke-suku, dengan penurunan yang perlahan dalam asas pelanggan. Ini disebabkan oleh inisiatif pemasaran yang dilaksanakan dengan baik dan penggunaan analisis data yang berkesan, yang telah menghasilkan pertumbuhan hasil Internet Mudah Alih yang kukuh. Selain itu, ARPU prabayar masih stabil pada RM42 sebulan.
  • Mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak lima sen sesaham.

 

Ringkasan Suku Kedua: Suku-ke-Suku:

  Suku kedua 2018 (RM'm) Suku pertama 2018 (RM’m) Suku-ke-suku (%)
Hasil Perkhidmatan 2,013
1,980
1.7
EBITDA dinormalkan
1,007
1,020
(1.3)
PAT dinormalkan
480
510
(5.9)
Perbelanjaan 212 107  

 

Memberi nilai untuk rangkaian dan pengalaman pelanggan terbaik:

  • Kami mengekalkan kepimpinan rangkaian kami, dengan rangkaian 4G LTE terpantas di negara ini yang meliputi 92% penduduk.
  • Memberi pengalaman rangkaian terbaik kepada pelanggan adalah penting kepada kami, dan kami terus melabur secara signifikan dalam rangkaian. Pada suku kedua, kami melabur sebanyak RM212 juta dalam perbelanjaan modal, iaitu peningkatan sebanyak RM105 juta dari suku lalu.
  • Pelaburan ini telah mengupayakan kami untuk mengendalikan peningkatan kapasiti bagi penggunaan data pelanggan kami yang semakin meningkat, sambil memberikan pengalaman terbaik. Penggunaan data dicampur pelanggan kami menyaksikan lonjakan sebanyak 18.7% kepada 9GB sebulan dari hanya suku yang lalu. Ini juga disokong oleh peningkatan penembusan telefon pintar yang mencapai 83%.
  • Pada suku kedua, pelanggan Maxis dan Hotlink berpeluang untuk membeli pas perlawanan Piala Dunia dari serendah RM1 bagi setiap perlawanan untuk menonton semua 64 perlawanan secara langsung dan HD melalui kempen Bola Raya kami. Pelanggan juga boleh menstrimkan perlawanan secara percuma untuk pengalaman tanpa bimbang melalui rangkaian 4G LTE terpantas.
  • Oleh kerana teknologi semakin menjadi pengupaya utama bagi perniagaan, kami mempertajamkan fokus kami pada penyelesaian bersepadu untuk membantu memodenkan perniagaan Malaysia. Pada suku kedua, kami melancarkan Maxis ONERetail, satu proposisi unik bagi pemilik perniagaan untuk memaksimumkan potensi teknologi, meningkatkan kecekapan operasi mereka dan kekal relevan kepada pelanggan mereka.
  • Keupayaan e-dagang kami dibawah tawaran ONERetail juga diperkuatkan dengan pengambilalihan dan integrasi syarikat pembangunan web terkemuka, Optima Inovasi, ke dalam perniagaan e-dagang kami. Keupayaan yang dipertingkatkan akan membantu menggerakkan cita-cita kami untuk menjadi penyedia penyelesaian perusahaan yang menyeluruh.
  • Dari segi perkhidmatan pelanggan secara keseluruhan, kami berbangga mencapai skor kepuasan pelanggan sebanyak +57 dari +54 pada suku sebelum ini.

 

Komen dari Robert Nason, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad:

“Komitmen dan cita-cita kami untuk menyediakan produk dan pengalaman yang berkualiti dan inovatif telah menghasilkan keputusan yang stabil bagi suku kedua 2018. Kami gembira kerana kerana telah melihat pertumbuhan yang kukuh dalam segmen pascabayar dan perkembangan yang baik dalam pemulihan perniagaan prabayar kami. Kami akan terus menumpukan fokus kepada kecekapan operasi dan melabur dalam mengekalkan rangkaian yang terunggul. Secara keseluruhan, kami yakin dengan apa yang bakal ditawarkan kepada para pelanggan, seiring dengan usaha kami untuk mencipta pengalaman digital yang lebih berkualiti.”

Untuk menyaksikan video keputusan kewangan Maxis bagi suku kedua 2018, sila klik di sini: https://bit.ly/2Lk2wAR

Archives
Tags

Popular
Posts

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

Leveraging each other’s strengths in technology and innovation, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) and Maxis have entered into a strategic partnership to jointly offer converged solutions focusing on safety, security and sustainability for businesses. Additionally, the partnership will focus on leveraging big data and advanced analytics to co-create hyper personalization for an enhanced retail experience.

TELL ME MORE
Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Accelerating its ambition to be Malaysia’s Leading Converged Solutions Company, Maxis Business has expanded its voice and unified communications (UC) solutions as part of its ongoing commitment to build talent capacity and capabilities in sophisticated solutions for its Enterprise segment. The expanded portfolio is driven by the increasing need for greater collaboration in business in the new normal.

TELL ME MORE
Maxis accelerates cloud leadership ambition, becomes first Malaysian telco to be accredited as AWS Advanced Consulting Partner

Maxis accelerates cloud leadership ambition, becomes first Malaysian telco to be accredited as AWS Advanced Consulting Partner

Maxis, a leading converged solutions provider in Malaysia, announced today that it has achieved a new accreditation as an Amazon Web Services (AWS) Advanced Consulting Partner and joined the AWS Solution Provider Program. This strengthens and accelerates Maxis’ leadership in delivering cloud service capabilities to help more Malaysian customers embrace the many benefits of cloud adoption as part of their IT strategy. Since joining the AWS Partner Network (APN), Maxis has continued to build on its collaboration with AWS, the world’s leading and most comprehensive cloud platform.

TELL ME MORE