Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Hotlink Postpaid Flex, Pelan Pertama Seumpamanya Yang Menggabungkan Ciri-Ciri Prabayar Dan Pascabayar!


Berikutan pelancaran Hotlink RED bulan lalu, Hotlink sekali lagi merevolusikan industri telekomunikasi dengan pelancaran Hotlink Postpaid Flex. Pelan pascabayar pertama seumpamanya di pasaran, Hotlink Postpaid Flex menawarkan pelanggan yang terbaik dari kedua-dua prabayar dan pascabayar dalam satu pelan, dan memberikan pelanggan kawalan dan kemudahan untuk mengalami Internet dengan cara mereka tersendiri.

Bermula dari RM30 sebulan, dengan panggilan & SMS tanpa had ke semua rangkaian dan data berkelajuan tinggi sebanyak 1GB, Hotlink Postpaid Flex memberi pelanggan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti untuk mencipta dan menaik taraf sendiri pelan Internet mereka berdasarkan apa yang mereka mahu. Ini termasuk pelbagai pas Internet dan aplikasi tanpa had. Pelanggan juga boleh menikmati kemudahan menguruskan pelan mereka dalam satu bil bulanan.

“Ia amat penting bagi kami untuk memberi pelanggan kebebasan untuk mengalami Internet mengikut cara mereka sendiri. Dengan pelancaran Hotlink Postpaid Flex, kami kini telah berubah dari sebuah jenama yang berfokuskan produk kepada berfokuskan pelanggan dengan memperkenalkan Dunia Hotlink yang baharu, dimana kami memberi kuasa kepada pelanggan untuk menikmati Internet secara fleksibel, tanpa sebarang batasan,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

Dengan Hotlink Postpaid Flex, and boleh menikmati:

  • Cara paling mudah untuk memiliki pelan pascabayar mulai dari RM30
  • Kebebasan untuk membina pelan Internet anda sendiri berdasarkan penggunaan anda
  • Panggilan & SMS tanpa had dan data berkelajuan tinggi sebanyak 1 GB
  • Pilihan mana-mana aplikasi tanpa had - aplikasi sosial, chat dan muzik - serendah RM5
  • Pengalaman Internet berkelajuan tinggi di rangkaian 4G No. 1
Postpaid flex hotlink

Pelanggan boleh mendaftar untuk Hotlink Postpaid Flex di peniaga Hotlink terpilih, serta semua kedai Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara mulai hari ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotlink Postpaid Flex, lawati http://www.hotlink.com.my/pascabayar

Archives
Tags