Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Dan Sacofa Komited Untuk Membawa Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Kepada Lebih Ramai Rakyat Sarawak

Maxis dan Sacofa hari ini memeterai perjanjian dengan menandatangani Letter of Understanding (LoU) untuk Sacofa menawarkan perkhidmatan rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) kepada Maxis. Perkongsian ini akan dirasmikan dengan perjanjian akses yang akan ditandatangani pada awal tahun 2019.

Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak hadir untuk menyaksikan majlis tandatangan LoU. Turut hadir ialah YBhg Datuk Syed Ahmad Alwee, Timbalan Pengerusi Sacofa.

Di bawah LoU, Maxis akan mempunyai akses penuh kepada perkhidmatan jaringan HSBB Sacofa di Sarawak yang akan membolehkan Maxis menawarkan pelan fiber yang sedia ada kepada lebih banyak rumah dan perniagaan. Menjelang kempen Fibrenation yang kini berlangsung, Maxis adalah telco pertama yang memperkenalkan pelan jalur lebar paling murah dan berpatutan di pasaran berikutan peruntukan peraturan baru. Pelan fiber baru pengguna dan perniagaan boleh didapati dalam kelajuan mencapai 100Mbps. Bagi pengguna, pelan 100Mbps adalah RM129 sebulan, dan 30Mbps adalah RM89 sebulan. Sementara itu, para pelanggan perniagaan boleh mengambil pelan 100Mbps untuk hanya RM139 sebulan dan 30Mbps untuk RM99 sebulan, termasuk pilihan perkhidmatan gred perniagaan yang membawa kemanfaatan 'Sentiasa Terhubung' dan 'ketenangan fikiran'. Pelan pengguna dan perniagaan kedua-duanya kini berharga 65% lebih rendah daripada pelan yang serupa sebelum ini.

LoU ini akan membolehkan Maxis memperluaskan lagi pelan jalur lebar berharga kompetitf di Sarawak melalui platform FTTX Sacofa yang dikenali sebagai, Sacofa Open Fiber Infra Access (SOFIA), satu penyelesaian turnkey yang membolehkan Penyedia Perkhidmatan Internet berhubung terus ke rangkaian optik fiber Sacofa dan menawarkan pelan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada pengguna pada kadar yang kompetitif. Dilancarkan pada 27 Januari 2018 di Kuching, SOFIA adalah penggerak yang membebaskan pasaran dan mewujudkan persaingan yang sihat untuk penyedia perkhidmatan, dan dijangka akan menurunkan harga jalur lebar dan meningkatkan kelajuan pakej jalur lebar mereka.

"Sebagai penyedia infrastruktur terkemuka di Sarawak dengan tapak kaki fiber yang luas, kami komited untuk bekerjasama dengan telco bagi membolehkan mereka mengembangkan liputan mereka di seluruh negeri. Peranan kami sebagai penyedia infrastruktur adalah untuk menyediakan platform yang menggalakkan untuk membolehkan penyedia perkhidmatan menawarkan kelajuan jalur lebar yang lebih tinggi pada harga yang menarik. Penyelesaian FTTX kami SOFIA adalah platform tepat di Sarawak untuk mencapai matlamat ini. Justeru itu, kami yakin bahawa perkongsian kami dengan Maxis akan memberi faedah kepada pengguna jalur lebar di Sarawak, di mana lebih banyak komuniti dapat melihat manfaat dari sambungan digital di mana sahaja mereka berada dan menikmati pelan nilai tambah yang menarik daripada Maxis,” berkata Mohamed Zaid Bin Mohamed Zaini, Pengarah Urusan Sacofa.

“Kami gembira dengan perkongsian bersama Sacofa, kerana ia akan membolehkan kami memperluaskan pelan jalur lebar fiber kami kepada lebih ramai rakyat Sarawak. Sejak pelancaran pelan kami pada bulan Ogos tahun ini, kami menerima sambutan menggalakkan yang berterusan daripada para pengguna dan perniagaan. Ternyatalah bahawa akses Internet berkelajuan tinggi amat penting kepada rakyat Sarawak, memandangkan purata pengunaan data lebih daripada 12GB setiap bulan, antara yang tertinggi di Malaysia. Dengan akses kepada rangkaian HSBB yang lebih luas, iaitu melebihi 194,000 pas rumah dalam tempoh tiga tahun akan datang daripada perkongsian ini, lebih ramai rakyat Sarawak boleh menikmati pengalaman Internet yang terunggul di rumah, manakala perniagaan di sini boleh mencapai potensi penuh mereka dengan sambungan 'Sentiasa Terhubung' untuk kesinambungan perniagaan yang lengkap,” kata Ketua Pegawai Operasi Maxis, Gokhan Ogut.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jalur lebar fiber Maxis, sila lawati www.maxis.com.my/fibrenation. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Sacofa, sila lawati www.sacofa.com.my.

Archives
Tags