Klik sini untuk kedai yang telah lengkap divaksinasi. Jumpa anda di sana!

Klik sini untuk kedai yang telah lengkap divaksinasi.

Klik untuk senarai penyelenggaraan rangkaian terancang.

Klik untuk senarai penyelenggaraan rangkaian terancang.

MaxisONE Prime - Pelan Keluarga Yang Menyeluruh Dengan Data Tanpa Had, Di Rumah Dan Di Mana Sahaja

 

Kini, semakin ramai keluarga berhubung menggunakan pelbagai peranti, tetapi menghadapi cabaran untuk menguruskan akaun mudah alih ahli keluarga masing-masing bagi peranti yang berbeza. Hari ini, Maxis memudahkan rakyat Malaysia menguruskan pelbagai pelan mudah alih dan fiber mereka, dengan melancarkan MaxisONE Prime, satu pelan menyeluruh khas untuk seisi keluarga, di rumah atau di mana sahaja. Dengan MaxisONE Prime, keluarga dapat menikmati sebanyak mana data yang mereka inginkan - sama ada melalui fiber dengan kelajuan sehingga 100Mbps di rumah, atau melalui rangkaian terpantas 4G kami di mana sahaja.

“Rakyat Malaysia sukakan Internet dan inginkan akses Internet di mana sahaja mereka berada. Oleh itu, mereka perlukan cara yang lebih mudah untuk menguruskan semua keperluan data mereka, sama ada dengan fiber atau mudah alih. MaxisONE Prime memudahkan keluarga untuk menikmati gaya hidup digital mereka tanpa sebarang kebimbangan, merentasi telefon mudah alih, rumah dan pelbagai peranti lain. Maxis dikenali sebagai syarikat telekomunikasi yang mempunyai rangkaian 4G terpantas dan sekarang matlamat kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan fiber terbaik melalui pelan ini,” kata Arjun Varma, Ketua Pascabayar Maxis.

Berikut adalah butir-butir tawaran MaxisONE Prime:

Data berkelajuan tinggi tanpa had untuk rumah dan telefon mudah alih – Sehingga 5 ahli keluarga boleh menikmati data tanpa had untuk telefon mudah alih dan Internet kediaman mereka.

Fiber berkelajuan tinggi tanpa gangguan – Para pelanggan boleh yakin mereka akan sentiasa bersambung kepada Internet kediaman mereka. Sekiranya sambungan fiber berkelajuan tinggi mereka terganggu, router rumah mereka secara automatik akan menyambung ke sokongan wayarles 4G, memastikan sambungan Internet kediaman mereka berterusan.

Peranti kediaman dan mudah alih terkini – Pelanggan boleh memilih dari pelbagai peranti untuk rumah atau telefon mudah alih dengan Zerolution, tanpa bayaran pendahuluan dan tanpa faedah.

Pasukan Maxperts – Pasukan Maxperts ini akan membantu dengan persediaan dan pengoptimuman WiFi di rumah serta persediaan peranti. Talian bantuan pelanggan keutamaan juga akan disediakan.

Pelanggan boleh melawat Pusat Maxis terdekat untuk mendaftar atau layari www.maxis.com.my/prime untuk menyesuaikan pelan MaxisONE Prime mereka berdasarkan bilangan talian mudah alih dan kelajuan fiber kediaman yang diperlukan, dan mengemukakan pendaftaran mereka secara atas talian.

Untuk maklumat lanjut mengenai MaxisONE Prime, layari www.maxis.com.my/prime

Archives
Tags

Popular
Posts

PROTON and Maxis team up for major 5G use case deployment

PROTON and Maxis team up for major 5G use case deployment

National car maker PROTON has selected Maxis as its partner to deploy a 5G use case comprising multiple converged solutions to power up its Tanjung Malim plant, with network installations beginning October.

TELL ME MORE
Maxis offers new learning experience with new eKelas mobile app for students to learn on the go

Maxis offers new learning experience with new eKelas mobile app for students to learn on the go

With a commitment to provide a richer digital learning experience, Maxis has launched its eKelas mobile app, effectively enabling students, teachers and parents greater access to exciting digital content beyond the eKelas portal, with convenience and flexibility by learning on the go.

TELL ME MORE
Maxis-sponsored Team Secret to take global stage after emerging as champion in SEA tournament

Maxis-sponsored Team Secret to take global stage after emerging as champion in SEA tournament

Maxis-sponsored Team Secret PUBG Mobile Team has recently emerged as champion in the PUBG Mobile Pro League Regional Championship, Southeast Asia.

TELL ME MORE