Stay Connected: Our stores and support channels remain open to keep you connected. More info, here .

Our retail outlets are open with strict SOPs to ensure everyone’s safety. Click here for more info.

Maxis Adalah Pembekal Penyelesaian Mobiliti Terurus Pilihan Nationwide Express

 

Salah satu daripada perkhidmatan kurier terkemuka Malaysia, Nationwide Express Holding Berhad (Nationwide Express) telah mengambil langkah ke arah digitalisasi dengan penyelesaian perniagaan Maxis. Penyelesaian Mobiliti Terurus Maxis menawarkan Nationwide Express pilihan penyelesaian perniagaan yang menyeluruh yang akan menolong mereka mempraktikkan mobiliti dalam perniagaan dengan mudah dan selamat. Maxis adalah satu-satunya telco yang menawarkan penyelesaian komunikasi dan perniagaan bersepadu sepenuhnya untuk membantu perniagaan bekerja dengan lebih cekap dan meningkatkan produktiviti.

Apakah yang ditawarkan oleh Penyelesaian Mobiliti Terurus Maxis?

Keselamatan - Keselamatan adalah aspek penting bagi perniagaan. Dengan perkhidmatan ini, Nationwide Express boleh mengesan dan memantau peranti kurier dalam masa sebenar menggunakan portal web berpusat. Sekiranya peranti dicuri, ia boleh dikunci dari jauh dan data yang disimpan boleh dipadam.

Produktiviti - Perkhidmatan ini membolehkan Nationwide Express untuk mengawal peranti mudah alih kurier mereka, memberi mereka akses kepada aplikasi berkaitan kerja. Ini akan membantu mereka memberi layanan yang cekap kepada pelanggan.

Kemudahan - Penyelesaian Mobiliti Terurus Maxis memberi penyelesaian yang terbaik untuk memudahkan proses perniagaan. Nationwide Express sekarang boleh menyelaraskan proses aplikasi perniagaan mereka dengan “menolak” aplikasi kepada peranti kurier mereka di mana sahaja di Malaysia tanpa perlu mengemaskinikan aplikasi tersebut secara manual. Ini memudahkan proses IT dan menjimatkan masa.

“Baru-baru ini, kami telah memenangi “Best Delivery Performance Award 2016” daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tetapi kami tidak akan berhenti diatas kejayaan ini, kerana penghantaran kami harus berterusan dengan pantas dan diurus dengan cekap. Ini bermakna mobiliti sangat penting dalam industri kurier. Kami berasa gembira kerana telah bekerjasama dengan Maxis sebagai pembekal penyelesaian perniagaan pilihan dalam perjalanan digitalisasi kami. Penyelesaian mobiliti mereka akan meningkatkan kecekapan dan produktiviti kami. Keutamaan kami adalah memberi pengalaman dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami di mana sahaja kami membuat penghantaran dan Maxis akan menolong kami mencapai matlamat ini,” kata Rozilawati Binti Tan Sri Basir, Pengarah Urusan Kumpulan Nationwide Express.

“Sebagai pembekal penyelesaian mobiliti, kami melengkapkan Nationwide Express dengan penyelesaian perniagaan yang direka bentuk untuk memaksimumkan manfaat mobiliti di tempat kerja. Lebih-lebih lagi, penyelesaian ini disokong oleh rangkaian pantas 4G kami. Kami juga mahu menggalakkan perniagaan untuk menggunakan cara yang baru untuk bekerja iaitu menjadi digital dan mudah alih,” kata said Loong Tuck Weng, Ketua Perusahaan Maxis Berhad.

Perniagaan boleh mendaftar untuk cubaan percuma Penyelesaian Mobiliti Terurus Maxis dengan menghubungi 1800-82-1919. Dalam percubaan 30 hari, perniagaan boleh mendaftarkan sehingga 50 peranti, mendapatkan akses kepada portal web tunggal untuk menguruskan peranti dan aplikasi dan juga menerima nasihat teknikal.

Untuk maklumat lanjut mengenai Penyelesaian Mobiliti Terurus Maxis, sila layari maxis.com.my/managedmobility

Archives
Tags

Popular
Posts

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

Leveraging each other’s strengths in technology and innovation, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) and Maxis have entered into a strategic partnership to jointly offer converged solutions focusing on safety, security and sustainability for businesses. Additionally, the partnership will focus on leveraging big data and advanced analytics to co-create hyper personalization for an enhanced retail experience.

TELL ME MORE
Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Accelerating its ambition to be Malaysia’s Leading Converged Solutions Company, Maxis Business has expanded its voice and unified communications (UC) solutions as part of its ongoing commitment to build talent capacity and capabilities in sophisticated solutions for its Enterprise segment. The expanded portfolio is driven by the increasing need for greater collaboration in business in the new normal.

TELL ME MORE
Maxis builds future technology and innovation leaders with new scholarships

Maxis builds future technology and innovation leaders with new scholarships

Following the launch of three new scholarships in July, Maxis was proud to announce the award of these scholarships to 15 bright and deserving individuals to support their academic aspirations.

TELL ME MORE