Stay Connected: Our stores and support channels remain open to keep you connected. More info, here .

Our retail outlets are open with strict SOPs to ensure everyone’s safety. Click here for more info.

Maxis Merekodkan Prestasi Yang Kukuh Bagi Suku Ketiga

 

Maklumat Penting: Tahun ke tahun – Suku ketiga 2017 berbanding suku ketiga 2016:

  • Prestasi suku tahunan yang kukuh secara keseluruhan dengan perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (earnings before interest, tax, depreciation and amortisation - EBITDA), margin EBITDA (diatas hasil perkhidmatan) dan keuntungan selepas cukai (profit after tax - PAT) tertinggi dalam tempoh lima tahun.
  • EBITDA dinormalkan meningkat sebanyak 5.0% tahun ke tahun kepada RM1,201 juta dari RM1,144 juta, mencerminkan hasil yang lebih tinggi dan keputusan positif daripada inisiatif pengoptimuman kos. Margin EBITDA (diatas hasil perkhidmatan) adalah kukuh pada 55.8% berbanding 54.1% tahun lalu.
  • PAT dinormalkan meningkat 8.3% kepada RM562 juta berbanding RM519 juta berikutan EBITDA yang lebih tinggi.
  • Hasil perkhidmatan meningkat 2.0% pada suku ini kepada RM2,155 juta berbanding RM2,113 juta tahun lalu, disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam segmen pascabayar.
  • Pascabayar merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun yang tinggi pada 9.3% dengan hasil sebanyak RM1,055 juta berbanding RM965 juta pada tahun lalu. Ini didorong oleh asas pelanggan kukuh menghampiri dua juta pelanggan pelan MaxisONE yang menyumbang purata hasil setiap pengguna (average revenue per user - ARPU) yang tinggi sebanyak RM117 sebulan.
  • Langganan Hotlink FAST meningkat kepada lebih dari dua juta dan kami terus menerajui pasaran prabayar 4G dengan ARPU Hotlink FAST yang tinggi sebanyak RM43 sebulan. Walau bagaimanapun, persaingan bertumpukan harga yang sengit dan asas langganan menjana pendapatan yang lebih rendah disebabkan oleh penggabungan SIM mengakibatkan hasil prabayar merosot 6.0% tahun ke tahun kepada RM955 juta daripada RM1,017 juta tahun lalu.
  • Mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak lima sen sesaham

 

Suku ke suku – Suku ketiga 2017 berbanding suku kedua 2017:

  • EBITDA dinormalkan meningkat 8.8% ke RM1,201 juta berbanding RM1,104 juta
  • PAT dinormalkan meningkat 16.1% ke RM562 juta dari RM484 juta
  • Hasil perkhidmatan meningkat 1.6% ke RM2,155 juta berbanding RM2,122 juta

 

Prestasi keseluruhan suku ketiga yang teguh:

  Suku ketiga 2017 (RM’juta) Suku ketiga 2016 (RM’juta)
Tahun ke tahun (%) Suku ketiga 2017 (RM’juta)
Suku ketiga 2016 (RM’juta)
Suku ke suku(%)
Hasil Perkhidmatan
2,155
2,113
2.0
2,155
2,122
1.6
EBITDA  Dinormalkan
1,201
1,144
5.0
1,201
1,104
8.8
PAT Dinormalkan
562
519
8.3
562
484
16.1
Perbelanjaan Modal 273
249
  273
211
 


Memperkuatkan usaha dalam memberi pengalaman pelanggan yang tiada tandingan:

  • Penggunaan data terus meningkat dengan pantas. Penggunaan purata pengguna 4G LTE meningkat kepada 7.4GB dari 4.4GB setiap bulan, tahun ke tahun. Jumlah pengguna LTE juga meningkat kepada 6.0 juta pada suku ketiga 2017 daripada 4.1 juta tahun lalu.
  • Kami telah melabur RM647 juta sehingga suku ketiga tahun ini untuk memastikan pelanggan kami terus menikmati pengalaman penstriman mudah alih terbaik. Rangkaian 4G LTE terkemuka kami kini meliputi 89% penduduk.
  • Kami membawa MaxisONE Home Fibre ke Sabah dan Sarawak pada suku ini, yang menawarkan kelajuan Internet rumah yang pantas sehingga 100Mbps, data tanpa had, panggilan suara dan persediaan WiFi profesional. Bagi pelanggan yang inginkan pelan Internet rumah dan mudah alih yang menyeluruh dengan data yang boleh dikongsi, panggilan dan SMS tanpa had, mereka boleh mendaftar MaxisONE 4G Combo.
  • Kami juga memperluaskan penyelesaian ONEBusiness kami kepada perniagaan di Sarawak dan Sabah dengan pelancaran Zero Downtime Business Fibre Internet. Pelanggan boleh menikmati kelajuan sehingga 100Mbps di pejabat, dengan sandaran (backup) Internet tanpa wayar. Ia melengkapkan pelbagai alat perniagaan, pembayaran, pemasaran dan produktiviti yang kami tawarkan.

 

Komen dari Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis Berhad:

“Suku ketiga 2017 adalah suku yang amat kukuh bagi Maxis, dimana kami mencatatkan keuntungan suku tahun yang paling tinggi dalam tempoh 5 tahun. Permintaan data yang tinggi dan rangkaian berkualiti tinggi kami telah menghasilkan skor kepuasan pelanggan paling tinggi yang pernah kami rekodkan.”

Untuk menyaksikan video mengenai keputusan kewangan suku ketiga 2017 Maxis, sila klik di sini: http://bit.ly/2zNvT64

 

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Accelerating its ambition to be Malaysia’s Leading Converged Solutions Company, Maxis Business has expanded its voice and unified communications (UC) solutions as part of its ongoing commitment to build talent capacity and capabilities in sophisticated solutions for its Enterprise segment. The expanded portfolio is driven by the increasing need for greater collaboration in business in the new normal.

TELL ME MORE
PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

Leveraging each other’s strengths in technology and innovation, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) and Maxis have entered into a strategic partnership to jointly offer converged solutions focusing on safety, security and sustainability for businesses. Additionally, the partnership will focus on leveraging big data and advanced analytics to co-create hyper personalization for an enhanced retail experience.

TELL ME MORE
Maxis accelerates cloud leadership ambition, becomes first Malaysian telco to be accredited as AWS Advanced Consulting Partner

Maxis accelerates cloud leadership ambition, becomes first Malaysian telco to be accredited as AWS Advanced Consulting Partner

Maxis, a leading converged solutions provider in Malaysia, announced today that it has achieved a new accreditation as an Amazon Web Services (AWS) Advanced Consulting Partner and joined the AWS Solution Provider Program. This strengthens and accelerates Maxis’ leadership in delivering cloud service capabilities to help more Malaysian customers embrace the many benefits of cloud adoption as part of their IT strategy. Since joining the AWS Partner Network (APN), Maxis has continued to build on its collaboration with AWS, the world’s leading and most comprehensive cloud platform.

TELL ME MORE