Stay Connected: Our stores and support channels remain open to keep you connected. More info, here .

Our retail outlets are open with strict SOPs to ensure everyone’s safety. Click here for more info.

Maxis Melancarkan NeXT X1, Satu Pengalaman Pemilikan Telefon Pintar 4G Yang Tiada Bandingan Dengan Scha Alyahya Sebagai Duta Jenama

 

Berikutan pelancaran NeXT M1 pada awal tahun ini, Maxis memperkenalkan model baharu bagi jenama NeXT, iaitu Next X1. Telefon pintar 4G yang yang terbaik ini menawarkan pengalaman pemilikan yang tiada bandingan, dengan jaminan 24 bulan bersama penggantian segera, serta perlindungan skrin 12 bulan. NeXT X1 juga ditawarkan dengan pelan mudah alih pada hanya RM98 sebulan.

“Memiliki telefon pintar kini sudah menjadi keperluan yang amat penting bagi rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, harga telefon kini semakin lebih mahal, terutamanya untuk memiliki dan mengekalkan telefon pintar yang mewah. Kita sentiasa berasa bimbang ada kemungkinan kerosakan boleh berlaku dan ini boleh menyebabkan kos pembaikan yang tinggi. Dengan NeXT X1, Maxis akan menghapuskan semua kebimbangan ini. Kami tidak hanya menawarkan data dan panggilan - kami memberi pelanggan ketenangan fikiran dengan pengalaman pemilikan yang hebat pada nilai yang amat baik. Lebih baik lagi, telefon pintar ini dibawakan oleh rangkaian No. 1 4G Maxis,” kata Arjun Varma, Ketua Pascabayar Maxis.
 


Selain daripada pengalaman pemilikan yang tiada bandingan, NeXT X1 juga menawarkan faedah-faedah berikut:

Pelan sedia untuk diguna - 6GB data 4G yang pantas, 50 minit panggilan percuma dan tambahan Internet yang menarik pada hanya RM4/GB
Ciri peranti berkuasa - telefon pintar 4G yang berkualiti tinggi dengan skrin paparan FHD, 5.5- inci, kamera AF 16MP, dan sensor cap jari
Mudah dan mampu dimiliki - pelanggan boleh mendapatkan NeXT X1 yang ditawarkan dengan pelan mudah alih sedia untuk diguna, tanpa bayaran pendahuluan pada hanya RM98 sebulan
Telefon baharu NeXT X1 dilancarkan secara rasmi hari ini dimana personaliti tempatan, Scha Alyahya, telah diperkenalkan sebagai duta jenama NeXT. Scha akan membintangi semua iklan cetak dan TV NeXT X1, termasuk 'treler filem' khas untuk telefon.

NeXT X1 boleh didapati menerusi Maxis Online Store (https://store.maxis.com.my), serta semua Pusat Maxis Rakan Eksklusif Maxis (MEP) di seluruh negara mulai hari ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran telefon NeXT X1 dan menonton treler filem, sila layari

www.maxis.com.my/next-ms

Archives
Tags

Popular
Posts

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

Leveraging each other’s strengths in technology and innovation, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) and Maxis have entered into a strategic partnership to jointly offer converged solutions focusing on safety, security and sustainability for businesses. Additionally, the partnership will focus on leveraging big data and advanced analytics to co-create hyper personalization for an enhanced retail experience.

TELL ME MORE
Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Accelerating its ambition to be Malaysia’s Leading Converged Solutions Company, Maxis Business has expanded its voice and unified communications (UC) solutions as part of its ongoing commitment to build talent capacity and capabilities in sophisticated solutions for its Enterprise segment. The expanded portfolio is driven by the increasing need for greater collaboration in business in the new normal.

TELL ME MORE
Maxis builds future technology and innovation leaders with new scholarships

Maxis builds future technology and innovation leaders with new scholarships

Following the launch of three new scholarships in July, Maxis was proud to announce the award of these scholarships to 15 bright and deserving individuals to support their academic aspirations.

TELL ME MORE