Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Projek #MemoriRaya Maxis Menghadiahkan Kenangan Indah Pada Musim Perayaan Ini

 

Sempena sambutan Hari Raya yang akan datang, hampir 40 sukarelawan Maxis telah melawati Kampung Kesedar Chalil, sebuah kampung kecil yang diuruskan oleh penubuhan KESEDAR Kelantan, untuk memberi keluarga-keluarga ‘hadiah kenangan’ sebagai sebahagian daripada projek #MemoriRaya Maxis. Sukarelawan Maxis telah melawati beberapa keluarga di seluruh kampung Kesedar Chalil untuk mengambil gambar potret keluarga-keluarga tersebut, yang semuanya berpakaian dalam pakaian Raya masing-masing.

Gambar-gambar tersebut kemudian diletakkan dalam bingkai istimewa dan dihantar secara peribadi kepada mereka hanya beberapa jam kemudian. Bersama-sama dengan gambar, para sukarelawan juga menyediakan dan menghantar kotak makanan yang berisi barang keperluan untuk membantu keluarga-keluarga tersebut pada musim perayaan ini.
 

Maxis mengambil gambar orang-orang kampung


“Tahun ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif amal kami, Maxis membuat keputusan untuk melibatkan kakitangan Maxis dimana kami mengumpul idea-idea daripada mereka bagi projek amal Hari Raya. Kami menerima pelbagai idea tetapi satu idea dianggap amat unik iaitu 'menghadiahkan kenangan'. Kami ingin mengabadikan saat-saat istimewa menerusi gambar bagi keluarga yang mungkin tidak berpeluang mengambil potret keluarga. Ini adalah sesuatu yang amat istimewa,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Hal Ehwal Korporat Maxis.

“Ini adalah satu pengalaman yang menarik kerana kami mampu memberikan mereka sesuatu yang akan kekal selamanya. Saya masih ingat ketika saya muda. Saya pernah melihat album foto saya dan keluarga saya. Ia selalu membawa kenangan yang manis. Saya menyedari selepas aktiviti ini bahawa sesetengah keluarga mungkin tidak begitu bernasib baik. Melihat wajah mereka gembira apabila kami menghadiahkan potret keluarga mereka amat berharga. Memori kekal selamanya. Memori membentuk kehidupan kita,” kata Jan Carlo Pagalalunan, salah seorang sukarelawan Maxis.

“Ini merupakan pengalaman yang menarik. Projek #MemoriRaya ini adalah inisiatif yang baik, kerana sesetengah daripada mereka tidak mempunyai portret keluarga. Sekarang, mereka mempunyai sesuatu yang boleh disimpan dan dilihat dari masa ke semasa. Ini adalah memori yang amat berharga bagi mereka,” kata Noorsalhanim Che Jamel, seorang lagi sukarelawan Maxis.

“Ini adalah kali pertama sebuah syarikat korporat telah melawat Kesedar Chalil. Terima kasih kepada Maxis kerana memberi kenangan yang indah ini. Ia akan kekal untuk bertahun-tahun yang akan datang,” kata Mat Lazim B Yaacob, Ketua Kampung Kesedar Chalil.
 

Orang-Orang Kampung bersedia untuk mengambil gambar

Tema ‘menghadiahkan kenangan’ juga terbukti dalam filem terbaru Maxis, berjudul “Wayang Sayang”. Filem ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa ‘hubungan yang baik, menentukan destinasi. Tetapi hubungan yang unggul, menyatukan hati.’

Untuk menyaksikan video ini, klik di sini

Archives
Tags